Bab 22

1.3K 95 14
                                    

Photo: Sketchbook

Sweater di tangan aku genggam perlahan. Memerhatikan tompokan darah yang agak besar di bahagian hoodie kain tersebut.

Bau badan Uzai masih dapat ditangkap oleh hidungku apabila sweater tersebut aku bawa hampir ke wajah. Perfume apa dia pakai? Macam bau Calvin Klein.

Aku tersandar lesu di kepala katil. Kepala yang berbalut aku sandarkan perlahan-lahan beralaskan bantal. Badan masih terasa sengal berbisa.

Fikiran masih terbayang akan peristiwa tadi. Ya Tuhan, berbagai-bagai dugaan berada di atas jalanMu...

"Islam muncul dalam keadaan asing, dan akan kembali (asing), sebagaimana ia muncul dalam keadaan asing. Maka beruntunglah orang-orang asing." [H.R. Muslim]

"Huh?"

"Zaman Nabi mula-mula nak menyebarkan Islam dulu, agama ini dipandang aneh dan serong oleh masyarakat Mekah pada waktu itu. Hanya sedikit golongan yang ingin menerima.

Semuanya kerana Islam agama yang berbeza dan bercanggah dengan kebiasaan mereka dan nenek moyang mereka.

Akibatnya, Nabi menerima tentangan yang amat teruk, bukan saja dari segi fizikal, tetapi juga dari segi mental.

Pada saya, luka fizikal ini sakitnya sementara dan hanya melemahkan tubuh badan, namun, jika perasaan kita disakiti, hati kita akan jadi lemah. Kita akan rasa sedih, dan lebih teruk lagi, kita mungkin akan berputus asa.

Jadi, awak bayangkanlah bagaimana Nabi dan para sahabatnya menghadapi segala tentangan-tentangan tersebut. Betapa kuatnya jiwa mereka. Betapa teguhnya pegangan mereka.

Massive respect..."

"Dan ia akan kembali asing?"

"Benar. Sebagaimana yang sedang terjadi zaman kini. Macam-macam cabaran yang kita perlu hadapi sekarang, lebih-lebih lagi jika kita memegang ajaran Islam dengan kuat.

Contoh yang terdekat, awaklah.

Sebelum awak berhijrah, pernah tak awak kena pukul macam tadi?"

"Tak pernah."

"Pernah tak kena insult atas sebab kepercayaan yang awak bawa?"

"Tak pernah."

"See? Nampak kan perbezaannya?"

"Tapi kan, kenapa Islam begitu asing, sedangkan semakin masa berlalu, umat Islam semakin bertambah dari sehari ke sehari?"

"Memang betul. Umat Islam sekarang tersangat ramai. Namun, Nabi kata, mereka ibarat buih di lautan.

Banyak, tetapi tidak berguna, tidak bererti, dan tidak menakutkan musuh.

Semuanya disebabkan di dalam hati mereka, ada penyakit Wahn, iaitu cintakan dunia, dan takut akan kematian.

Awak tahu sebab apa umat ini terlalu cintakan dunia dan takutkan mati?"

"Sebab apa?"

"Sebab pada mereka, dunia adalah tempat segala kesenangan, dan kematian akan memutuskan mereka dengan kesenangan tersebut.

Bermaksud keyakinan mereka tidak kukuh terhadap alam akhirat dan segala nikmat yang terkandung di dalamnya."

Terimbas kembali kata-kata Uzai semasa di dalam kereta tadi. Cuba untuk memahami.

Islam akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang asing.

Semoga aku ditempatkan di kalangan orang-orang yang asing.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now