Bab 2

2.2K 100 6
                                    

Photo: Anarchy

"Zie, jom pergi Malaysia Hall malam ni. Ada menteri datang."

"Kenapa nak kena pergi? Apa kaitan aku dengan menteri tu?"

"Makan free la perempuan. Jomlah."

"Malas."

"Kau ni, Zie. Dah dua minggu kau terperap dalam bilik. Makan pun taknak. Mandi apatah lagi. Duk telan asap je kerja kau."

Aku diam. Tak mahu membalas. Botol-botol kosong berterabur di dalam bilik. Bau bilik aku dah pekat dengan bau rokok. Ashtray penuh dengan puntung rokok.

Nak makan pun tak lalu. Pergi kelas apatah lagi. Jiwa aku kosong.

Mungkin bagi orang lain, putus cinta itu perkara biasa. Tapi berbeza dengan aku. Izzat cinta pertama aku. Izzat juga cahaya dalam hidup aku yang datang ketika aku sedang putus asa mencari kebahagiaan dari mama dan papa.

Aku sendiri tak ada ramai kawan selain Mia. Aku tak pernah rapat dengan keluarga yang lain, memandangkan mama dan papa telah pun dipulaukan akibat berkahwin tanpa restu keluarga.

Aku tidak ada tempat bergantung. Izzatlah satu-satunya manusia tempat aku menumpang kasih. Izzat menghidupkan harapan dalam jiwa aku. Sejak aku bersama dengan Izzat, aku sudah berhenti membuat percubaan untuk bunuh diri. Izzat seolah memberi motivasi baru dalam diri aku.

Tapi kini, semua tu telah hilang. Hancur berkecai segala impian, musnah segala kegembiraan. Aku dah tak peduli dengan belajar, dengan makan minum, dengan hidup. Tiada sebab untuk terus kembali bernafas.

Simbol Anarchy di pergelangan tangan kanan aku tenung. Memori lalu datang lagi.

Malam itu kami hanya menghabiskan masa duduk di meja tepi balkoni kondominium Izzat selepas makan malam hasil air tangannya. Ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke rumah Izzat semenjak beberapa bulan kami menjalin hubungan.

Tangan kananku di atas meja dicapai oleh Izzat. Dia merenung pergelangan tanganku dan tersenyum.

"Dah lama I perhatikan tattoo you ni. Bila you buat?"

"Right after I habis SPM. I kenal sorang tattoo artist ni masa I melepak kat Soulbox. Dia la yang buatkan tattoo ni."

"You nak tengok something?"

Aku mengangguk. Kemudian Izzat menanggalkan tshirt putih dari badannya, menyerlahkan tubuhnya yang tidak terlalu tegap, namun cantik berbentuk.

Di bahagian dada kanannya jelas terlukis simbol yang sama dengan pergelangan tanganku, tetapi saiznya lebih besar.

Tergamam aku lalu menyentuh lukisan di dadanya dengan jari telunjuk.

"You pun ada?" Aku bertanya sambik jari dimainkan mengikuti garisan-garisan tattoo tersebut.

"I buat tahun lepas. Tak sangka sama sebijik dengan you punya tattoo."

"Cantik." Balasku sepatah. Kagum dengan warna tattoo Izzat yang lebih vibrant.

Sedang asyik aku bermain-main jari di dada Izzat, dadanya kelihatan berombak. Nafasnya kedengaran berat. Pantas aku tarik kembali tangan aku dari dadanya.

Mencari Jalan PulangWo Geschichten leben. Entdecke jetzt