Bab 7

1.7K 87 5
                                    

Photo: Vivid Sydney Opera House

Pintu bilik diketuk.

"Zie, jom solat." Mia menjengulkan muka di balik pintu.

Aku menggeleng. "Kau solatlah."

Mia diam. Akur. Perlahan-lahan pintu bilik ditutup kembali.

Everytime.

Semenjak Mia sudah mula sembahyang, pintu bilik aku selalu diketuk Mia, mengajak aku sembahyang bersama. Kadangkala sehari sampai lima kali dia mengajak.

Naik rimas aku dengan perlakuannya itu. Mana mungkin aku ingin menerima ajakannya. Aku ini sembahyang pun tidak pernah. Tidak tahu. Aku sendiri tidak faham kenapa manusia perlu sembahyang.

Aku juga tidak suka menjadi orang hipokrit. Buat hanya mengikut ajak-ajak orang. Kalau begitu lebih baik tidak payah buat. Jujur saja dengan diri sendiri.

Tin bir aku teguk kasar. Assignment Computing 1A sudah hampir siap. Lebih seminggu aku memerah otak, berkurung di dalam bilik menghadap laptop menaip coding. Keluar pun hanya untuk makan. Itu pun kalau Mia masak. Kalau tidak, aku order saja Domino's ke rumah dan makan di dalam bilik sambil membuat kerja.

Planner yang ditampal di dinding sebelah meja studi aku tatap. Cuti winter akan tiba lagi seminggu. Semester ini pula aku hanya ada dua paper untuk final exam. Cuti awallah nampaknya. Berkira-kira ingin mengisi cuti dengan aktiviti yang menarik.

Nota tulip Izzat pagi tadi nampak lain sedikit daripada biasa. Tiada kata-kata berbentuk wishes, tetapi lebih kepada pelawaan. Setelah hampir sebulan rutin menghantar bunga dan kadangkala diiringi dengan jambangan coklat yang besar masih lagi tidak dapat mencungkil respon daripada aku, agaknya hari ini dia cuba-cuba juga untuk memulakan langkah yang seterusnya.

'Vivid sydney to Bennelong tonight? I'll pick you up at 7. It's a date :-)

P/s: Wear red if you still angry, white if you are not.'

Isi nota itu aku renung kembali. Sekarang ini sedang berlangsung festival Vivid Sydney selama sebulan. Festival di mana kota Sydney dari Darling Harbour sehingga ke Circular Quay yang menempatkan Opera House diterangi dengan cahaya-cahaya abstrak pada binaan bangunan-bangunan di situ.

Aku faham sangat maksud nota Izzat. Dia ingin membawa aku pusing keliling pesta Vivid sebelum berhenti makan di Bennelong, sebuah bar restoran mewah yang terletak di dalam Opera House. Aku pernah sekali sahaja menjejakkan kaki di situ, bersama dengan Mia ketika ulangtahun kelahirannya pada Mac lalu.

Baju apa yang patut aku pakai malam ini? Merah atau putih?

Laptop kembali ditatap. Menekan-nekan jari pada papan kekunci. Menyiapkan baki assignment sebelum bersiap sedia untuk temujanji pada malam ini.

*****

Opera House aku tatap tanpa berkelip. Kagum. Binaan unik di hadapanku ini reka bentuknya terlalu memukau, ditambah lagi dengan lampu yang terpancar di bumbungnya membentuk corak-corak abstrak, membuatkan keindahannya sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Izzat di sebelah hanya diam. Turut menikmati pemandangan yang jarang-jarang dapat dilihat. Tersenyum aku melihat wajahnya yang jelas takjub itu. Terhibur.

Beberapa ketika selepas itu, kami melangkah masuk ke dalam Bennelong, mengambil tempat duduk di meja yang ditunjukkan oleh pelayan yang menyambut kami di hadapan pintu masuk restoran. Mujur Izzat sudah membuat tempahan, kerana suasana di dalam restoran tersebut agak padat, tetapi tidak sesak.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now