Bab 32

14.6K 440 9
                                    

BERHATI-HATI Tengku Zafran menguak pintu kamar. Mujurlah si isteri spesies manusia yang tak mengunci pintu walaupun sedang merajuk. Kalau tidak, memang dia kena jadi penunggu di depan pintu ni lah jawabnya. Sudah la semua kunci pendua Raisya yang pegang. Yang ada pada dia cuma kunci pendua pintu utama dan sliding door saja.

Alasan Raisya lakukan semua tu adalah tidak mahu Tengku Zafran meredah masuk ke kamar sesuka hati. Kalau tengah dalam keadaan tak sepatutnya di dalam bilik ke, kan percuma aje Tengku Zafran dapat cuci mata. Hai lah bini aku seorang ni...

Raisya menjeling tajam ke arah Tengku Zafran yang berjalan menghampirinya. Tengku Zafran mengambil tempat di birai katil bersebelahan Raisya. Tangan mulus Raisya diusap lembut.

"Kenapa sayang kuat merajuk sangat baru-baru ni? PMS, eh?" Soal Tengku Zafran lembut. Raisya cuba menarik tangannya dari genggaman Tengku Zafran namun tidak berjaya.

"Ke nak makan bubur ayam lagi?" Raisya menggeleng. Bibirnya dicebikkan. Melihat Raisya yang cuma diam, Tengku Zafran cuba bersuara lagi.

"Nak roti canai salut nutella." Membuntang luas mata Tengku Zafran. Apa ke pelik sangat nak roti canai salut nutella. Okey, sebenarnya tak lah pelik sangat pun. Macam kau makan roti kosong salut nutella cuma rasa dia lah kut berlainan sikit. Peliknya di sini, dah lewat malam kut! Mana nak cari kedai roti canai yang masih dibuka?

"Sayang biar betul? Malam-malam macam ni ada jual roti canai ke? Kalau Nutella abang boleh redah lagi kedai Abang Chik depan rumah kita tu. Tapi kalau roti canai ni..."

Raisya mengetap bibir lalu tangannya.yang berada dalam genggaman  Tengku Zafran ditarik kasar. Ni yang paling tak suka ni. Bukannya berat sangat pun apa yang kita mintak. Roti canai aje pun!

"Tak nak beli sudah!" Raisya menyilangkan tangannya paras dada. Muka memang berkerut habis.

"Okey, okey. Esok abang belikan." Pujuk Tengku Zafran lagi.

"Tak nak! Nak sekarang jugak." Tengku Zafran menggaru kepala yang tidak gatal. Aduh, nak buat macam mana ni?

"Hmm... ya lah. Abang pergi belikan sekarang." Raisya menarik senyuman lebar.

"Nak roti canai yang dekat dengan rumah papa sayang tau." Tengku Zafran cuma angguk. Layankan aje lah. Karang kalau menolak lagi, memang kena tidur luar lah alkisahnya.

Kira-kira 30 minit juga lah perjalanan nak ke rumah papa. Itu baru ke rumah papa. Belum ke gerai roti canai yang berhampiran dengan rumah papa. Ada lah dalam 40 minit macam tu.

Kebetulan pula Dato' Faizal bertandang ke restoran mamak pada malam itu. Berlapis dahi tuanya melihat kelibat menantu yang tak diundang. Boleh tahan lewat malam sekarang ni, tak marah pulak Raisya biarkan suami dia keluar.

Dato' Faizal senyum memandang Tengku Zafran yang sedang menunggu pesanan tiba. Beli roti canai rupanya.

"Selama papa besarkan Raisya, tak pernah langsung dia sentuh roti canai. Ini kan pula nak makan roti canai. Pelik." Tengku Zafran yang sedang tersengguk-sengguk serta-merta terjaga. Terlepas kunci kereta yang dipegang ke meja.

“Eh, papa." Dato' Faizal menarik kerusi berhadapan Tengku Zafran.

“Kamu dengar tak apa yang papa cakapkan tadi?"

“Tak pulak. Papa ada cakap apa-apa ke?"

Tersenyum saja Dato' Faizal. Mujur lah Raisya dapat suami yang sanggup melayan kerenah dia.

“Mimpi apa isteri kamu nak makan roti canai malam-malam buta macam ni?"

"Tahu-tahu aje Zaf belikan untuk Raisya. Alah pa... Mungkin dia nak mencuba kut." Dato' Faizal tersenyum penuh makna. Sikap ini serupa macam isteri dia semasa mengandungkan Raisya dahulu. Yang tak pernah dicubanya, itu lah yang dia nak sangat.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now