Bab 8

1.6K 93 4
                                    

Photo: Rooftop bar

Telefon berdering. Mata yang tadi terpejam terus dibuka. Cahaya matahari yang menembusi jendela terang menyuluh muka. Silau.

Dengan malas, tangan aku perlahan-lahan menggamit tas tangan di atas meja sebelah pembaringan, mencapai telefon di dalamnya dan menjawab panggilan.

"Hello." Aku menyapa dengan suara mamai.

"Hello assalamualaikum. Zie."

"Ha, Mia. Ada apa?"

"Kau kat mana? Tadi pagi aku nak kejut kau tengok katil kau kosong."

Diam. Terus aku bangkit dari pembaringan. Kepala yang sedikit berat membuatkan pergerakan aku terhenti seketika. Pantas jari ditekan sedikit di dahi, mengurangkan kesakitan yang dirasai.

Aku kat mana ni?

Mata mula melilau mencari klu. Terus kepala aku tolehkan ke kiri.

Izzat. Tidak berbaju. Aku toleh pada tubuh aku pula di balik selimut. Juga tanpa seurat benang. Terus kejadian malam tadi muncul semula dalam ingatan.

"Aku ada dengan Izzat. Tidur kat bilik hotel dia." Aku menjawab sambil menyandarkan badan di kepala katil. Hangover.

"Ohh.. Okay. Kau balik tak hari ni?"

"Balik kejap lagi. Kenapa?"

"Saja tanya. Kalau kau balik, aku masak lebih sikit."

"Tak payah masaklah. Nanti aku singgah Domino's. Beli untuk kau sekali."

"Okay jugak tu. Terima kasih. Assalamualaikum."

Panggilan aku matikan. Aku bangkit berdiri. Bathrobe yang tersidai di sofa kucapai dan aku sarungkan ke badan. Kotak rokok dalam clutch dikeluarkan. Menyalakan sebatang rokok sambil menuju ke balkoni menghadap Harbour Bridge di hadapan. Indah.

Sedang asyik aku menyedut dan menghembus asap rokok, terasa sepasang tangan memeluk pinggangku dari belakang. Rambut aku dikucup lembut dan dagu disandarkan di bahuku.

Aku hanya membiarkan.

"I missed you. So much. I could've died." Suara Izzat perlahan berbisik di telinga kananku.

Aku mengukir senyum. Rasa berbunga di hati.

"Zie.."

"Hmm?"

"You got a new tattoo?"

Diam. Tidak mahu menjawab soalan yang sudah diketahui jawapannya.

"What is that mean? The hanged girl."

Aku sedut rokok dalam-dalam. Mata merenung jauh ke arah bridge di hadapan.

"Hope."

"Hope?"

"Yeah. My hope. It's already dead."

Izzat tidak membalas. Pelukan di pinggang terasa semakin erat. Rambut merahku diselak ke tepi, mendedahkan leher di bahagian belakang. Kemudian, leherku dikucup lembut, berulang kali, sehingga membangkitkan nafsuku dan membuatkan nafasku semakin lama semakin berat.

Akhirnya, Izzat merangkul tubuh aku dan mengendongku masuk ke dalam bilik, mengulangi detik indah kami pada malam tadi.

*****

"Mia, aku dah balik."

Pintu rumah aku tutup ratap. Pandangan aku lemparkan ke seluruh ruang tamu. Kosong. Aku melangkah menuju ke bilik Mia. Juga kosong.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now