Bab 1

5.3K 118 7
                                    

Photo: Izzat Hakim

Botol Tooheys yang sudah hampir kosong aku teguk perlahan. Berharap tegukan terakhir itu dapat menyejukkan hati yang sedang membara. Perlahan rokok di jari aku sedut dalam memenuhi hati, sebelum dilepas perlahan-lahan.

Celaka punya jantan! Mentang-mentang aku jauh di sini, sesuka hati kau aje nak bermain curang dengan aku. Kalau ye pun nak tipu aku, privatekanlah dulu instagram betina tu. Terang-terang aku nampak gambar kau berdua berpeluk cium kat tepi Pantai Lido tu.

Keluhan berat aku lepaskan. Kecewa. Marah. Sedih. Semuanya bergabung menjadi satu. Aku rasa sangat dikhianati. Tak mampu untuk menangis, mungkin kerana terlalu terkejut.

Aku dengan Izzat sudah hampir tiga tahun bercinta. Aku mula mengenalinya sewaktu aku fly dari kolej pada malam minggu untuk melepak di The Blast, rutin aku setiap malam minggu. Waktu tu aku tak sedar aku diperhatikan oleh Izzat yang juga sedang duduk di bar, selang beberapa seat dari aku.

Bermula dari situ, kami menjalin hubungan cinta, sebelum aku terbang ke Sydney untuk melanjutkan pelajaran. Kami cuba untuk menjalin hubungan jarak jauh, yang pada awalnya nampak berjalan lancar. Namun, baru beberapa bulan aku di sini, terus aku dikejutkan dengan berita penipuan Izzat sepanjang ketiadaan aku di Malaysia. Baru petang tadi aku jumpa instagram perempuan itu. Macam-macam gambar juga yang aku lihat.

Telefon aku berbunyi.

Izzat's calling...

"Hello."
"Suzie! You pergi mana? Dah berpuluh kali I call you, tapi you tak angkat."
"Kau nak apa lagi? Kan aku dah cakap, kita putus. Tak faham bahasa ke?"
"Dengar dulu penjelasan I-"

Panggilan aku matikan. Nombor Izzat aku block. Whatsapp dan segala mcm aplikasi media sosial aku buang dari telefon. Semak!

Puntung rokok aku campak ke tanah sebelum bangkit menuju ke stesen bas melalui jeti. Tiga botol bir yang aku teguk tadi telah menampakkan kesannya. Kepala aku terasa sedikit berat, namun aku harus pulang segera. Bas terakhir akan tiba beberapa minit saja lagi.

Aku berjalan terhuyung-hayang dalam keadaan separa sedar, tanpa mempedulikan insan lain yang turut lalu-lalang di jeti tersebut. Aku perlu bergerak pantas, kalau tak nanti terlepas bas. Nak naik teksi, mahal pulak kena bayar.

Tiba-tiba, aku terlanggar sesuatu dengan sangat kuat, menyebabkan aku tersungkur jatuh ke belakang. Dengan kepala yang berpinar, aku dah tak mampu untuk bangun. Aku hanya terbaring di atas kayu jeti, sambil mata terkedip-kedip pandang langit. Tak endah langsung pada dunia. Aku berada dalam duniaku sendiri.

"Miss, are you okay? Hey, miss. Answer me. Are you awake?"

Seorang lelaki bertanya sambil mencangkung di tepi. Dipetik-petik jarinya di hadapan muka aku, ingin menarik perhatianku. Aku hanya tertawa kecil. Lalu tanganku ditarik sehingga aku berdiri, dan aku dipapah sambil berjalan menuju entah ke mana.

Siapa lelaki tu, aku tak ambil peduli. Aku mula berkata-kata, tapi satu apa pun aku tak sedar. Yang aku tahu, aku sekarang ada dalam kereta seseorang, dan baju aku penuh dengan cecair pekat berbau busuk.

Keesokan paginya, aku tersedar dari tidur dengan kepala yang sangat sakit. Yang lagi pelik, aku sedang baring di atas katil di dalam bilik aku sendiri. Bingkas aku bangun, sambil terkebil-kebil memandang baju di tubuh yang sudah bertukar.

Aku lantas berdiri dari katil, tapi terjelepuk jatuh. Kepala berat ditambah dengan tekanan darah rendah. Siapa suruh berdiri tiba-tiba.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now