Bab 16

1.4K 98 9
                                    

Photo: Skaf

Sudah seminggu Ramadhan bermula. Dan dalam seminggu itu jugalah rutin aku berubah 180 degree dari kebiasaan.

Agak letih sebenarnya untuk aku catch up dengan amalan-amalan baru. Beberapa kali juga Mia dan Mariam mengingatkan aku untuk tidak terlalu memaksa diri sendiri. Tapi biarlah, aku memang mahu melakukan semua amalan-amalan tersebut.

Antara amalan baru yang aku belajar dalam bulan mulia ini ialah pembelajaran al-Quran ataupun tadarus al-Quran. Rutin ini adalah rutin yang paling aku nantikan setiap hari.

Selepas Maghrib, tadarus dimulakan dengan Mia membaca ayat dalam bahasa Arab, dan aku membaca tafsirnya, seperti selalunya. Kemudian, Mariam akan memberikan penerangan tentang ayat-ayat yang dibacakan.

Pada hari siang pula, Mariam akan mengajar aku mengaji, dan dari sinilah aku mengenali huruf-huruf bahasa Arab dan bagaimana untuk menyebutnya. InsyaAllah by next month mungkin aku dah boleh slow slow baca ayat Al-Quran dalam bahasa Arab.

Kedengaran Mia di dapur sedang sibuk bergasak dengan kuali, bersiap masak untuk berbuka. Kuat sungguh bau masakan dia sehingga membuatkan aku bersin beberapa kali.

Aku kerling jam di dinding bilik. 3.30pm. Apa yang boleh aku buat sementara menunggu waktu berbuka?

Mata aku terpandang rak di sebelah wardrobe. Terus akal mencapai satu idea.

Aku bangkit dari pembaringan, menuju ke dapur dan mengambil kotak kosong di sebelah peti ais. Mia yang sedang memotong sayur memandang aku pelik.

"Nak buat apa kotak tu?"

"Ada lewwww." Jawabku sambil tersengih.

Mia menggeleng kepala lalu meneruskan kerja memotong. Aku pula cepat-cepat melangkah ke bilik dan menuju ke arah rak tadi.

Botol-botol yang terletak di atas rak aku ambil satu persatu. Aku kira jumlah botol-botol tersebut, ada lima semuanya.

Dua gin, dua bourbon, dan satu vodka. Botol-botol yang berhabuk itu aku bawa menuju ke dalam toilet. Aku tarik cork penutup botol dengan kuat.

Lantas isi kandungan botol tersebut aku curahkan ke sinki sehingga kosong. Selesai satu botol, satu botol lagi aku ambil. Bau yang datang dari gin yang jatuh ke sinki betul-betul mencabar iman aku.

Sudah hampir sebulan aku clean, tidak menyentuh sebarang minuman-minuman keras. Dalam tempoh itu jugalah aku berperang dengan diri sendiri, berlawan dengan nafsu.

Lain pula dengan rokok. Amat susah untuk aku buang tabiat tersebut secara kekal. Beberapa kali juga aku cuba, namun selepas itu fokus aku akan lari, dan tangan aku akan sedikit bergetar.

Aku ini perokok tegar. Sejak dari tingkatan tiga lagi aku sudah mula merokok. Pengambilan rokok aku setiap hari pula selalunya hampir satu kotak. Untuk berhenti secara tiba-tiba adalah satu cabaran besar bagi aku.

Kini, aku cuba kurangkan sehari satu batang, iaitu selepas makan. Itu pun seksa juga untuk aku menahan diri. Mujur ada Mia yang sentiasa memantau perlakuan aku.

Alkohol dan rokok. Ketagihan yang sukar untuk dihentikan. Namun, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Selesai mengosongkan kelima-lima botol, aku bawa kesemuanya menuju ke bilik. Aku masukkan botol ke dalam kotak tadi. Kemudian, aku mengambil karton-karton yang berisi tin bir yang kosong yang aku kumpul selama ini, dan kesemuanya aku lempar ke dalam kotak.

Tiba-tiba, telefon bimbit aku di atas katil berdering. Aku gapai dan aku tatap skrin.

Uzai calling...

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now