Bab 18

1.4K 101 10
                                    

Photo: Suzie dan gitar

"You ready?"

Aku menarik nafas dalam-dalam.

"Ready."

Suara pengacara majlis di luar mula berkumandang.

"Sebelum kita meneruskan slot ceramah yang seterusnya, kita akan dihiburkan oleh sebuah persembahan dari presiden MEKAR Sydney, Uzair Abdullah."

Tepukan gemuruh bergema memenuhi hall. Lantas Uzai membuka langkah keluar dari belakang pentas menuju ke arah kerusi yang disediakan bersama mic stand di atas pentas.

Aku membuntuti langkah Uzai sambil pandangan tertunduk ke lantai. Sungguh aku rasa berdebar. Ini kali pertama aku perform di hadapan khalayak ramai.

Aku ambil tempat duduk di kerusi sebelah Uzai. Gitar di tangan aku letakkan di atas riba. Nak dibandingkan aku dengan Uzai, ternyata Uzai nampak lebih tenang dan rileks. Dia sudah berapa kali menyanyi di hadapan orang ramai, apa nak pelik.

"Assalamualaikum. Saya Uzair Abdullah, akan mempersembahkan sebuah lagu untuk anda semua. Tapi kali ini, saya tidak keseorangan. Saya perkenalkan sahabat saya, merangkap pemain gitar untuk persembahan kali ini, Hana Suziela Abidin.

So, lagu yang akan disampaikan ialah sebuah lagu lama. Lagu ini membawa mesej penyatuan di dalam kalangan manusia itu sendiri.

Tak dinafikan kita sebagai manusia ini selalu terleka, berebut-rebut dalam mencari kekayaan dan kebahagiaan sendiri, sampai kita lupa satu perkara yang penting iaitu keharmonian sejagat.

Kejar material sehingga lupa kemanusiaan. Kejar harta kekayaan sehingga hati menjadi terlalu tamak dan selfish. Akhirnya, kedamaian alam itu menjadi porak peranda.

Jadi, harapan dalam menyampaikan lagu ini ialah, sama-samalah kita berkasih sayang melebihi rasa kebendaan dan kepentingan diri sendiri. Lebih elok lagi, jika kasih sayang itu kita sandarkan di atas tali Allah Taala, Pencipta alam sejagat.

So, the song is an acoustic version of Semangat Perjuangan Harmoni by XPDC. Enjoy."

Mesej itu meresap masuk ke dalam hati ini, memberikan satu semangat baru untuk membuat persembahan, setelah memahami makna di sebalik lagu.

Aku mula melarikan jari di celah tali gitar. Mencipta melodi yang lembut dan perlahan.

Sememangnya aku rindukan
Kedamaian ini kekal
Menempuh hari-hari lalu
Dengan satu belaian

Kasih sayang dijunjung di kepala
Mengatasi segala yang dijuangkan

Suara nyanyian Uzai bergema, memecahkan kesunyian hall.

Sebenarnya hidup di sini
Arahnya berlainan
Menunggu giliran tiba
Entah bilakah masanya

Selagi nafas terlekat di rongga
Selagi langkah terus di perjalanan

Satu persatu tali gitar aku petik, menggantikan bunyi strum yang dimainkan dalam lagu original. Plucking memberikan efek yang lebih mendayu dalam persembahan.

Manusia punya hakikat
Punya akal dan fikiran
Melebihi kejadian
Ciptaan Yang Maha Esa

Hall senyap sunyi. Semua penonton hanyut dalam nyanyian Uzai yang membuai hati.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now