Bab 19

1.5K 108 19
                                    

Perlahan-lahan mata aku buka.

Aku kat mana?

"Zie?"

Aku pandang kiri. Mia sedang merenung wajahku sedikit terkejut.

"Doctor, she's awake!"

Seorang doktor yang sedang berdiri di hujung katil bergegas menuju ke arahku. Setelah memeriksa keadaanku, doktor tersebut berkata sesuatu kepada Mia. Kemudian, dia keluar dari bilik, meninggalkan aku dan Mia berdua.

Entah sejak bila aku berada di sini, aku sendiri tak pasti. Aku cuba menggerakkan badan, namun terasa lemah.

Aku pandang tangan kananku yang sudah lengkap berbalut. Terus sahaja segala senses tentang apa yang berlaku datang kembali ke dalam memori.

Mia mengambil tempat duduk di atas kerusi di sebelahku. Tanpa sepatah kata, dia tenung wajah aku, lama. Serba salah aku jadinya.

"Kenapa, Zie?"

Aku pandang Mia.

"Kenapa kau buat macam tu?"

Tiada jawapan.

"Kenapa kau sanggup cederakan diri kau sendiri? Kau tak sayang badan ke? Kenapa buat tindakan bodoh macam tu?

Pertama kali aku rasa kecewa sangat dengan kau, Zie. Selalunya kau tak macam ni. Kau jenis orang yang fikir panjang sebelum buat sesuatu.

What happened to you?"

Entah kenapa bebelan Mia membuatkan hati ini terus diasak emosi. Lantas air mata bergenang di kelopak mata.

"Mia, aku-"

Aku berdehem sedikit, cuba melegakan tekak yang kering. Mia mengambil segelas air di atas meja sebelah katil dan strawnya dihalakan ke mulutku.

Setelah meneguk air, aku meneruskan bicara.

"Aku banyak dosa, Mia. Aku takut. Aku takut Tuhan tak terima ibadah aku. Aku takut solat aku tak diterima." Suaraku lirih meluahkan.

"Diorang kata kalau ada tattoo wudhu tak sah. Diorang pandang aku hina sebab tattoo kat badan aku, Mia. Sebab tu aku nak get rid tattoo ni. Aku tak nak lagi benda ni ada kat badan aku." Aku dah mula teresak-esak menangis.

Mia mengusap lembut rambut aku, cuba menenangkan perasaanku yang semakin diruntun hiba. Mungkin dia berasa sedikit bersalah atas bebelannya sebentar tadi.

"Aku tak sangka hanya kerana silap aku masa dulu buatkan martabat aku lebih rendah berbanding orang lain. Aku tak sangka orang judge aku hanya kerana kejahilan aku masa lalu. Kalau aku tahu ini yang akan aku hadapi, aku takkan buat benda-benda ni dulu. Aku menyesal, Mia. Aku menyesal."

Tersedu-sedan aku meluahkan rasa. Sesekali, Mia di sebelah menyeka air mata yang jatuh membasahi pipinya. Ternyata, sahabat ini, dia turut sama merasai kesedihan yang aku alami.

"Zie, biar aku beritahu kau satu benda. Kadang-kadang, dalam dunia ni, kau akan jumpa orang yang terlalu judgemental. Apa yang kau buat, semua dia akan hukum. Setiap kesalahan kau, semua dia akan ingat.

Walau macam mana baik kau berubah pun, di mata dia, kau tetap jahat hanya kerana kesilapan kau masa lampau.

Perangai macam ni, tak ada dalam ajaran Islam, Zie. Sebab tu pandangan manusia dengan pandangan Allah sangat jauh berbeza.

Allah Taala Maha Pengampun. Sekali kau bertaubat atas dosa-dosa yang kau lakukan, Dia pandang kau suci macam bayi baru lahir. Langsung Dia tak judge kau based on apa yang kau buat sebelum ni.

Sebab tu hati kau kena kuat. Dalam perjalanan mencari keredhaan Allah, setiap manusia tak lepas dari diuji. Nabi yang tak ada dosa tu pun diuji lagi dahsyat dari kita, Zie. Itu semua adalah tanda, orang yang diuji disayangi Tuhannya.

