Bab 38

1.1K 103 8
                                    

Photo: Tafsir al-Quran

Keadaan di ruang tamu sedikit kekok. Kedengaran bunyi Aria menghirup air teh di dalam cawan, dan aku hanya sibuk mengunyah pizza sambil memandang ke lantai.

Uzai di hadapanku pula hanya selamba menyuap fish fingers satu demi satu ke dalam mulutnya tanpa bersuara walaupun sepatah. Sesekali aku menjeling sekilas kearahnya, dan setiap kali itulah, pandangan kami akan bertembung.

So awkward...

"So, Aria, rumah lama awak tu siapa yang duduk sekarang?" Uzai tiba-tiba membuka bicara.

"Ada student yang baru sampai terus nak masuk rumah tu, gantikan tempat saya." Balas Aria mesra.

Uzai terangguk-angguk faham. Dan keadaan sunyi kembali.

"Aku pergi toilet dulu." Tiba-tiba Aria bangkit dan terus bergegas menuju ke tandas, meninggalkan aku dan Uzai berdua.

Ah, celaka punya Aria. Main tinggal begitu saja.

Dapur itu terlalu sunyi, dan janggal. Ditambah dengan Uzai yang langsung tidak berbicara denganku sejak dari tadi. Pandang muka aku juga tidak mahu.

Marahkah dia?

"Awak marah saya ke, Uzai?" Aku memberanikan diri untuk bertanya.

Kunyahannya terhenti. Dia memandang mukaku tanpa riak. "Saya tak ada sebab pun untuk marah awak." Dan kemudian, dia menyambung mengunyah makanan.

"Habistu kenapa awak tak cakap dengan saya daripada tadi?"

Uzai diam sebentar. Dia menghabiskan kunyahannya sebelum membalas, "Dah lama ke awak berkawan dengan Ali?"

Sah, aku dah agak. Pasti hal ini yang membuatkan dia dingin sedari tadi.

"Err.. taklah lama sangat. Kenal masa raya haritu aje." Jawabku sedikit gugup.

"Awak tahu ke dia tu macam mana orangnya?"

"Sepanjang beberapa bulan ni banyaklah jugak saya tahu pasal dia."

"Jadi, awak memang dah full aware apa yang dia boleh buat pada awak, kan?"

Aku tidak terus menjawab, sebaliknya memandang Uzai dengan pandangan sedikit tertanya-tanya. "Apa maksud awak?"

Uzai menghela nafas berat sebelum membalas, "Maksud saya, awak kena hati-hati, Zie. Lagi-lagi dengan orang yang awak masih baru kenal."

"Uzai, saya kenal dia bukan semalam atau minggu lepas, tapi dah berbulan-bulan. Saya tahu perangai Ali tu macam mana."

Uzai ketawa kecil. Sinis bunyinya. "Dah lama sangatlah tu awak kenal ya. Sampai dia boleh rindu awak."

"Saya tak suka awak cakap macam tu."

"Saya cuma nak ingatkan awak aje, Zie. Dalam dunia ni, bukan semua orang boleh dipercayai."

"Awak nak cakap Ali tu jahat?"

"Saya tak pernah nak cakap dia jahat. Saya cuma nak awak berhati-hati dengan dia."

"Ali bukan macam yang awak fikirkan, Uzai. Walaupun luaran dia nampak nakal, bertukar perempuan sana-sini, tapi hati dia baik."

"Saya tak pernah doubt tentang hati budi orang, Zie. Tapi saya jugak lelaki. Saya tahu apa yang lelaki lain fikir, dan apa yang lelaki lain boleh buat. Lebih-lebih lagi, lelaki macam Ali."

"Awak judge dia?"

"Saya cakap based on apa yang saya tahu sepanjang tiga tahun saya duduk kat Sydney ni. Dah bermacam perangai saya tengok, dah bermacam perkara saya tahu."

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now