Bab 29

1.4K 117 18
                                    

Aku mengatur langkah menuju ke wad Mia. Sampai di hadapan pintu, aku mengintai ke dalam melalui cermin kecil yang terdapat di pintu tersebut.

Mia sedang tidur. Lantas, aku pulas tombol perlahan-lahan dan pintu aku buka. Aku menyelinap masuk sambil cuba untuk tidak menghasilkan sebarang bunyi.

Kalau Mia tersedar, memang nahas aku. Mesti akan dihalaunya aku kembali. Dan itu adalah perkara yang paling aku tidak ingini pada saat ini.

Hampir sebulan tidak melawat Mia, jujur aku rindu pada sahabatku yang seorang ini. Di mana mahu aku cari ganti, setelah susah dan senang diharungi bersama? Sakit dan tangis, gelak dan ketawa sentiasa berdua.

Aku merapati Mia yang sedang nyenyak tidur. Tubuh Mia terlalu kurus. Mukanya cengkung. Tidak sampai hati aku melihatnya.

Aku mengambil tempat duduk di atas kerusi bersebelahan katil Mia. Wajah Mia aku tatap dalam-dalam.

"Zie.. Oo Zie.."

"Apa dia, Mia.. Kenapa tak tidur lagi?"

"Aku nak tidur dengan kau boleh?"

"Kau dah kenapa? Lesbian eh?"

"Aku tak boleh tidur."

Aku mencelikkan mata. Kedengaran guruh sabung menyabung di luar. Baru aku teringat, Mia takut bunyi guruh.

"Nah, bantal." Aku meletakkan bantal di sebelah kepalaku.

"Thank you."

Air mata mula bergenang di tubir mata. Kenangan bersama Mia berputar kembali dalam ingatan.

"Dasar betina sundal!" Jerit Manan di tengah-tengah cafe.

Aku berhenti melangkah dan kembali menoleh. "Kau cakap apa?"

"Betina sundal! Tak sedar dek untung. Kau fikir kau bagus sangat?!"

Semua mata tertumpu ke arah kami.

"Woi Manan!" Tiba-tiba Mia muncul di sebelahku. "Sedarlah diri tu sikit. Orang tak hingin, yang kau nak terhegeh-hegeh lagi buat apa?!"

Muka Manan merah padam. "Kau fikir aku nak sangat ke kat dia ni? Bagi free pun aku tak naklah. Pelacur kat luar sana lagi bagus dari si hodoh ni."

Pang!!

Manan terpinga-pinga. Mia sudah berdiri rapat di hadapan Manan sambil dada turun naik menahan amarah.

"Kau jangan sesekali cakap kawan aku macam tu."

Lantas setitis air mata jatuh membasahi pipi. Cepat-cepat aku seka, tak mahu Mia tersedar.

"Siapa punya?" Miss Aini memandang ke arahku dan Mia silih berganti. Di tangannya tergenggam sebotol champagne yang belum dibuka.

Champagne itu aku bawa sempena ingin menyambut hari lahir Mia yang akan tiba beberapa hari lagi. Mia sendiri tidak tahu akan kewujudan botol tersebut di bilik ini.

Malang pula nasib aku, tiba-tiba warden ingin membuat spot check disebabkan kes kecurian yang berlaku semalam. Maka akhirnya nasib botol itu kini berada di tangan Miss Aini, warden anak dara tua yang bengis dan menjengkelkan.

Miss Aini ini memang sudah lama menyimpan dendam terhadap aku. Semenjak dia ternampak aku merokok di tandas dewan ketika sesi orientasi sedang berlangsung, terus dia memerhatikan segala tindak-tanduk aku dengan penuh syak wasangka.

"Hana Suziela, awak yang bawak benda ni kan? Awak tahu ke tidak tentang peraturan hostel? Sebarang minuman keras dilarang sama sekali untuk dibawa masuk ke dalam kawasan kolej. Awak boleh dibuang kolej dan biasiswa awak boleh ditarik-"

Mencari Jalan PulangDonde viven las historias. Descúbrelo ahora