Bab 46

950 96 2
                                    

"Zie!"

Aku tersentak dari menungan. Lantas aku mengangkat wajah, melihat gerangan si pemilik suara.

Uzai menghampiri dalam keadaaan yang cemas dan risau.

"Are you okay?" Dia bertanya sambil mengambil tempat duduk selang satu kerusi di sebelahku di ruangan menunggu.

Aku mengangguk lemah dan kembali merenung kosong tanganku yang penuh dengan kesan darah dari tubuh Aina. Hilang sudah semangatku, terbang pergi bersama Katrina yang entah di mana tidak aku ketahui.

"How is she?"

Aku menelan liur. "Bad, Uzai, very bad.." Jawabku perlahan.

"How about Katrina?"

"Polis tengah cari dia di merata tempat. Mereka baru ambil keterangan dari saya tadi."

Uzai terdiam sejenak, bagai ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

"Macam mana boleh jadi macam ni, Zie?"

Aku mengangkat bahu. "Semuanya terjadi terlalu pantas. Saya sendiri tak jangka perkara ni boleh berlaku. Yang saya tahu, kereta dia memang daripada pagi tadi ada kat depan rumah saya.

Awak tahu apa maknanya, Uzai?"

Mata Uzai membulat. "Maknanya.. dia sebenarnya nak langgar awak??"

Aku mengangguk lemah.

"Tapi kenapa?"

Aku melepas keluhan berat. "Ali.."

Uzai seperti baru mendapat kefahaman tentang motif di sebalik terjadinya keseluruhan kejadian itu. Dia terangguk-angguk sambil menyandarkan badannya di kerusi.

"Macam-macam hal.." Gumamnya perlahan.

"Awak dari mana, Uzai?"

Uzai mencabut topi yang dipakai dan membetul-betulkan rambutnya yang sedikit panjang. "Soup Kitchen kat Martin Place tadi." Jawabnya sambil tersenyum.

Hati yang tadinya berat berasa sedikit terhibur melihatkan keberadaan Uzai di situ. Senyumannya sedikit sebanyak dapat mengubati kepahitan yang dirasai sedari petang tadi. Tanpa sedar, aku merenung wajahnya sambil turut mengukir senyum.

Uzai mengeluarkan sesuatu dari dalam poket sweater dan menghulurkannya kepadaku. Aku ingin menyambut, namun objek itu kembali ditarik oleh Uzai.

"Nanti. Awak kena cuci tangan dulu."

Aku mengerutkan kening. Objek itu aku amati betul-betul.

Al-Quran rupanya..

"Kita baca surah al-Kahfi hari ni, okay? Hari Jumaat kan?"

Aku mengangguk lalu bangkit menuju ke bilik air. Sebaik sahaja aku melalui kawasan receptionist di bahagian lobi, mata aku tertangkap bayang seseorang yang paling tidak ingin aku temui.

Aku segera berpatah balik untuk melarikan diri dari gerangan tersebut. Namun, segala-galanya sudah terlambat.

"Zie!"

Langkahku terhenti dan aku berpaling. "Kau buat apa kat sini?"

Ali pantas mendekati. "Aku tahu apa yang dah jadi, Zie. Aku tahu apa yang Kat dah buat."

"Aku tak peduli apa yang kau tahu ataupun tak tahu, yang penting aku tak nak tengok muka kau lagi!"

"Aku mintak maaf atas apa yang dia buat. Aku tahu punca dia buat semua tu sebab aku. Kalau aku tak bawak kau jumpa dia haritu, semua perkara ni takkan terjadi."

Mencari Jalan PulangTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon