Special Part Ramadhan II

11.5K 387 33
                                    

“Kenapa awak macam nak mengelak dari Raisya aje? Kenapa tak nak bagitahu dekat dia fasal ni?" Maya hanya mampu meraup wajahnya apabila Adam mula menyoal.

“Saya bukan mengelak. Saya cuma belum bersedia nak bagitahu dia lagi. Lagipun saya belum bincang lagi hal ni dengan Sya dan umi."

“Saya dah bagitahu diaorang. Awal-awal lagi saya dah bagitahu diaorang lepas kita berbincang." Adam mengambil tempat bersebelahan Maya. Maya sedikit terkejut apa yang dikatakan oleh Adam. Namun dia cepat-cepat menyembunyikan riak terkejut itu.

“Awak, pandang saya." Dagu runcing milik Maya didongak supaya bertentang dengan matanya. Maya pandang anak mata Adam dengan pandangan kosong.

“Bersedia atau tak, awak kena bagitahu dia juga. Aiman pun kena tahu juga. Tak adalah nanti diaorang terkejut bila kita tiba-tiba buat keputusan nak pindah." Maya menundukkan semula wajahnya. Perlahan-lahan dia mengangguk.

“Aiman dah tahu mama dengan papa nak pindah." Entah dari mana, tiba-tiba sahaja Aiman mencelah. Terkujat pasangan itu dengan kemunculan Aiman yang tiba-tiba di ruang tamu itu. Bukan tadi dia dah naik atas ke?

“A... Aiman mama..."

“Tak apalah mama, papa. Aiman ikut aje mama dengan papa nak pindah. Tapi Aiman nak beraya dekat sini dulu sebelum kita pindah. Aiman nak beraya dengan Imani." Sejurus menghabiskan ayat itu, Aiman bergegas mendaki anak tangga menuju ke biliknya.

Adam dan Maya berpandangan sesama sendiri. Mereka hairan bagaimana Aiman boleh tahu fasal ni.

“Hmm tengok tu. Awak nak berahsia lagi. Last-last dia tahu juga." Adam bangun dari duduknya sambil berpeluk tubuh manakala Maya masih membatu di atas sofa.

“Saya nak pergi bagitahu dekat Raisya." Akhirnya Maya membuat keputusan. Adam serta-merta mengukir senyum sungging di bibir.

                    ********

Jom kita jumpa. Ada something aku nak bagitahu kau. Dekat taman yang dekat dengan rumah kau. I will be there in fifteen minutes.-Maya-

Raisya baca berulang-kali mesej dari Maya itu. Nak jumpa? Tapi kenapa tadi dia macam dingin aje dengan aku? Bibirnya dikemam rapat. Cuba mencerna sama ada hendak berjumpa dengan Maya atau tidak.

Please. Aku dah nak sampai.-Maya-

“Aik, tadi cakap lagi lima belas minit. Sekarang dah nak sampai. Apa cer ni?" Raisya menggumam perlahan. Lantas kunci Lamborghini miliknya yang terletak elok pada meja kopi itu dicapai. Sempat jam pada dinding dikerling sekilas. Satu tegah hari. Biarlah masuk pejabat lambat pun. Dia bos, apa nak kisah. Nak bagitahu Tengku Zafran, tapi suaminya itu sudah selamat sampai pejabat.

Keretanya dipandu menyusuri taman yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahannya. Sebaik ternampak Suzuki Swift yang sering dipandu oleh Maya tersadai elok di bawah pokok itu, Rasya segera memberhentikan keretanya.

“Jom duduk dekat kerusi tu. Ada perkara penting aku nak bagitahu kau." Maya terus menuju ke arah kerusi itu meninggalkan Raisya di belakang yang masih termangu sendiri.

“Myra? Cepatlah."

“Hah? Ya, jom-jom."

“Apa yang Maya nak bagitahu Myra?" Soal Raisya sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung pada kerusi yang disediakan di taman itu.

“Sebenarnya lepas raya nanti, Maya kena ikut Adam pindah ke Itali.

“I.. Itali? Kenapa kena pindah? Nanti Maya balik sini lagi tak?"

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now