Bab 53

12.4K 420 28
                                    

"Bonda biar betul? Esok abang Zaf nak kahwin?!" Tengku Zarif seakan tidak percaya dengan apa yang telah dikhabarkan oleh Tengku Amalina.

"Betullah. Takkan bonda nak tipu Rif pula." Tengku Amalina merenung Tengku Zarif. Tajam sahaja renungan Tengku Amalina.

"Akak Raisya macam mana? Dia boleh terima ke?" Sekali lagi Tengku Zarif menyoal. Mana ada perempuan yang sanggup berkongsi kasih. Apatah lagi, dalam keadaan yang sarat mengandung. Mesti mereka nak suami sentiasa ada di sisi dan memberikan perhatian yang lebih.

"Manalah bonda tahu. Pergi lah tanya dia. Lagipun abang Zaf kamu tu memang sepatutnya bertanggungjawab dengan apa yang dia dah buat." Kedua belah kening Tengku Zarif bertaut. Hairan kenapa Tengku Amalina seolah-olah marah dengan Raisya dan Tengku Zafran.

"Apa yang abang Zaf dah buat?"

"Dia dah rosakkan anak dara orang kamu tahu tak?!" Dada Tengku Amalina berombak cuba menahan marah. Malu kerana anaknya bersikap sedemikian.

"Astaghfirullahalazaim... tak mungkinlah abang Zaf buat macam tu. Bonda pun tahu kan abang Zaf tu macam mana." Tengku Amalina berdecit geram.

"Habis tu, Rif nak suruh bonda tuduh perempuan tu tipu bonda lah? Macam tu?" Tengku Zarif menggeleng kesal dengan perubahan sikap Tengku Amalina.

"Kenapa dengan bonda ni? Takkan lah disebabkan perkara macam ni hubungan di antara ibu dengan anak renggang?"

"Perkara ni melibatkan maruah tahu tak? Mana bonda nak letak muka bonda ni? Dah beristeri, tapi menggatal dengan perempuan lain. Entah manusia jenis apa abang kamu tu." Tengku Zarif cuma mampu beristighfar dalam hati. Tak sangka dengan perubahan drastik Tengku Amalina. Mana pergi sifat seorang ibu yang lemah lembut dan penyayang yang ada pada diri Tengku Amalina?

"Suka hati bondalah. Rif tak tahu nak cakap macam mana lagi." Sejurus itu, Tengku Zarif melangkah masuk ke dalam vila bonda dan ayahandanya semula.

**********

Tengku Zafran terpaksa menemani Maya fitting baju kahwin pada hari itu. Malas betul dia nak pergi.

"Awak tunggu sini kejap tau. Saya nak try fitting baju ni kejap. Lepas tu awak pula try fitting." Maya mengambil gaun kembang pengantin dari pegangan staf butik itu. Kemudian dia masuk ke dalam fitting room. Tengku Zafran cuma angguk lalu mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya bagi menghilangkan bosan. Perempuan kalau dah fitting baju kahwin, mahunya sejam dekat dalam fitting room tu. Sempat lagi Tengku Zafran mengutuk.

Setelah beberapa minit berada di dalam fitting room, Maya akhirnya keluar.

"Cantik tak?" Maya menyoal sambil memusingkan badannya di hadapan Tengku Zafran.

Tengku Zafran yang sedang asyik menelek telefon bimbit di tangan, terhenti serta-merta. Matanya tertancap pada Maya yang sedang menggayakan gaun pengantin di hadapannya. Tiba-tiba sahaja dia rasa Maya nampak sungguh anggun pada pandangannya.

"Awak? Cantik tak?" Maya melambaikan tangannya pada wajah Tengku Zafran. Boleh pula dia termenung.

"Err... can... cantik." Sejak bila dia mula gagap berbicara dengan Maya?

"Thanks. Awak pula pergi try fitting baju. Saya tunggu." Maya mengarah seraya mengambil tempat duduk bersebelahan Tengku Zafran.

Tengku Zafran segera bangun tatkala Maya melabuhkan punggung bersebelahannya. Dia mengorak langkah masuk ke dalam fitiing room setelah mengambil baju pengantin dari staf butik itu.

"Baru pakai gaun pengantin, kau dah tergoda tengok aku. Agaknya kalau aku pakai lebih dari ni, mungkin jatuh terus iman kau tengok aku." Maya bercakap sendiri sambil mentertawakan Tengku Zafran dalam hati.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now