Last Special Part

17.6K 545 65
                                    

[Aiman and Imani Special Part]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[Aiman and Imani Special Part]

PENYATUAN DUA HATI

{Short Story Version}

___________________________________

*Ciao=Hello/Hi(Italy)

"CIAO Malaysia!" Aiman dan Alisya melajukan langkah mereka dalam KLIA itu. Rindunya suasana di Malaysia. Sudah tujuh belas tahun dia meninggalkan negara tanah airnya ini. Namun rindu kepada Malaysia tidak setebal rindunya kepada...

"Abang! Buat apa tercongok lagi dekat situ? Mama dengan papa dah masukkan beg dekat dalam teksi tahu tak." Aiman mencebik. Bahu Alisya dirangkul sebelum rambut Alisya yang diikat kemas itu sengaja diserabaikan. Alisya satu-satunya adik perempuannya yang berusia tujuh belas tahun. Manakala dia sudah berusia dua puluh dua tahun.

"Apa abang ni?! Rosaklah rambut adik macam ni." Alisya menolak kasar kepala Aiman.

"Kuajo kau dik. Hambek ko." Kali ini ikatan rambut Alisya pula sengaja diuraikan. Merah wajah Alisya menahan marah. Dengan bagasi di tangan, dia membuka langkah seribu mengejar abangnya yang bertuah itu.

Di sebalik keceriaan yang terpancar di antara dua beradik itu, ada kesedihan yang membelenggu seseorang. Sayu hati dia melihat kemesraan di antara dua beradik itu. Tak salah lagi, memang itu insan yang dia rindui sepanjang tahun. Tidak pernah sekalipun dia berhenti merindui lelaki itu. Tetapi perasaan rindunya selama ini hanya sia-sia. Lelaki yang dia rindui bagai nak mati itu sudah mempunyai pengganti. Dia rela berundur diri.

Baju sejuk pada tubuhnya diperkemaskan. Hoodie disarungkan pada kepalanya lalu beredar meninggalkan KLIA itu. Dia baru sahaja menamatkan pengajiannya di University of Oxford di London. Kerana tawar hati akan janji palsu yang Aiman berikan kepadanya, dia bertekad ingin menyambung pengajian tinggi di luar negara. Namun takdir Tuhan, mereka dipertemukan semula di KLIA dalam keadaan tidak dijangka.

"Kak, dah siap semua? Mama dengan papa mesti dah rindu kau tu." Imani sedikit tersentak apabila Tengku Zafri menyapanya secara tiba-tiba. Entah datang dari mana saja budak ni.

"Kau ni jembalang ke?" Tidak semena-mena soalan itu terlontar dari bibirnya.

"Amboi kak... tak sayang mulut ke? Adik akak yang punya handsome lagi macho ni dikatanya jembalang." Tengku Zafri membantu Imani memasukkan bagasinya ke dalam bonet kereta Audi R8 milik papa mereka.

"Tak adalah... dah kau tiba-tiba muncul tu kenapa? Kut lah nak bagi salam dulu." Tengku Zafri pandang Imani dengan wajah bosan. Kakak dia dengan mama sama saja perangai. Dua-dua kuat membebel.

"Mengutuk aku dalam hatilah tu. Cepat salam kakak kau ni. Tak rindu aku ke? Hari tu dalam skype bukan main lagi kau borak dengan aku macam-macam. Siap cakap fasal awek... mmm." Tengku Zafri menekup mulut Imani.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now