Bab 40

1.2K 107 30
                                    

Photo: Ali

"Zie, aku mintak maaf."

Pandanganku hanya terpaku pada rerumput hijau di hadapan. "Tak ada apa la. Bukannya salah kau pun.."

Aku dengar Ali mengeluh. "Kat tu memang payah sikit. Berapa ramai dah perempuan yang kena dengan dia, semuanya disebabkan aku."

Dan keadaan sunyi kembali buat beberapa ketika.

Pulang saja dari klinik tadi, Ali terus menghantar aku ke rumah. Pada mulanya aku ingin terus menuju ke dalam apartment, tetapi ditahan oleh Ali pula. Katanya ingin berkata tentang sesuatu perkara.

Kerana itu aku di sini, di bangku bawah pohon berdekatan dengan bangunan apartment, tempat yang sama ketika aku dan Uzai bertengkar selepas pulang dari hospital dahulu. Kawasan ini sememangnya agak sunyi, jauh terlindung dari laluan orang ramai.

Keadaan ini agak sesuai bagi kami untuk berbicara berdua tanpa gangguan dari sesiapa. Muka yang sedikit berbisa juga tidak aku hiraukan, hanya kerana ingin menyelesaikan beberapa perkara yang kurang jelas di antara aku dan Ali.

"Ali, apa yang kau cakap depan Kat tadi.." Dalam teragak-agak meluah kata, aku memberanikan diri untuk bersuara. "Betul ke?"

Ali menoleh ke arahku di sebelah. "Kenapa kau tanya?"

"Kau saja cakap macam tu supaya Kat tak mengharap lagi pada kau, kan?"

Ali membuang pandang ke hadapan. Wajahnya tampak serius dan renungan matanya mengecil. "Tak ada satu patah perkataan pun yang tak betul keluar dari mulut aku tadi, Zie. Semuanya betul."

Dan debaran yang tadi sudah menghilang kembali menyerang ke dalam dadaku.

"Kenapa, Ali? Kenapa aku?"

Ali mengangkat bahu. "I don't know. It just happened."

Aku tidak membalas. Tidak tahu apa lagi yang perlu dikatakan.

"Entahlah, Zie. Dari mula lagi aku nampak kau, aku tahu, kau lain dari perempuan lain. Kau langsung tak hirau aku. Kau pun tak pernah mintak perhatian aku.

Bila aku cuba nak dekat dengan kau, kau reject. Kau tahu, kaulah perempuan first yang berani reject aku macam tu." Ali tertawa kecil sebelum menyambung. "Dari situ aku sedar, aku tak boleh nak approach kau guna cara aku approach perempuan lain.

Sebab tu jugak aku nak kawan dengan kau. Aku tahu itu je satu-satunya cara untuk aku dekatkan diri dengan kau.

Aku cuba untuk simpan perasaan aku ni dalam-dalam. Kalau kau tahu, mesti kau akan jauhkan diri daripada aku.

Tapi nampaknya, sebelum kau tahu pun kau dah jauhkan diri daripada aku. Semuanya disebabkan perangai aku yang teruk ni.

Kerana kau jugak, aku berubah. Aku dah tak nak mainkan perasaan perempuan, sebab aku dah faham macam mana rasa sayang yang sebenar pada seseorang.

You changed me, Zie. And I thank you for that."

Aku termengkelan mendengarkan kata-kata Ali. Allahu.. Perkara ini sudah menjadi semakin serius. Berulang kali aku cuba untuk menidakkan, tapi nampaknya, semuanya berlaku terlalu nyata.

"Err.. No worries." Aku mula mengait-ngait hujung jaket dengan jari untuk mengurangkan resah. "Pasal apa yang kau rasa tu.. aku hargai, walaupun aku tak adalah banyak membantu pun dalam hidup kau."

Ali hanya membisu. Aku menjelingnya sekilas, menunggu respon darinya. Dia menarik nafas dalam-dalam, sepertinya ingin mencari kekuatan.

"Zie.." Panggil Ali perlahan.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now