Bab 47

12.1K 390 3
                                    

"Aduh..." Raisya menggosok kepalanya akibat terhantuk pada dada bidang Tengku Zafran. Badan ke besi ni?

"Ya Allah... Nasib baik jatuh atas abang. Kalau jatuh atas lantai tadi macam mana? Suka buat abang risau tau." Raisya berhenti menggosok kepalanya. Baru dia tersedar, badannya mendarat elok ke atas tubuh Tengku Zafran. Dah la atas katil pula tu.

"Abang, jom makan puding." Segera Raisya bangun lalu menarik lengan Tengku Zafran.

"Bonda yang buat ke?" Raisya tidak menjawab malah dia terus menapak ke bawah.

"Aku ada salah cakap ke?" Tengku Zafran menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Zaf, mari duduk sini. Cuba rasa puding strawberry ni. Kali ni lain sikit. Sebab Raisya yang bersusah-payah buat. Bonda cuma bagi tunjuk ajar aje."

'Owh... patut lah masam aje muka dia bila aku cakap bonda yang buat. Alahai, kuat merajuk betul lah mama buyung sorang ni.'

"Kenapa tak makan lagi tu? Asyik tengok isteri aje." Raisya buat tak tahu saja. Dia hanya meneruskan suapan.

"Bonda, ada orang tu merajuk dengan Zaf. Sebab tu lah dia diam aje ni." Tengku Zafran senyum senget ke arah Raisya.

"Uhuk! Uhuk!" Duh...Terlekat puding ni dekat kerongkong aku. Kureng punya suami.

"Ya Allah... makan elok-elok lah Raisya. Apa lah Zaf ni, tak fasal-fasal aje menantu bonda tersedak." Raisya menjelir lidah ke arah Tengku Zafran. Padan muka. Kacau aku lagi.

"Hmm... ya lah. Naik lemak lah menantu kesayangan bonda tu nanti."

Raisya mengetap gigi geram. Penumbuknya ditayang pada Tengku Zafran. Nasib baik Tengku Zafran duduk depan Raisya. Kalau duduk bersebelahan, agaknya dah lebam seminggu pipi tu.

*****************

Maya bertekad ingin merencanakan sesuatu, sebelum perutnya membesar tanpa suami.

Dia bermundar-mandir sendirian dalam bilik hotel itu. Setelah kejadian yang menimpanya tempoh hari, dia mula menginap di hotel yang terletak agak jauh dari rumah agam Tan Sri Mikhael. Dia takut sekiranya Tan Sri Mikhael akan menjejakinya semula. Dan, yang paling dia takut sekarang ni, kalau Adam berjaya jumpa dia sekali lagi.

"Kalau aku mengandung, mesti aku kena kahwin dengan dia. Ish, memang tak lah!" Maya menghempas kasar punggungnya ke atas katil bersaiz queen itu.

Maya terus-terusan berfikir cara untuk mengelak dari dipaksa berkahwin dengan Adam buat kedua kalinya. Bibirnya tiba-tiba menguntum senyum.

Maya senyum puas hati melihat beberapa kepingan gambar yang telah disunting oleh orang upahannya. Cepat betul dia dapat orang upahan. Tapi orang upahan sementara aje lah. Untung sahaja, dia terjumpa kamera yang mempunyai foto dia dan Adam dalam keadaan naked itu.Tak guna betul Adam ni. Mesti dia ada niat jahat tangkap gambar aku dalam keadaan yang macam tu.

Dia dengan berani, mengambil langkah menuju ke rumah agam milik Tan Sri Mikhael.

Setiba sahaja di rumah Tan Sri Mikhael, sempat dia titiskan ubat mata ke dalam matanya.

Tan Sri Mikhael terkejut melihat Maya berdiri di hadapan muka pintu dalam keadaan baju yang terkoyak serta menangis teresak-esak. Konon.

"Maya?! Kenapa ni?!" Tan Sri Mikhael menyoal cemas. Maya segera mendakap erat tubuh Tan Sri Mikhael.

"Daddy... Maya kena rogol. I'm not virgin anymore daddy." Terhinjut-hinjut bahu Maya menangis palsu pada bahu Tan Sri Mikhael.

Membuntang mata Tan Sri Mikhael. Dia segera mengajak Maya masuk ke dalam lalu cuba menenangkan Maya.

*****************

"Sayang merajuk lagi ke? Jangan lah asyik merajuk aje. Nanti dah tak comel. Kesian baby, nanti dia jadi kuat merajuk macam mama dia. Penat papa nak memujuk dua-dua sekali." Raisya menayang wajah masam. Dah la tak berterima kasih, ke puji ke, ni boleh kutuk pula puding strawberry tu. Bertambah-tambah lah sakit hati ni.

