Bab 34

14.8K 469 11
                                    

"Papa, Fasya mana?" Selepas pulang dari hospital, Raisya dan Tengku Zafran terus menuju ke banglo Datuk Faizal atas permintaan Raisya.

"Ada dalam bilik tu ha. Rif pun ada sekali." Raisya mengangguk sebelum mereka bertiga melabuhkan punggung ke atas sofa.

"Diaorang tengah ehem-ehem ke papa?" Cakap tak berlapis langsung cik kak ni. Tidak semena-mena kepalanya diluku perlahan oleh Datuk Faizal. Mengaduh sakit Raisya diperlakukan sebegitu, walaupun tak sakit sebenarnya. Tengku Zafran ketawa perlahan melihat Raisya. Kalau ketawa kuat-kuat memang menempah maut lah jawabnya.

"Aduh... Sakitlah papa." Raisya mengusap kepalanya sambil menarik muncung sedepa.

"Eleh... mengada. Ada apa datang tiba-tiba ni?" Kali ini, bibirnya pula dicebikkan.

"Nak datang rumah papa sendiri pun salah ke? Okey lah, Raisya faham papa tak suka Raisya datang sini." Raisya menjarakkan sedikit kedudukannya dari Datuk Faizal. Berjauh hati lah kononnya tu.

Datuk Faizal hairan melihat sikap Raisya. Datuk Faizal merenung Tengku Zafran seolah-olah menyoal tentang sikap Raisya tu. Tengku Zafran melirik matanya ke arah perut Raisya. Kemudian keningnya dijongket berkali-kali sambil tersenyum gembira. Datuk Faizal yang sudah dapat menangkap maksud yang ingin disampaikan oleh Tengku Zafran mengangguk sambil memabalas senyuman Tengku Zafran.

Raisya memandang Tengku Zafran dan Datuk Faizal silih-berganti. Kenapa dengan diaorang ni? Kena sampuk ke apa? Hesh mulut!

"Kenapa dengan kauorang ni?"

"Tak ada apa-apa lah. Saja nak senyum. Tak boleh ke?" Balas Tengku Zafran bersahaja.

"Bukan tak boleh. Cuma pelik aje. Papa, Raisya nak naik atas kejap ye." Raisya bangun dari duduknya.

"Pergilah Raisya. Berehat dulu. Mesti Raisya penat kan sebab dah berbadan dua." Raisya duduk semula ke atas sofa itu. Anak mata Tengku Zafran direnung tajam. Ni mesti dia yang bagitahu!

"Macam mana papa boleh tahu? Tak suprise lah macam ni."

"Tak payah nak suprise sangat lah. Dah, pergi naik atas." Amboi, menghalau anak sendiri nampak.

"Ye lah."

"Eh! Biar abang tolong sayang naik atas."

"Ish, tak payah lah. Sayang boleh naik sendiri. Bukannya perut ni dah besar pun."

"Ye lah. Hati-hati okey." Raisya cuma angguk. Langkahnya diatur menuju ke tingkat atas.

"Oh mak kau beranak anak satu!" Latah Raisya tatkala Fasya menarik tubuh Raisya masuk ke dalam bilik bacaan yang terletak di tingkat atas.

"Kau ni dah kenapa main tarik-tarik ni?" Fasya menayang sengih macam iklan colgate tak jadi.

"Rindu akak lah." Tubuh Raisya didakap erat.

"Alahai kau ni... dah tahu rindu tak reti nak datang rumah aku." Pelukan Fasya dibalas.

"Kauorang buat drama apa dekat sini?" Sapa Tengku Zarif tiba-tiba.

"Biarlah. Menyibuk aje kau ni. Tu, pergi peluk abang kesayangan kau dekat bawah tu."

"Memang tak lah. Rif dah ada isteri kut. Buat apa nak peluk dia. Buang karan aje." Raisya dan Fasya tertawa kecil Melihat Tengku Zarif mengutuk abangnya siap dengan mimik muka yang memang tak boleh blah.

"Amboi, seronok mengutuk aku nampak."

"Sejak bila awak naik atas? Bukan awak tengah berborak dengan papa ke?"

