Bab 10

1.6K 105 13
                                    

Photo: Pyrmont Bridge

Aku mengikuti Uzai sehingga tiba di keretanya yang diparkir tidak jauh dari jeti tadi. Terus Uzai membuka boot kereta.

Apabila aku menjenguk ke dalamnya, aku nampak boot tersebut penuh dengan plastik berisi pisang, roti, air mineral, dan beberapa helai selimut tebal.

Aku pandang Uzai. "Awak nak buat apa dengan semua benda ni?"

Uzai tidak menjawab soalanku, sebaliknya menghulurkan helaian-helaian selimut kepadaku, dan kemudian dia mengangkut plastik berisi makanan tadi.

"Jom." Uzai mengajak sambil menutup boot.

Aku mengikut lagi langkahnya berjalan berhampiran kawasan yang menempatkan shopping mall dan kedai-kedai yang sudah tutup.

Di kaki-kaki lima kedai-kedai tersebut, terdapat beberapa orang yang sedang duduk dan ada juga yang berbaring. Uzai lantas menghampiri salah seorang dari mereka.

Dia mengeluarkan sebuah pisang, sebungkus roti, dan sebotol air mineral.

"Hey." Dia menegur lelaki lingkungan awal 40-an yang sedang duduk kesejukan sambil berpeluk tubuh itu. Keadaannya sedikit kusut masai dan tidak terurus.

"Hey, mate. You came again tonight." Balas lelaki tersebut mesra. Terukir senyuman di wajahnya tatkala terpandangkan wajah Uzai.

"Yeah, I bring a blanket for you. It's getting cold in here lately ey?" Ujar Uzai ramah.

"Yeah it's below 10 degree and I can barely feel my fingers right now." Lemah suaranya kedengaran di telingaku.

Lantas, Uzai meletakkan makanan tersebut di atas lantai di hadapan lelaki itu. Kemudian, dia memberikan isyarat kepadaku.

Segera aku menarik sehelai selimut dari timbunan selimut-selimut di tangan. Lalu, aku menghulurkannya kepada lelaki tersebut.

Lelaki itu menyambut selimut tersebut, membuka lipatannya, dan terus diselubungkan di tubuhnya.

"This feels a lot better, guys. Thank you so much." Ujar lelaki tersebut.

"No worries. Have a good rest." Balas Uzai dalam senyuman.

Tersentuh aku dengan situasi tersebut. Melihat keadaan lelaki itu yang homeless, lapar, dan kesejukan membuatkan hati aku diruntun pilu.

Langkah kami diteruskan ke seluruh kawasan Darling Harbour yang sunyi, melewati ceruk-ceruk kaki lima yang gelap, mengagihkan makanan dan selimut kepada beberapa orang lagi homeless yang berteduh di kawasan tersebut.

Pelbagai reaksi yang dapat aku lihat pada malam ini. Ada yang sakit, tidak mampu untuk mendongak, ada yang terlalu lapar sehingga terus menyuap pisang ke dalam mulut tanpa sempat mengucapkan terima kasih, dan kebanyakannya mempamerkan reaksi gembira dan terharu dengan pemberian dari kami.

Yang paling tidak akan aku lupakan, apabila seorang wanita tua yang sudah uzur, menarik aku ke dalam pelukannya sambil menangis, setelah aku menghamparkan selimut membaluti tubuhnya yang sedang menggigil kesejukan.

Hampir menitis air mata aku tatkala menerima respon sebegitu daripadanya. Kasihan yang amat melihat nasib wanita tua tersebut. Entah ke mana perginya harta dan keluarga, bahkan anak-anaknya?

Selesai mengagihkan barang, kami berehat sebentar mengambil angin di atas Pyrmont Bridge, menghadap feri dan bot yang tersusun berhampiran jeti di bawah. Damai sahaja suasana Darling Harbour pada malam itu. Hanya terdapat beberapa orang yang masih berlegar-legar di atas bridge.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now