Imbas kembali

Tengku Zafran menyuap sesudu puding strawberry itu ke dalam mulutnya. Sengaja wajahnya dikerutkan. Dan pura-pura tersedak macam tercekik batu.

"Kenapa rasa dia tak macam puding strawberry pun? Macam kertas pasir aje." What?! Kertas pasir?! Okey, itu sememangnya melampau. Aku makan sedap aje okey. Lidah dia ada problem kut. Raisya membebel dalam hati.

"Ada pula rasa macam kertas pasir. Mengarut aje Zaf ni." Baru sahaja Tengku Amalina ingin menambah lagi bebelannya, Tengku Zafran mengenyit mata ke arahnya. Ceh, nak mengusik bini rupanya.

Wajah Raisya tak payah cakap lah. Masam mengalahkan buah mempelam yang belum masak lagi tu. Raisya malas nak kata apa-apa, dia terus mengangkat punggung lalu beredar ke halaman rumah.

Tengku Amalina mampu menggeleng melihat Tengku Zafran ketawa terkekek-kekek, tatkala Raisya beredar ke halaman rumah. Lalu dia turut keluar ke halaman rumah untuk memujuk Puan Wifey dia.

"Sampai hati cakap macam tu. Benci lah macam ni." Raisya menepis tangan Tengku Zafran yang ingin menarik hidung mancungnya. Amboi, marah sungguh.

"Jangan benci, nanti jadi sayang. Abang nak melawak pun tak boleh ke sayang. Jom kita pergi beli barang baby nak?" Raisya menggeleng.

"Kenapa pula geleng? Tak nak ke?"

"Ish, bukan tak nak. Cuma kita mana tahu lagi jantina baby
kita."

"Jom kita pergi check. Lagipun kandungan sayang tu dah hampir mencecah lima bulan kan?"

"Eh, betul juga kan. Astaghfirullahalazim, ni la padahnya kalau asyik sibuk dengan kerja. Tak sabarnya nak pergi check. Jom abang." Raisya menarik hujung lengan baju Tengku Zafran.

"Jom? Jom pergi mana sayang?" Tengku Zafran sengih nakal.

"Otak tu jangan nak biru sangat ya. Jom bersiap lah. Tak kan nak pakai macam ni aje kut."

"Haha, okey-okey." Sejurus itu, Tengku Zafran dan Raisya menuju ke bilik untuk bersiap.

Tengku Zafran dan Raisya senyum sampai ke telinga setelah mendapat keputusan hasil periksa jantina bayi mereka.

"Alhamdulillah... kita dapat baby girl." Tengku Zafran juga turut gembira.

"Lepas ni kita bagi dapat baby boy pula." Raisya tersenyum malu. Dokor Zara di hadapan mereka senyum melihat kemesraan pasangan di hadapannya. Dia sendiri tidak faham bagaimana Maya sanggup nak menggugurkan kandungan orang berpengaruh seperti Raisya.

"Kami minta diri dulu ya
doktor." Pamit Raisya. Doktor Zara cuma angguk.

Setelah mereka keluar dari bilik Doktor Zara, kelihatan Fasya dan Tengku Zarif sedang menunggu di ruangan menunggu itu.

Raisya segera mendapatkan Fasya yang seperti dalam keadaan agak pucat ketika itu.

"Fasya? Kenapa ni? Tak sihat ke?" Raisya melabuhkan punggung bersebelahan Fasya. Fasya menggeleng sebelum pandangannya beralih ke arah Tengku Zafran yang sedang berdiri pegun di hadapannya.

"Fasya tadi muntah-muntah sampai badan dia lemah sangat-sangat. Risau Rif dibuatnya. Sebab tu lah bawa dia pergi hospital ni." Raisya mengusap belakang Fasya. Dia turut bersimpati melihat keadaan Fasya.

"Akak kena balik dulu ni. Rif, kau jaga adik aku elok-elok tahu." Fasya senyum nipis memandang Raisya. Sempat Raisya berpesan sebelum dia dan Tengku Zafran meninggalkan perkarangan hospital itu. Fasya pun tak faham kenapa dia jadi macam ni. Padahal, semalam dia okey aje. Tiba-tiba pula hari ni jadi tak sedap badan sampai muntah-muntah.

-Bersambung-

P/S Bab ni ada banyak sikit part Raisya dengan Tengku Zafran kan?

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now