Bab 13

1.5K 122 10
                                    

Aku berjalan kepenatan menaiki tangga menuju ke bilik. Tiba di hadapan pintu bernombor 310, aku nampak stokin digantung di tombol pintu.

Aduh.. Ini mesti kerja Mia ni.

Aku dah mula mengeluh. Baru sahaja terbayang-bayang di dalam kepala, bantal dan tilam yang empuk di dalam bilik.

Sementelah pula aku sangat kepenatan dari pagi sehingga ke petang menelaah buku di library untuk peperiksaan yang bakal tiba.

Aku mengatur langkah ke kafeteria di tingkat bawah. Sampai sahaja di kafe, aku keluarkan telefon bimbit dan mula mendail nombor telefon Mia.

Lama juga aku menunggu, barulah panggilan dijawab.

"Hello, Mia."

"Ha Zie. Nak apa?"

"Berapa lama lagi? Aku penat ni. Nak tidur."

"Kau ni. Kacaulah."

"Cepatlah."

"Yelah yelah. 15 minit."

"Ok cool."

Panggilan dimatikan. Dan aku pun menunggu berseorangan di situ, menanti 15 minit berlalu.

Gantung stokin. Salah satu sign yang digunakan oleh Mia jika ada 'projek' sedang berlaku di dalam bilik. Menandakan dia perlu waktu privasi.

Banyak kali jugalah stokin digantung di tombol tersebut. Orang lain tidak tahu. Hanya aku sahaja yang faham.

Dan Mia juga, siapa tak kenal dengan dia. Punya body yang mantap, muka pun boleh tahan cantik. Sudah berapa ramai pelajar lelaki kolej ini yang berkongsi katil dengannya di dalam bilik itu.

Yang peliknya, tak pernah sekali pun Mia kantoi dengan warden. Pandai Mia seludup masuk lelaki-lelaki tersebut. Ada yang masuk melalui pintu koridor, dan ada juga yang masuk ke dalam hostel dengan memakai tudung.

Teringat peristiwa di mana aku tanpa sengaja membuka pintu bilik, dan aku lihat dua orang lelaki sedang mengerjakan Mia di atas katil. Tergamam aku waktu itu.

Dahsyat Mia ni...

15 minit berlalu, dan aku pun kembali ke bilik. Stokin sudah tiada di tombol, lalu aku pun membuka pintu.

Kelihatan Mia sedang baring sambil menyandarkan badan di kepala katil, dengan selimut menutupi tubuh yang tidak berpakaian sehingga ke dada.

Aku melangkah menuju ke katil aku di tepi koridor. Tersengih-sengih Mia memandang aku.

"Mamat mana pulak kau sapu kali ni?"

Mia senyum licik. "Pakwe Zara."

Bulat mata aku memandang Mia. "Kau dah nak mampus? Dah tak ada lelaki lain ke kau nak kebas?"

"Biarlah. Memang sengaja aku ajak mamat tu. Aku memang dah lama sakit hati dengan si Zara tu. Perasan dia cun sangat." Ujar Mia selamba.

Aku menggelengkan kepala. "Mia Mia. Cari pasal betul kau ni."

Dan ternyata, beberapa hari selepas itu,

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now