Bab 5

1.9K 101 9
                                    

Photo: La Perouse

Kenapa dalam dunia ni ada kesusahan? Kalau Tuhan sayangkan manusia, Dia takkan biarkan kita ditimpa musibah kan? -Suzie-

Lemme ask you back. Kenapa kita kena jawab exam at the end of the semester? -Uzai-

To test the level of our knowledge in that particular subject? -Suzie-

Exatly. Macam tu juga dengan hidup. Allah turunkan musibah tu sebagai satu bentuk ujian, untuk test siapa di antara kita ni yang paling setia bergantung pada Dia bila ditimpa kesusahan. -Uzai-

Awak tak rasa kejam ke Tuhan buat macam tu? Dia buat kita rasa susah semata-mata untuk uji kesetiaan kita. -Suzie-

Tak kejam pun Suzie. Lumrah manusia. Bila dalam kesusahan, baru kita akan nampak manusia punya true colours. -Uzai-

Kenapa Dia tak cipta semua orang happy dan beriman pada Dia? Kan lebih mudah kalau macam tu? -Suzie-

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (29:2).
Analogi yang sama macam saya cakap tadi, kenapa cikgu tak bagi je kita semua markah seratus peratus sebelum exam, kan lebih mudah untuk kita dan untuk dia juga? -Uzai-

Skrin telefon aku tatap lama. Memikirkan analogi Uzai yang sangat masuk akal, memberikan kefahaman baru kepada aku.

Telefon bimbit aku letak ke tepi. Aku termenung memandang siling.

Sejak bertemu dengan Uzai di Max Brenner dua minggu lepas, hampir setiap hari aku menghubunginya melalui Whatsapp, bertanyakan soalan-soalan yang bermain di benak fikiranku.

Dan seperti yang dijangkakan, Uzai sentiasa ada jawapan bagi setiap soalan-soalan yang aku ajukan dan semuanya memuaskan hati.

Aku pernah tanyakan soalan yang sama pada seorang rakan di kolej. Namun aku ditempelak pula kerana cuba mempertikaikan kehendak Tuhan. Salahkah untuk bertanya perkara-perkara yang aku tidak tahu?

Kedengaran tombol pintu dipulas.

"Assalamualaikum..." Suara Mia perlahan memberi salam. Aku hanya diam tidak menjawab.

Sejak akhir-akhir ini, aku perasan Mia sudah agak berbeza berbanding dulu. Masuk rumah dah pandai bagi salam. Dia juga semakin kerap meluangkan masa bersama Mariam, gadis tudung labuh berwajah lembut. Selepas kelas, dia tidak terus pulang ke rumah. Entah apa dibuatnya dengan Mariam, aku pun tak tahu. Hampir Maghrib baru dia akan pulang ke rumah.

Kadangkala, dia tidak keluar rumah, tapi Mariam pula yang berkunjung ke sini. Setiap kali Mariam datang, aku tak pernah keluar bilik. Sejujurnya aku berasa tidak selesa.

Pernah sekali sahaja aku bersua muka dengannya, itu pun kerana aku terpaksa membuka pintu rumah yang diketuk ketika Mia sedang berada di dalam tandas. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam bersama senyuman manis di wajah. Teragak-agak aku menyambut sebelum kembali meloloskan diri ke dalam bilik.

Pintu bilik diketuk.

"Zie, aku ada bawak makanan sikit ni. Jom makan?" Mia menjengulkan kepala dari balik pintu.

Aku mengangguk lalu bingkas bangun. Mengatur langkah menuju ke dapur. Peti ais aku buka, mengeluarkan satu tin Tooheys New dari karton.

Aku menuju ke meja makan sambil membuka penutup tin. Mia yang sedang menyediakan makanan di stove menoleh ke arahku. Riak mukanya tampak tidak senang.

Sambil meneguk bir, aku menjeling sekilas ke arahnya.

"Kau dah kenapa pandang aku macam tu?" Aku menegur.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now