Bab 46

12.3K 408 7
                                    

"Kau nak buat apa ni setan?! Tak ada kerja ke bawa aku masuk bilik kau?!" Maya menolak bahu lelaki itu agak kuat.

"Kenapa kau lari time hari pernikahan kita tinggal lagi seminggu?! Kalau tak, sekarang ni mesti kita dah jadi suami isteri yang paling bahagia. Betul tak sayang?" Lelaki itu mencengkam agak kuat kedua belah pipi Maya.

"Kau jangan nak berangan lah! Aku tak akan sekali-kali kahwin dengan kau. Even kau anak sultan sekalipun!" Maya menempik lelaki itu kerana kesabarannya sudah sampai tahap maksimum.

Pang!

Satu tamparan hebat hinggap ke pipi kanan Maya. Tamparan yang kuat itu menyebabkan Maya rebah ke atas katil. Lelaki itu atau dikenali sebagai Adam, mengukir senyuman jahat sebelum dia memanjat ke atas katil lalu menindih tubuh Maya.

*******************

"Aduh!" Ukaisya mengipas-ngipas tangannya akibat terkena pisau semasa memotong sayur.

"Kenapa ni Sya? Macam mana jari boleh luka ni?" Umi Rahimah menyoal anak angkatnya kerana prihatin. Peti kecemasan yang terletak pada kabinet dapur itu dicapai. Luka pada jari Ukaisya dicuci sebelum disapukan ubat.

"Lain kali buat kerja hati-hati. Kan tak fasal-fasal aje jari dah luka." Apa yang dikatakan oleh Umi Rahimah ibarat angin yang bertiup sepi. Dia rasa seperti risaukan seseorang. Tetapi, dia sendiri tidak tahu gerangan siapa yang dia sedang risaukan.

"Sya?" Panggil Umi Rahimah apabila Ukaisya hanya diam memerhatikan gerak-gerinya.

"Ya umi." Segera Ukaisya kembali ke alam nyata.

"Dengar tak, apa yang umi cakap?" Umi Rahimah menyoal sambil memperkemaskan balutan plaster pada jari Ukasya yang terdapat kesan luka itu.

"Hah? Err... umi ada cakap apa-apa ke tadi?" Umi Rahimah mengeluh perlahan.

"Lah... mengelamun rupanya budak ni. Umi cakap, lain kali hati-hati bila buat kerja." Ukaisya cuma menundukkan wajah sebelum dia mengundur diri ke biliknya.

********************

"Maya tak masuk office lagi ke Tania? Dah masuk waktu lunch hour pun." Raisya menelek jam di tangan. Setelah itu, pandangannya diliarkan memandang ke arah meja kerja Maya yang kelihatan kosong. Mana pergi semua barang dia?

"Sayang, jom turun lunch." Tengku Zafran datang memaut bahu Raisya. Tania senyum memandang pasangan di hadapannya.

"Eh bos, next week kitaorang bertunang. Jemput lah datang. Kitaorang ada buat majlis makan-makan." Ujar Sofian lalu mengambil tempat bersebelahan Tania.

"Wah... tahniah ya. Elok lah tu, dah lama sangat kauorang bercinta. Sepatutnya kahwin aje terus. Tak payah nak bertunang bagai. Macam aku dengan Zaf." Tidak semena-mena pipinya ditarik oleh Tengku Zafran. Huhu... makin lebar lah pipi aku lepas ni. Eh, pipi boleh melebar ke?

"Biarlah diaorang nak bertunang dulu. Kita lain, kita special case." Tengku Zafran tersenyum bangga. Tak habis-habis dengan sifat poyo dia tu.

"Eeii... meluat lah dengar. Special case konon." Sofian dan Tania mecebik ke arah Tengku Zafran.

"Suka hati aku lah..."

"Ish kauorang ni... sudah-sudah la tu. Jom kita pergi lunch. Aku dah kebulur tahu tak." Raisya segera menghentikan suasana itu. Perut dah menyanyi sakan.

"Haha, okey jom." Mereka berempat keluar menuju ke kafe yang terdapat dalam syarikat itu. Syarikat maju lah katakan.

*****************

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now