"Baru aje sayang. Jom masuk bilik."

"Ehem-ehem. Pergilah teman abang Zaf tu kak. Kitaorang pun nak masuk bilik ni. Bye." Sempat Fasya menghadiahkan flying kiss khas buat kakak kesayangannya sebelum dia dan Tengku Zarif masuk ke dalam bilik mereka. Kureng punya adik. Cakap rindu aku. Gebang aje lebih.

"Jom."

"Apa jom-jom?"

"Jom berehatlah. Sayang fikir apa ni?" Raisya termalu sendiri lalu segera masuk ke dalam bilik Raisya yang dahulu diikuti oleh Tengku Zafran.

**********

"Sanggup ke aku nak culik anak kandung aku sendiri? Tapi dengan cara ni aje aku dapat pulihkan ingatan dia balik." Tan Sri Mikhael meraup wajahnya lalu melepaskan keluhan kecil.

Potret yang setia tergantung pada biliknya ditatap lama. Terpapar imej seorang gadis muda yang jelita bersama dua orang kanak-kanak perempuan di sisi gadis itu. Tan Sri Mikhael mengukir senyum tatkala merenung potret itu.

"Maria, abang dah jumpa Maya. Tapi Mira aje abang belum jumpa lagi." Tan Sri Mikhael mengusap potret itu. Kemudian dia tersenyum sendiri.

***********

Raisya senyum melihat keprihatinan Tengku Zafran terhadapnya. Sampai nak angkat kotak yang tak berapa nak berat pun dia tak bagi.

"Abang pergi lah buat kerja abang. Biar sayang buat kerja ni." Raisya menolak bantuan Tengku Zafran dengan baik.

"Alah, kerja abang lagi sikit aje nak siap. Biar lah abang tolong sayang. Sayang tak boleh angkat barang berat-berat tau. Nanti kandungan sayang terjejas macam mana?" Raisya menyilangkan tangannya ke dada.

'Rimas pun ada juga sebenarnya. Tapi sebab fikir dia suami kesayangan aje aku tak mengamuk dekat dia.' Gumam Raisya dalam hati.

"Melawan cakap bos ek?"

"Tak baik lawan cakap suami." Laju Tengku Zafran membidas.

"Ye lah. Abang ni saja aje kan. Sayang nak ke pantry kejap lah." Tengku Zafran segera meletakkan semula kotak-kotak itu. Raisya yang ingin menuju ke pintu itu dihampiri.

"Sayang nak bancuh air ke? Biar abang yang bancuhkan. Sayang duduk sini okey." Raisya mencemik.

"Bancuh sedap-sedap tahu. Tak sedap, sayang denda."

"Baik bos a.k.a. my wife. Patik memohon untuk pergi ke pantry kejap ya." Raisya ketawa melihat kerenah Tengku Zafran.

"Ada-ada aje lah abang ni. Sayang nak milo susu."

"Okey sayang." Pipi Raisya ditarik geram sebelum dia beredar ke pantry.

Maya yang mendengar semua perbualan mereka berdua, mendengus geram.

"Kenapa lah dia mengandung? Mesti lepas ni hubungan diaorang akan bertambah rapat. Tak boleh jadi ni. Aku mesti lakukan sesuatu. Walaupun kita pernah jadi kawan baik, tak bermakna kita tak akan bermusuh Myra." Maya mula melakar senyuman jahat. Baru sahaja ingin melangkah ke meja kerjanya, Tania mencuit bahunya dari belakang.

"Kau buat apa bertenggek belakang bilik bos ni? Kau intai bos dengan husband tercinta dia ek? Aku report dekat bos nanti baru tahu." Maya mendengus kasar memandang Tania.

"Kau jangan sibuk boleh tak?!" Lepas sahaja ditengkingnya si Tania, terus sahaja dia menuju ke meja kerjanya. Tania berdecit geram.

'Tak reti bersyukur betul perempuan tu. Dah la aku yang tolong dia cari kerja, dia boleh tengking aku sedap hati mak nenek dia aje. Menyesal pun ada tolong dia hari tu. Aip! Tolong biar ikhlas Tania.' Desis hati Tania.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now