Jadi, bersabarlah. Kuatkan hati. Jangan peduli pandangan manusia, tapi carilah keredhaan Allah. Itulah tujuan utama kau berada di atas landasan ni."

Aku terdiam, mengakui kata-kata Mia. Namun, masih ada beberapa persoalan yang bermain di minda.

"Mia, betul ke kalau ada tattoo, wudhu tak sah?"

Mia diam sejenak, memikir-mikir jawapan yang harus diberikan.

"Tattoo sejenis lukisan dakwat yang kekal dan tak mudah tanggal, kan? Bila kita berwudhu, air mesti kena pada kulit. Jadi, tattoo tu menghalang air wudhu dari terkena kulit. Sebab tu wudhu tak sah.

Allah laknat kita buat tattoo. Sebab tu, tattoo haram dalam Islam. Itu perbuatan orang kafir, dan kita sebagai Muslim, tak boleh meniru perlakuan orang kafir."

Aku menundukkan pandangan. Sugul mendengar jawapan Mia.

"Tapi..." Mia menyambung selepas melihat reaksi aku.

"Islam adalah agama yang membawa rahmat. Setiap manusia tak lepas dari melakukan kesalahan. Macam aku cakap tadi, Allah itu sendiri Maha Pengampun. Dan Dia takkan hukum kau atas kesalahan yang kau tak tahu."

"Jadi, perlu ke sebenarnya aku buang tattoo aku ni?"

"Kalau boleh, memang kena buang, sebab kita tak nak apa-apa perkara yang Allah benci ada atas badan kita. Tapi, kalau proses nak buang tattoo tu memudaratkan, seeloknya tak perlu.

Islam tak kejam, Zie. Islam tak pernah suruh penganutnya menyakitkan dan menyusahkan diri sendiri.

Jadi, apa yang kau buat siang tadi, ternyata salah. Kau dah mencederakan diri kau sendiri."

"So, aku tak payah buang la tattoo aku ni?"

Mia tersenyum dan menggeleng. "Tak payah. But next time, kalau kau jumpa satu cara yang tak menyakitkan untuk kau buang tattoo tu, then kau kena buat. Dan sepanjang kau simpan tattoo tu, kau jangan bagi orang lain nampak kalau boleh, untuk mengelakkan fitnah."

Sekarang, baru aku faham. Segala-galanya kini jelas dan terang.

"Aku dah faham."

"Zie, lain kali, nak buat apa-apa pun, tanyalah dulu. Jangan buat keputusan sendiri kalau kau tak tahu.

Kau tak tahu macam mana aku punya risau bila dengar kau menjerit. Bukak je pintu bilik, tengok kau dah terbaring atas lantai."

"Siapa yang bawak aku datang sini?"

"Mula-mula, aku call Mariam. Tapi, Mariam tak ada kereta. Then, aku call Uzai. Dialah yang bawak kau ke sini."

"Kenapa kau tak call ambulans je..." Aku sedikit tidak berpuas hati dengan tindakan Mia. Aku segan dengan Uzai, segan dengan apa yang telah terjadi.

"Mahal la. Nanti hospital charge beratus dolar."

"Kan aku boleh bayar nanti. Tak perlulah sampai call Uzai."

"Membazir. Lagipun, aku cuak sangat. Kau dahlah berat. Aku tak larat nak angkat."

"Uzai ke yang angkat aku?!"

"Yelah, siapa lagi."

Pada saat ini, wajah aku sudah merah padam menahan malu.

"Malu la tu. Dahlah, kau rehat dulu. Kau demam kuat, tahu tak? Doktor cakap esok kau dah boleh keluar." Ujar Mia lalu bangkit berdiri.

"Kau nak pergi mana?"

"Aku nak solat Isyak. Kejap lagi Mariam datang teman kau."

"Mia.. Aku nak solat jugak." Aku bersuara separuh merayu.

Mia pandang aku lalu tersenyum. "Jom, aku bawak kau pergi toilet."

Serentak itu, aku bangkit dari pembaringan, melawan sakit di tubuh dengan segala kudrat yang tersisa. Kemudian, Mia memimpin aku menuju ke bilik air yang terletak di sebelah wad.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now