Bab 44

719 91 27
                                    

"What?!"

Aku meletakkan ibu jari di bibir, memberi isyarat supaya Aria memperlahankan suaranya. Gila agaknya perempuan ini sampaikan boleh bertempik begitu.

"Kau cakap perlahan sikit boleh tak?" Aku menjegilkan mata memandangnya.

"Kau seriuslah, Zie?" Aria bertanya lagi meminta kepastian.

"Aku seriuslah. Benda macam ni bukannya boleh dibuat main-main."

"Kenapa tiba-tiba dia ajak kau kahwin?"

"Entahlah. Aku pun tak tahu. Mungkin dia nak elak maksiat kot."

"Tak terlalu awal ke, Zie?"

Aku tidak membalas. Entahlah, hati aku sendiri tidak ada jawapan yang pasti kerana apa aku membuat keputusan begini. Juga aku tidak begitu jelas mengapa Uzai tiba-tiba melamar aku semalam.

"Kita tengah cakap pasal kahwin tau sekarang ni. Benda besar, bukannya benda kecik. Aku tahu kau memang suka pada dia, tapi cukup ke dengan hanya rasa suka? Cukup ke perasaan tu untuk kau terus bersabar dengan dia sampai ke akhir hayat kau?

Sedalam mana kau dah kenal dia, keluarga dia, keturunan dia, makan pakai dia, habit dia, perkara negatif pasal diri dia yang tak pernah ada orang lain yang tahu?

Macam mana pulak dengan diri kau? Sejauh mana dia tahu tentang peribadi kau, rahsia diri kau, karakter kau, rutin harian kau, makan minum kau, kisah hidup kau? Kau yakin dia boleh terima segala kekurangan kau?

Mungkin kau boleh terima segala apa yang buruk pasal dia, tapi macam mana pulak dengan dia? Sanggup ke dia hadapi segala macam kisah silam kau, abandonment issue yang kau tengah hadapi, masalah keluarga kau yang dah terlalu parah?

Kau ada fikir tak tentang semua ni sebelum kau terima lamaran dia?"

Aku menelan liur. Betul juga apa kata Aria. Kenapa aku tak terfikir akan semua perihal yang disebutkan Aria itu?

Lama aku terdiam, memikir kembali akan keputusan yang sudah dibuat. Entahlah, walaupun persoalan-persoalan yang diutarakan oleh Aria sangat relevan, tetapi naluri hati aku kuat mengatakan langkah yang aku ambil kali ini tidak akan silap. Aku yakin.

"Kau tahu, Aria, sepanjang hidup aku, aku tak pernah rasa happy macam ni. Inilah pertama kali aku rasa bahagia sangat tanpa rasa berdosa.

Masa aku dengan Izzat dulu, aku memang gembira. Sangat gembira. Tapi aku tahu, perasaan gembira aku tu banyak bercampur-baur dengan nafsu, atau mungkin boleh dikatakan hanya nafsu semata. Hubungan kami lebih bertunjangkan arak dan seks.

Tapi kali ni, aku rasa lega. Rasa macam maruah aku diangkat kembali oleh Uzai. Maruah yang sebelum ni orang-orang alim macam dia dah pijak-pijak sampai hancur, sampai aku rasa tak layak nak angkat muka berganding dengan orang-orang yang lebih berpengetahuan agama daripada aku.

Bila dengan Uzai, aku nampak jalan, aku nampak petunjuk. Aku nampak apa yang aku boleh jadi bila dengan dia. Aku nampak diri aku yang lain, yang sebelum ni aku tak pernah nampak. Dan yang paling penting, aku nampak pengharapan.

Aku tahu banyak perkara yang aku perlu clarify dulu dengan Uzai sebelum kitorang kahwin. Aku perlu jelaskan pada dia tentang diri aku dan kelemahan aku. Aku perlu bagitahu dia tentang keluarga aku, dan aku jugak perlu tahu tentang keluarga dia.

Tapi aku rasa tak salah untuk aku jelaskan dulu pada dia yang aku memang nak kahwin dengan dia, sebab aku tak bohong. Aku memang nak kahwin dengan dia, aku nak kongsi baki hidup aku dengan dia.

Aku tahu lepas kami kahwin memang akan muncul banyak lagi dugaan dan cabaran, tapi kalau ada Uzai bersama dengan aku, semua tu aku sanggup tempuhi, walau berat macam mana sekali pun dugaan tu."

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now