Bab 49

853 94 6
                                    

Aku keluar dari bilik dan terus menuruni anak tangga ke bawah. Setiap langkahku ditemani dengan debaran yang semakin kuat di dalam dada.

Aku rindu mama. Sudah setahun tidak bersua muka, apalah agaknya reaksinya apabila melihat anaknya ini nanti.

Sampai di anak tangga yang terakhir, langkahku terhenti.

Itu dia. Wanita tinggi lampai berambut panjang yang sedang berjalan melepasi ruang tamu.. Itulah mama. Tubuhnya masih lagi berbalut dengan pakaian formal kerja, cuma butang kotnya sudah dibuka untuk membebaskan pergerakannya di luar ofis.

Dia langsung tidak perasan akan kehadiranku di situ. Hampir sahaja dia berlalu melepasi anak tangga di mana aku sedang berdiri.

"Mama.." Aku panggil perlahan.

Langkah mama terhenti. Dia mengalihkan pandangan dari lantai ke arahku di sebelah kirinya. Apabila dia terpandang akan kelibatku di situ, wajahnya sedikit terkejut.

"Hana?"

Aku mengukir senyum. "Assalamualaikum, mama." Ucapku sambil berjalan mendekatinya. Aku menghulur tangan untuk bersalam.

"Bila Hana sampai?" Ujar mama sambil menyambut huluran salamku.

"Petang semalam, ma." Aku mencium tangan mama lalu aku perhatikan wajahnya.

Rambut mama sedikit kusut-masai sehingga menutupi sebahagian pipinya. Tubuhnya semakin kurus, dan matanya sudah tidak sejernih sebelum ini.

Namun, ada sesuatu yang jelas berbeza dengan wajah mama yang aku kenal sebelum ini. Aku ingin memerhatikan wajahnya lebih lama, namun dia cepat-cepat menunduk.

"Siapa yang pick-up kat airport?"

"Hana balik sendiri naik teksi."

"Baguslah kalau macam tu." Mama meneruskan langkahnya ke dapur.

Aku mengekorinya di belakang. "Mama sihat tak?"

"Sihat je." Jawab mama tanpa menoleh. Dia membuka peti ais dan mengeluarkan sebotol air sejuk.

Aku mengambil duduk di atas sebuah kerusi tinggi di belakang pangkin yang terletak sebakul buah-buahan, berhadapan dengan peti ais di mana mama berada.

Aku tenung sahaja tingkah lakunya. Ingin rasanya aku menilik wajahnya, namun dari tadi dia menghadap peti ais sambil membelakangkanku.

"Mak Nab cakap mama dah sebulan tak balik?" Tanyaku lagi apabila keadaan menjadi sedikit sunyi dan janggal.

Mama menutup pintu peti sejuk dan menuju ke stove. Pasta yang dimasak oleh Mak Nab pagi tadi masih berbaki. Mama mengambil pinggan dan mencedok sedikit pasta di dalam periuk itu.

"Mama dah move out. Balik rumah ni pun kadang-kadang aje. Ini pun mama balik sebab nak ambik dokumen." Kata mama sambil duduk selang beberapa kerusi di sebelah kananku.

"Move out? Mama tinggal tetap kat rumah Joe?" Aku bertanya tidak berpuas hati.

Mama menyuap pasta ke dalam mulut sambil mengangguk. Lagaknya seperti endah tak endah sahaja.

"Sejak bila?"

"Lepas Hana fly haritu, mama terus pindah. Malas pulak nak ulang-alik dari sini ke sana tiap-tiap minggu."

"Papa tahu tak?"

"Tahulah agaknya. Selalu dia call mama pun Uncle Joe yang angkat."

"Papa tak marah?"

Mama mengangkat bahu. "Buat apa dia nak marah. Mama dengan Uncle Joe pun dah lama. Papa pun dah ada life dia sendiri."

Terdiam aku mendengar jawapan mama. Betullah, keadaan memang langsung tak berubah. Malahan sudah menjadi semakin parah.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now