Bab 47

1K 101 36
                                    

Aku melihat jam yang terpapar di kaca skrin monitor di hadapan.

10.30 am?

Aku menghembus nafas lega. Kertas soalan peperiksaan Circuits and Drawings sudah selesai dijawab sebelum masa peperiksaan habis. 1 jam 30 minit lebih awal.

Kalau sudah hari-hari membuat latihan menjawab setiap soalan yang dikemukakan di dalam buku teks, manakan tidak laju sahaja soalan-soalan peperiksaan pada hari ini dapat diselesaikan?

Aku segera mengangkat tangan untuk menggamit pengawas peperiksaan mendekatiku.

"Yes, dear?" Kata wanita berkulit putih itu setelah dia hampir di mejaku.

"I already finished answering the questions."

"All of them?"

"Yes."

"Have you checked your answers?"

"I did. Everything looks fine."

Pengawas tersebut diam, kemudian mengangguk. "Okay, you can leave the hall now. Don't forget to take all your belongings with you when you leave." Katanya lalu terus mengutip kertas soalan dan buku jawapan di atas mejaku.

"Okay, thank you." Balasku pendek sambil memasukkan segala alat tulis dan kalkulator ke dalam plastik jernih yang disediakan.

Aku berjalan keluar dari dewan tersebut dengan sedaya upaya cuba untuk tidak menghasilkan sebarang bunyi. Sampai sahaja di luar pintu masuk, aku terus menggapai beg sandang dan ingin berlalu pergi.

"Zie!"

Aku lantas menoleh. Dia lagi?

"Kau nak apa lagi?" Aku bertanya tanpa riak.

"Betul ke kau dengan Uzai nak kahwin?" Ali bertanya sambil mengambil beg sandangnya di tepi pintu. Ternyata, dia juga baru selesai menjawab kertas peperiksaan.

Aku mengeluh. Haih, macam mana mereka boleh tahu?

"Memang betul pun. Kenapa?"

Ali tersenyum tawar dan menggeleng. "Tak ada apa. Tahniah."

Aku memandangnya tajam. "Kan aku dah kata jangan tunjuk muka depan aku? Tak faham bahasa ke?"

Ali kelihatan gugup. Dia menunduk sedikit, cuba mencari ayat.

"Err.."

Aku terus berpaling, ingin membuka langkah.

"Nanti dulu, Zie."

"Kau ni dah kenapa?!" Aku kembali menoleh ke arahnya dalam kesabaran yang semakin menipis.

"Macam mana nak join usrah?"

Aku tersentak. Mataku membuntang luas.

"Hah??"

"Aku nak join usrah. Tapi tak tahu macam mana. Kau tahu?"

Sudah tentulah aku tahu. Aku sendiri salah seorang komuniti usrah semenjak beberapa bulan yang lepas.

"Kau ni seriuslah!" Marahku dengan nada tidak percaya.

"Aku serius. Aku nak berubah, nak sangat berubah. Cuma aku tak tahu macam mana.

Daripada dulu lagi aku tercari-cari tujuan hidup aku, tapi aku tak jumpa. Aku malah terus hanyut jauh terkeluar dari landasan hidup yang betul.

Sampai satu masa, aku rasa lemas. Lemas dengan segala macam hal dunia, tapi aku tak terdaya nak keluarkan diri aku sendiri sebab aku tak tahu caranya.

Mencari Jalan PulangHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin