Bab 77

13.2K 433 7
                                    

Perlahan-lahan dia cuba membuka matanya. Pandangannya ditoleh memandang seseorang yang sedang lena dibuai mimpi di sebelahnya. Ya, itu lah suaminya. Jemarinya mula merayap bermain-main dengan rambut suaminya yang setia menemaninya sepanjang malam.

Adam sedikit terganggu dek sentuhan Maya pada rambutnya. Kepalanya didongak untuk melihat siapakah gerangan yang sedang bermain-main di rambutnya. Terpempan dia melihat Maya mengoyak senyum kepadanya. Walaupun senyuman itu tampak sedikit lemah.

“Maya dah sedar?" Adam yang hendak menekan punat berwarna merah pada kepala katil itu terhenti apabila Maya cuba menepis perbuatannya.

“Terima kasih." Adam menjatuhkan semula tangannya dari menyentuh punat pada kepala katil itu.

“Untuk?" Maya tersenyum nipis. Maya cuba membuka topeng gas yang melekap pada wajahnya  agar memudahkannya untuk bersuara. Adam yang melihat kesukaran Maya dalam usaha membuka topeng gas itu, segera menghulurkan bantuan.

“Sebab dah tolong Maya. Disebabkan pertolongan Adam, anak kita selamat dari kekejaman manusia yang tak berhati perut. Maya dah dengar semua penjelasan Adam semalam." Adam membalas ucapan terima kasih itu dengan mengucup dahi Maya yang masih berbalut. Perasaan syahdu tatkala dihadiahkan ciuman oleh sang suami mula bertandang di hati.

“Memang sepatutnya Adam tolong Maya. Adam panggilkan doktor ya?" Maya mengangguk lemah. Adam laju sahaja menekan punat yang berada pada kepala katil wad itu.

Setelah itu, seorang doktor dan jururawat masuk ke dalam wad itu. Doktor itu mula memeriksa kadar denyutan jantung dan nadi Maya sebelum dia mengesahkan bahawa Maya sudah sedar sepenuhnya.

“Alhamdulillah isteri encik sudah sedar sepenuhnya. Cuma dia perlu tahan di wad selama beberapa hari lagi sebelum boleh discharge." Adam cuma mengangguk tanda dia memahami apa yang diperkatakan oleh doktor itu.

“Adam nak pergi bagitahu dekat Raisya dengan yang lain kejap. Adam keluar dulu. Kejap lagi Adam masuk balik." Maya sedikit terpana. Pasti semua sudah tentang penyakit barah yang dihidapinya. Sepasang mata milik Adam dipandang dengan pandangan redup. Anggukan kecil dari Maya membuatkan Adam tersenyum.

Kemudian, Adam berlalu keluar dari wad itu setelah mendapat keizinan dari Maya.

**********

Setelah hampir seminggu Maya ditahan dalam wad, dia akhirnya sudah boleh pulang. Adam dan Ukaisya mebantu mengemaskan barang-barang Maya untuk dibawa pulang bersama.

“Maya, kau rasa okey sikit tak lepas menjalani pembedahan ni?" Maya mengorak senyum. Suka akan keprihatinan yang ditonjolkam oleh sahabatnya itu. Mata Maya meliar cuba mencari kelibat anak kecil yang sangat dia rindui sepanjang dia dimasukkan ke dalam wad itu.

Namun dia cuma ternampak kelibat Tengku Zafran dan Imani yang sedang melangkah ke arah pintu wad itu. Maya mengeluh perlahan kemudian pandangannya bersatu dengan pandangan Raisya semula.

“Mama!" Aiman tiba-tiba menerpa ke arahnya sambil membawa buah tangan kepadanya.

Maya berpaling semula ke arah pintu wad. Melebar senyumannya. Terus saja Aiman dibawa ke dalam dakapannya.

“Mama dah boleh balik kan? Aiman dah tak sanggup nak share bilik dengan gorilla tu." Mereka semua saling berpandangan kecuali Imani yang sedikit lagi ingin bertukar menjadi hulk.

“Eee... jahat! Awak, jangan lari!" Maka, berkejaranlah dua orang kanak-kanak itu. Mereka semua menggeleng melihat kerenah Aiman dan Imani.

“Jomlah balik. Barang-barang Maya semua dah siap kemas." Maya cuba bangun perlahan-lahan dibantu oleh Adam. Manakala Ukaisya dan Raisya membawakan barang-barang Maya.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now