Bab 25

17.8K 605 10
                                    

"AWAK tengah kemas baju ke?" Sudah gaharu, cendana pula. Sudah tahu, tanya pula. Ewah kau... berbahasa bukan main.

"Tak lah. Saya tengah polish kereta ni. Tak nampak ke?" Tengku Zafran mencemik ke arah Raisya. Agak-agak lah nak perli pun. Mana datangnya kereta dalam bilik ni?

"Banyak lagi baju yang nak kena kemas?" Tengku Zafran menghampiri Raisya yang sedang memasukkan barang-barangnya ke dalam bagasi. Patutlah beg perempuan selalu berat. Kalau boleh satu isi rumah dia nak angkut bawa sekali.

"Banyak lah jugak. Emm... Flight kita pukul berapa eh?" Tanpa banyak soal, Tengku Zafran menghulurkan sampul yang berisi tiket penerbangan mereka kepada Raisya. Terangguk-angguk Raisya membaca maklumat pada tiket itu.

"An hour from now."

"Oh... Wait! An hour from now?!"

"Yup! Cepatlah sikit kemas
tu." Gesa Tengku Zafran. Bukannya nak membantu, menggesanya kita lagi ada lah. Hai lah, suami.

"Okey, okey." Kalut Raisya mengemas barang-barang yang perlu dibawa. Ini lah padah apabila tidak mahu packing beg awal-awal.

Ketibaan pesawat membuatkan masing-masing berdebar. Pertama kali akan menjejakkan kaki ke bumi asing bersama. Entah berjaya atau tidak perancangan Tengku Amalina, itu terserah pada Dia yang lebih mengetahui.

Setelah beberapa jam di dalam pesawat, akhirnya mereka tiba ke destinasi impian. Ceh, impian diaorang ke impian Tengku Amalina? Ah, tak kisah lah. Tapi apa pasti... Venice, here we are!

Terpegun Raisya memandang keindahan bumi Eropah itu. Huhu... tak sia-sia datang honeymoon kat sini.

"Ehem! Beg-beg ni tak nak bawa ke Puan Raisya?" Perkataan puan sengaja ditekankan. Biar sedar sikit yang dia tu dah jadi bini orang. Jangan nak buat perangai budak-budak sangat.

"Eh, awak lah tolong bawakkan. Awak kan lelaki." Habis tu, perempuan tak payah angkut beg lah.

Tengku Zafran mengetap bibir. Sabo aje lah melayan perangai si isteri.

Teruja Raisya mendepakan kedua tangannya. Gaya seperti ingin memeluk bumi Eropah sehingga tidak mahu lepas.

"Boleh tak jangan nak jadi kanak-kanak ribena kat sini. Tak malu ke orang tengok?"

"Biarlah. Diaorang ada mata. Tengok aje lah." Malas Tengku Zafran ingin berdebat dengan Raisya yang perangai semakin pelik ni. Cakap sepatah, jawab sepuluh!

Mereka berdua menuju ke Belmond Cipriani Hotel sambil berpimpinan tangan. Bukan berpimpin tangan macam pasangan pengantin sedang hangat bercinta, tetapi macam emak pimpin tangan anak supaya anak dia tidak lari merata. Hah, macam tu lah cara Tengku Zafran pimpin tangan Raisya. Mana taknya, si Raisya tu kalau boleh nak tawaf satu bandar Venice ni. Boleh patah kaki berjalan dengan Raisya ni.

"Awak pergi lah check-in hotel. Saya nak duduk kejap. Letih. Panas. Semua ada." Raisya mengipas-ngipas wajahnya dengan helaian brochure yang disediakan di hotel itu.

Pelik Tengku Zafran menengok Raisya. Tengah musim sejuk macam ni dia boleh cakap panas. Kalau sekarang ni duduk dekat Malaysia, logik lah jugak nak cakap panas tu.

"Apa pandang-pandang?"

"Salah ke nak pandang?"

"Hish, pergi lah check -in hotel cepat." Kasihan melihat wajah Raisya yang kepenatan, Tengku Zafran segera menuju ke kaunter untuk check-in hotel.

"Like seriously? Are you sure miss?"

"Yes, sir. I'm totally sure. We're so sorry about that."

Isteriku Cik Bos [Republish]On viuen les histories. Descobreix ara