Bab 23

1.5K 97 21
                                    

Photo: Baju kurung Suzie :)

"Allahu akbar
Allahu akbar
Allahu akbar

La ilaha illallahu wallahu akbar
Allahu akbar wa lillahil hamdu"

Berulang kali aku mengungkap takbir semenjak dari subuh tadi, mengikuti bait-bait yang dilagukan oleh imam Masjidil Haram melalui video Youtube di laptop.

Selesai solat Subuh tadi, aku terus membersihkan diri dan mandi sunat hari raya. Kemudian, aku mengeluarkan sepasang baju kurung warna merah jambu yang baru aku beli dari Malaysia beberapa minggu lepas melalui pos, dan aku mula menggosok baju tersebut dengan cermat.

Teruja? Yes, I am.

Kali terakhir aku menyambut hari raya seingat aku adalah ketika aku masih kecil, mungkin sewaktu aku berumur 5 atau 6 tahun?

Itupun hanya sebentar. Selepas itu kami dihalau keluar dari rumah agam tersebut oleh seorang lelaki tua yang aku percaya adalah bapa kepada papa aku.

Aku tak akan pernah lupa saat itu. Saat di mana seorang lelaki yang lebih berumur, bertindak tanpa akal fikiran, mencaci maki dan menghambur amarah sesuka hati di hadapan sanak saudara.

Aku takkan pernah lupa saat itu. Saat di mana air muka papa berubah merah, dan air mata mama bergenang, lalu wajahnya jelas tergambar usaha sedaya upayanya untuk menahan tangisan dari terkeluar.

Waktu itu aku terfikir, beginikah caranya orang dewasa berkomunikasi? Tanpa perlunya adab, tanpa perlunya menjaga perasaan orang lain?

Dan itulah kali pertama, dan kali terakhir aku menjejakkan kaki ke rumah tersebut. Itulah kali terakhir kami menyambut hari raya. Itulah kali terakhir aku memakai baju kurung sewaktu raya pertama.

Selesai menggosok, aku menggantung baju tersebut di penyangkut dinding dengan berhati-hati. Kemudian, aku melangkah ke bilik Mia.

"Mia?" Aku ketuk pintu bilik dengan agak kuat.

Senyap.

"Mia, kau dengar tak?" Aku ketuk lagi.

Senyap.

"Woi Mia! Kau tak nak raya ke?!" Aku sudah hilang sabar.

"Kau keluar dulu, Zie. Kejap lagi aku bersiap." Akhirnya, Mia membalas perlahan dari dalam bilik.

"Kau okay tak sebenarnya ni? Kau kenapa duduk dalam bilik je dari semalam? Ada yang tak kena ke?"

"Aku okay. Aku cuma penat sikit aje."

Fair enough.

Aku masuk ke dalam bilik dan mula menukar baju. Jam di dinding aku pandang sekilas.

6.45 am.

Lagi 30 minit sebelum solat sunat hari raya bermula. Lantas, aku mula berdiri di hadapan cermin dan melilit selendang di kepala. Wajahku dirias sedikit dengan mekap ala kadar.

Selesai berhias untuk menyerikan pagi raya, aku segera menyarung but hitam bertumit setengah inci dan menyarung jaket hitam berzip emas.

Telefon bimbit, dompet dan sketchbook Uzai aku sumbat ke dalam tas tangan, dan dengan lafaz bismillah, aku melangkah keluar rumah dengan perasaan gembira.

Aku atur langkah perlahan menuju ke musolla universiti sambil mulut tak henti-henti mengucap takbir. Sepanjang aku berjalan, aku nampak beberapa orang Muslim turut menuju ke arah yang sama dengan aku. Masing-masing mengenakan busana yang cantik-cantik sempena hari raya.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now