Bab 15

1.5K 107 3
                                    

Photo: Rambut baru Suzie :-)

Lapar.

Gitar di riba aku letakkan di guitar stand di sebelah sofa. Aku bersandar sambil terkebil-kebil memandang siling.

Bilalah agaknya nak berbuka ni.. Sungguh aku lapar. Sudah pukul 4 petang. Maghrib pukul 4.54 petang. Ada kurang lagi sejam.

"Dah sampai langit belum kau tenung siling tu?" Tiba-tiba Mia muncul. Dia mengambil duduk di sebelahku.

"Mia... Aku lapar..." Aku dah mula merengek serupa budak kecil. Aku berbaring dan kepala kusandarkan di atas riba Mia.

"Mengada-ngadanya kau ni. Tak sampai 12 jam pun puasa. Dah lembik." Ujar Mia. Jarinya dilarikan di celah-celah rambutku yang pendek.

"First time kan.." Aku menjawab pendek. Tiada tenaga.

Mia membelek-belek rambutku. "Macam mana kau gunting rambut kau ni.. Carca marba je aku tengok."

"Aku main gunting aje. Buang part merah."

Mia senyum geli hati. Rambutnya juga sudah sedikit pendek. Bahagian rambut yang berhighlight hijau sebelum ini sudah tiada.

"Zie, jom buka puasa kat musolla."

"Musolla?"

"Ha'ah. Kat uni. Dekat dengan gym."

Aku diam sejenak. Memikir.

"Ada musolla kat situ?"

Mia angguk. "Aku solat kat situ minggu lepas. Sementara nak tunggu kelas Math."

"Ohh.. Baru aku tahu."

"Nak tak berbuka kat situ?"

"Nak."

"Ok jom bersiap." Ujar Mia.

Aku pun bangkit menuju ke bilik. Bersiap ala kadar dengan jeans hitam dan tshirt lengan panjang. Winter jacket tebal separas lutut aku sarungkan ke tubuh.

Aku bergerak ke meja studi. Menggapai telefon bimbit dan kunci rumah. Tiba-tiba, mata aku tertancap pada buku kuning di sudut meja.

Buku Reclaim Your Heart pemberian Uzai yang sudah beberapa kali aku baca. Lantas buku tersebut aku ambil dan aku melangkah keluar bilik.

"Mia, aku dah siap."

Mia keluar dari bilik sambil membetulkan selendang di kepala.

"Nak buat apa bawa buku tu?"

"Saja. Boleh baca sekejap sementara tunggu berbuka."

Mia menuju ke dapur. Dia mengeluarkan dua tray kek batik yang sudah dipotong dari dalam peti ais dan memasukkan ke dalam tupperware.

"Bila kau buat kek ni? Sedapnya..." Aku menelan liur.

"Pagi tadi time kau tidur."

Selesai semuanya, kami sama-sama beriringan menuju ke musolla di universiti.

"Apa harapan kau untuk Ramadhan tahun ni?" Mia bertanya.

Diam sejenak.

"Aku cuma berharap bulan mulia ni sebagai gateway untuk aku lebih kenal siapa diri aku."

"Sebelum ni kau tak kenal siapa diri kau?"

"Sebelum ni aku lost, aku tak tahu untuk apa aku ada atas dunia ni. Tak ada tujuan, tak ada landasan. Sekarang aku dah tahu apa aku perlu buat, dan aku nak berusaha menuju ke arah tu."

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now