Bab 16

18.1K 652 11
                                    

KELENTANG! KELENTUNG!

Raisya menapak ke tingkat bawah tatkala masa rehatnya diganggu oleh bunyi macam penceroboh pecah rumah. Terselit juga rasa bimbang di hati, tetapi dipaksakan juga diri untuk melihat apa yang sedang berlaku.

'Baik aku ambil apa-apa buat jadi 'senjata'. Langkah berjaga-jaga lah katakan.'

Panjang tangannya mencari-cari sesuatu di bilik stor bawah tangga. Senyum meleret bibirnya setelah merasakan sesuatu yang berjaya digenggam.

Kayu baseball! Walaupun dia agak hairan juga bagaimana kayu baseball boleh tersesat di rumahnya.

Lampu dapur yang agak malap membuatkan Raisya tidak dapat melihat gerangan yang sedang membuat 'kerja' di dapur. Lagak seorang pengintip bersiri, Raisya meneliti tajam seorang lelaki bertopeng seluruh wajah.

Baru sahaja ingin menghayunkan kayu baseball kepada gerangan yang disangkakan perompak tadi, entah bagaimana tangannya direntap secara tiba-tiba.

Dia ingin memekik meminta bantuan, namun dia telah terperangkap dek tekupan pada mulut. Tatkala itu juga matanya terperasankan sebotol kaca di tangan perompak tadi. Sepertinya botol itu mengandungi asid di dalamnya.

Suaranya kini seperti terlekat di kerongkong. Raisya hanya mampu berdoa di dalam hati. Menyesal pun tidak berguna kerana sendiri berani tanpa memikirkan keselamatan diri. Sepatutnya, dia turut mengajak Tengku Zafran bersama-sama membantu tadi.

"Kau diam kalau tak nak benda alah ni tersimbah dekat muka kau yang cantik tu." Tercungap-cungap nafas Raisya kerana ketakutan serta agak kekurangan oksigen.

'Ya Allah... selamatkan lah hambaMu ini!' sebaris doa terluah di dalam hati. Dia kini hanya mampu berserah. Tak ada guna sekiranya dia melawan sekalipun.

Tengku Zafran mengiring ke kiri, kemudian mengiring ke kanan pula. Matanya cuba dipejamkan, namun tidak berjaya. Kemudian Tengku Zafran bangun lalu mengeliat kecil sebelum melangkah keluar dari biliknya.

Dia memberanikan diri menolak daun pintu bilik Raisya yang tidak berkunci. Hairan pula kelibat Raisya tidak kelihatan di dalam bilik.

'Mungkin dia ada kat bawah kut.' Getusnya dalam hati.

Raisya cuba sedaya upaya menggunakan kudrat yang ada. Kemahiran seni mempertahankan diri yang dipelajari selama ini, dipraktikkan. Kakinya berjaya mendarat tepat ke abdomen perompak yang mengacukan botol asid ke mukanya. Manakala sikunya bertindak menyigung perompak yang menekup mulutnya pula. Botol kaca yang digenggam oleh perompak itu pecah berderai tatkala jatuh ke lantai.

Setelah berjaya meloloskan diri, Raisya menjerit nama Tengku Zafran sekuat hati. Namun, mulutnya pantas ditekup semula. Tangannya diselitkan ke belakang.

Tengku Zafran yang kaget mendengar Raisya menjerit memanggil namanya, bergegas menuju ke dapur.

"Woi!" Sepantas kilat dua orang perompak itu berlari meninggalkan pekarangan vila kediaman mereka. Bimbang sekiranya mereka bakal diheret ke lokap.

"Woi! Jangan lari!" Tengku Zafran ingin mengejar perompak tadi namun dihalang oleh pautan Raisya.

"Te..teman a..aku ti..tidur ma..malam ni." Tengku Zafran mengangguk. Pintu dipastikan berkunci sebelum mereka menapak ke bilik. Untuk malam ini, biarlah Raisya merendahkan ego demi keselamatan yamg semakin direnggut. Asalkan Tengku Zafram tetap ada menemani walau apa pun yang terjadi.

Bobby dan Lan berdecit geram. Hampir-hampir sahaja wajah mulus Raisya bakal cacat pada malam itu.

"Gagal lagi!" Lan menghempas kasar topeng yang tersarung pada mukanya tadi. Bobby juga turut sama melemparkan topeng yang menutup muka itu ke lantai. Punggungnya tanpa amaran dihempas kasar ke kerusi usang yang terdapat di dalam gudang.

Isteriku Cik Bos [Republish]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora