Bab 19

17.2K 587 8
                                    

DERINGAN telefon bimbit mematikan perbuatannya daripada terus mengelamun. Sempat dia melihat nama yang terpapar pada skrin, memikirkan sama ada perlu untuk dijawab atau tidak panggilan tersebut. Maklumlah, Raisya juga boleh dikatakan seseorang yang tidak suka membuang masa berurusan dengan yang tak dikenali.

Unknown number?'

"Hello?" Raisya cuba menyapa. Mana tahu mungkin itu adalah nombor kliennya yang tidak termasuk dalam contact list.

Tidak semena-mena kedengaran tawa halus bergema di corong telefon. Naik turun nafas Raisya dengan balasan yang dia dapat.

"Siapa ni? Jangan nak main-main boleh tak?!" Geram pula dipermainkan oleh si pemanggil misteri itu. Dia sudi menjawab panggilan pun sudah cukup bagus.

"Garangnya..." Hampir sahaja telefon bimbit itu terjatuh dari genggaman. Suara itu. Dia kenal suara itu.

Tan Sri Mikhael.

Tengku Zafran meraba-raba katil bersaiz king yang menjadi alas tidur lenanya. Berkerut dahinya apabila mendapati tempat tidur bersebelahannya kosong tanpa penghuni. Penghuni di hati, hmm.

"Mana dia ni? Baru ingat nak peluk." Tengku Zafran bangun dari pembaringannya seraya turun ke tingkat bawah. Sejak terbiasa tidur berteman, jadi lain pula bila tidur berseorangan.

"Apa yang kau nak lagi dari aku?! Ei, jangan jadi tak guna sangat lah orang tua!" Raisya tidak kisah sekalipun nampak kurang ajar dengan bahasa yang digunakan. Baginya, tidak perlu pun nak hormat Tan Sri yang otak senget sebelah macam ni.

"Kau jangan ingat aku tak tahu plan kau, Raisya. Kau gunakan Tengku Zafran aje kan?" Tepat sekali tebakan Tan Sri Mikhael. Raisya mengetap bibir. Bagaimana dia boleh dapat tahu semua ini pun Raisya tidak pasti. Atau, mungkin dia sengaja menebak?

"Memang! Memang aku gunakan dia aje! Aku tak ikhlas pun kahwin dengan dia! Puas?!" Sekali lagi Tan Sri Mikhael ketawa sinis di hujung talian. Raisya gigit lidah. Bukan itu yang dia mahu katakan. Bukan.

Terhenti langkah Tengku Zafran dari terus menuruni anak tangga. Apa yang terlintas di halwa telinganya, benar-benar telah mencalar ego sekaligus meretakkan hati lelakinya.

"Raisya!" Pantas Raisya menoleh ke arah Tengku Zafran yang masih berdiri di tangga. Dek kerana terlalu kaget, telefon bimbit yang masih melekap di telinga jatuh menghempap sofa. Jantungnya bekerja lebih masa melihat renungan yang terpancar dari mata Tengku Zafran.

Explain!" Terhinjut bahu Raisya dek ditengking oleh Tengku Zafran. Semakin dekat langkah lelaki itu menghampirinya, semakin tidak tentu arah jadinya. Tengku Zafran yang selama ini lembut tutur bicaranya, dalam sekelip mata berubah persis lelaki bersifat baran.

"Explain what?" Soal Raisya selamba. Sehabis baik dia mengawal diri supaya terlihat biasa di mata Tengku Zafran.

"Awak memang tak ikhlas pasal semalam, kan?" Kali ini Raisya memang tidak mengerti. Apa yang dia cuba maksudkan ni?

"Tak ikhlas apa?"

"Boleh tak bila saya tanya tu tolong jawab? Bukannya asyik balas dengan soalan balik." Tengku Zafran menahan geram.

"Saya tak faham apa yang awak tanya lah!" Raisya membentak keras. Rasa takut tadi perlahan-lahan lenyap berganti dengan sakit di hati.

"Nampak sangat awak memang terpaksa semalam." Akhirnya Raisya dapat menangkap maksud apa yang berlaku 'semalam'. Terasa seperti dirinya seorang isteri yang rendah di mata suami. Mana tidak, dituduh sebegitu tatkala hati sama-sama rela melayari hubungan cinta.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now