Bab 4

2.3K 136 16
                                    

Photo: Uzair Abdullah

Tali gitar aku petik berulang-ulang, memainkan melodi lagu yang dimainkan oleh Uzai malam tadi. Cuba mengingati lirik yang dinyanyikan. Masih lagi gagal, terus akustik fender aku tolak ke tepi. Sakit hati. Kerusi di balik meja kopi tepi balkoni aku tarik. Aku melabuhkan punggung sambil menyalakan rokok.

Sambil menyedut dan menghembus asap rokok, kepalaku masih lagi cuba memahami nota di atas cebisan kertas yang diberikan Uzai.

29:41

Nombor apa tu? Nombor ekor ke? Lain macam aje bentuknya.

"Zie." Mia memanggil dari belakang. Aku pantas menoleh dan mengangkat kening.

"Aku nak keluar jap dengan Mariam. Kau nak pesan apa-apa tak?" Tanya Mia.

"Siapa?"

"Mariam."

"Siapa tu?"

"Perempuan yang berborak dengan aku masa kat hall semalam."

Aku dah mula pelik. Rupa perempuan tu bukan dari jenis kami. Tudungnya labuh melitupi bahu dan dada. Air mukanya tampak lembut. Berbeza dengan Mia yang lebih kurang saja penampilannya dengan aku. Cuma bezanya penampilan aku lebih kasar dan ganas, sedangkan Mia lebih bersifat feminin.

"Baru berborak sekali terus nak lepak sama-sama?" Mata aku pandang kembali ke hadapan. "Nak ajak kau join usrah ke MLM?"

Mia tahu aku menyindir. Bukannya dia tak tahu, aku dah lama menyampah dengan budak-budak alim macam Mariam tu. Bagi aku, spisis macam tu lah yang paling banyak judge orang macam aku.

Mia hanya mendiamkan diri. Dia menuju ke rak kasut, lalu menyarung but.

"Lupa nak bagitahu kau. Izzat call aku nak dekat seratus kali. Whatsapp aku pun dah penuh dengan mesej dia. Nak cakap dengan kau katanya." Mia bersuara.

Aku mendengus. "Nak apa lagi jantan sial tu? Dah buat taik dengan aku, sekarang nak menyusahkan kau pulak?"

"Dia hari-hari suruh aku update pasal kau. For this whole two weeks."

"Jangan berani bagi apa-apa update pasal aku kat dia."

"Kau tahu kan aku tak sampai hati tengok orang desperate macam tu. Unblock lah dia kejap, Zie. Dengar apa yang dia nak cakap. Settle baik-baik. Kau tak dengar lagi explanation daripada dia lepastu kau terus buat decision. Tak adil untuk dia tau."

Panas hati aku mendengar bebelan Mia.

"Kau nak sekolahkan aku pasal decision aku? Kau tak nampak apa yang aku nampak, Mia! Aku bukan setakat stalk instagram dia je, facebook account dia pun aku buka. Aku tengok conversation diorang. Dari mula flirting, sampai ajak datang rumah." Berombak dada aku membalas. Suara aku sedikit tinggi.

"Patutlah aku call mesej semua jarang balas. Rupanya dia pergi menggatal dengan betina lain. Baru lima bulan aku sampai sini. For such five months-"

Aku dah tak boleh nak teruskan ayat. Rasa kecewa yang teramat memenuhi dada. Rokok yang hampir habis aku sedut dalam-dalam. Puntungnya aku benam ke dalam ashtray.

"Kalau kau nak layan dia, kau layanlah. Tapi jangan sesekali kau sebut pasal aku pada dia. Kalau kau dah rasa annoyed, kau block je nombor dia. Habis cerita." Aku mengakhiri perbualan lalu melangkahkan kaki menuju ke bilik, meninggalkan Mia berdiri terkulat-kulat di hadapan pintu rumah.

Dengan hati yang membara, aku merebahkan diri di atas katil. Air mata yang hampir tumpah aku seka. Tak mahu lagi menangis kerana lelaki itu.

Aku dengar pintu rumah ditutup menandakan Mia sudah keluar. Rumah kembali sunyi sepi. Sesepi hati aku saat ini. Kekosongan yang menikam sanubari.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now