Bab 13

20.2K 686 19
                                    

MEMANDANGKAN Tengku Zafran mendesak agar mereka bercuti pada hari ini, Raisya bercadang ingin mengemas apa yang patut di kediaman baru mereka. Ha, jangan tak tahu yang awal-awal lagi mereka sudah rancang ingin membina rumah bersama-sama, seminggu sebelum mereka diijabkabulkan.

Tapi apa-apa pun, jom kita sarapan dulu! Perut dah berbunyi sakan ni.

"Awalnya pengantin baru ni bangun," usik Fasya yang sedang enak bersarapan. Makan diam-diam tak boleh ke budak ni? Elok aku tengah berselera nak menjamah ni, dia buat pasal pulak.

"Suka hati aku lah nak bangun awal ke lambat ke. Menyibuk aje kau ni." Roti bakar di atas meja makan itu cepat saja dicapai. Tak senonoh betul perangai.

"Tak ajak suami makan sekali ke?" Soal Datuk Faizal. Kang mati kebulur pulak menantu aku tu. Terhenti sekejap suapan Raisya. Alah papa ni... bagilah anak kesayangan dia makan dengan tenang dulu kut ya pun.

"Pandai-pandai dia lah nanti. Papa, kejap lagi kitaorang nak pindah rumah baru tau." Suapannya diteruskan kembali.

"Ya lah. Dah, pergi ajak dia makan sekali." Pinggan yang berisi roti bakar di hadapan Raisya, ditarik. Kalau tak buat begitu, sampai ke tengah hari lah menantu aku tak bersarapan.

"Ya lah, ya lah. Sayang sangat dekat menantu dia tu." Fasya menahan tawa melihat Raisya menarik muka masam. Kalau ketawa depan-depan, tak pasal aje kena tembak guna machine gun dengan kakak kesayangan dia tu.

Raisya menolak daun pintu biliknya dengan kasar. Tubuh sasa Tengku Zafran dihampiri. Raisya duduk di birai katil memerhatikan segenap wajah Tengku Zafran. Handsome jugak mamat ni bila tengok dari tepi.

"Zaf, bangun lah. Papa ajak sarapan." Lengan Tengku Zafran digoncang. Tengku Zafran buat tidak endah sahaja. Sebenarnya dia sudah lama bangun. Saja nak buat-buat tidur balik. Heh, bukan selalu nak mengusik isteri.

"Bangunlah!" Raisya mengetap bibir menahan geram apabila dia mendapat respon yang sama dari Tengku Zafran. Diam macam orang dah mati. Uish, mulut!

"Lantak kau lah. Yang kebulurnya kau, bukan aku." Malas Raisya nak kejut suami 'kesayangan' dia tu. Baru saja Raisya ingin bangun dari duduk, lengannya ditarik oleh Tengku Zafran. Bagaikan tindakan drastik Raisya tersembam pada dada bidang Tengku Zafran. Merona merah wajahnya menahan malu bercampur marah. Tengku Zafran mengambil kesempatan dalam peluang yang ada dengan merangkul tubuh Raisya, alang-alang si isteri elok terbaring atas tubuhnya.

"Give me a morning kiss first. Then, I will let you go." Bibirnya dimuncungkan. Membuntang mata Raisya dengan permintaan gila Tengku Zafran itu. Memang tak lah aku nak bagi kiss-kiss bagai kat dia. Morning kick boleh!

"Kalau aku tak nak, kau nak buat apa?" Tengku Zafran senyum nakal memandang Raisya.

"Kalau tak nak, kita tak payah keluar bilik lah hari ni. Sebab abang tak akan lepaskan
sayang." Kali ni, giginya pula diketap rapat. Dia buat perangai mengada lah pulak. Tak padan dengan umur dah macam bapak budak.

"Boleh, tapi jangan panggil aku sayang. Dan jangan nak menggatal bahasakan diri kau tu sebagai abang. Geli aku dengar kau tahu tak?" Tengku Zafran angguk. Bibirnya masih dimuncungkan. Sekali pandang dah macam muka itik mintak kaki.

Raisya merapatkan jari telunjuk dan jari tengah lalu ditekapkan pada bibir mongelnya sebelum didaratkan ke bibir Tengku Zafran.

"Dah. Lepas lah. Asyik peluk aku aje kau ni. Mentang-mentang lah aku lembut dan sedap dipeluk." Ceh, sempat puji diri tu. Tengku Zafran senyum seraya melepaskan rangkulannya pada tubuh Raisya.

"Hmm... Dapat kiss macam ni pun jadi lah." Lalu mereka berdua turun ke tingkat bawah untuk bersarapan.

Lepas ni boleh mintak lagi lah!

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now