Bab 41

984 113 28
                                    

"Sister?"

Aku mencelikkan mata. Dengan pantas aku mengangkat kepala, bangkit dari sujud.

Ya Allah, tertidur rupanya. Bukan main lama aku bersujud, sehinggakan tidak sedar aku sudahpun terlena.

Aku menoleh ke kanan. Seorang wanita berbangsa Arab bertudung biru tua yang labuh sedang berlutut sambil memerhatikanku dengan riak muka yang risau.

Aku lantas mengukir senyum. "I'm fine.. I fell asleep."

Barulah kerutan di wajahnya nampak mengendur. Dia membalas senyumanku dan mengangguk, lalu beredar pergi.

Aku cuba menahan rasa lucu dalam hati. Terhibur juga apabila memikirkan tindakan wanita tersebut. Pasti dia ingat aku sudah pengsan ataupun mati dalam keadaan sujud.

Keliling masjid nampaknya sudah sedikit gelap. Aku bingkas bangun dan terus melipat telekung dan sejadah. Setelah meletakkannya di atas rak, aku mengeluarkan telefon bimbit dari poket jaket.

Saya tunggu kat dalam kereta. -Uzai-

Alamak!

Aku lihat jam. 10.22pm. Mesej diterima. 8.45pm.

Habislah aku. Pasti lama dia menunggu di dalam kereta.

Aku terus bergegas menyarung kasut dan berlari menuju ke carpark. Nampak sahaja kereta Uzai di hadapan mata, perlahan-lahan aku mendekati.

Aku jenguk ke dalam tingkap. Kelihatan Uzai sedang berbaring di tempat duduk pemandu, dengan lengan menutupi mata.

Allahu.. Kasihannya. Timbul rasa bersalah membiarkan dia menunggu lama.

Aku ketuk perlahan tingkap di bahagian penumpang. Serta-merta Uzai terjaga dan terus unlock pintu kereta dari dalam.

"Awak.. Saya mintak maaf. Saya tertidur tadi lepas solat Isyak." Aku memohon maaf tatkala pintu kereta dibuka.

Uzai menghidupkan enjin selepas aku menutup pintu kereta. "Tak apa. Saya pun sempat jugak tidur tadi."

Kereta dipandu meninggalkan perkarangan masjid, dan terus menuju ke arah jalan besar. Sudah tiba masanya untuk pulang ke rumah, malam juga sudah beransur lewat.

Aku melihat masjid Lakemba yang semakin jauh ditinggalkan di belakang. Tidak aku sangka rupanya itulah destinasi yang dituju Uzai bagi menenangkan hati aku.

Dan ternyata, dia berjaya. Sungguh aku rasa tenang saat ini. Tenang setelah puas mencurah isi hati dan kesusahan diri di hadapan Sang Pencipta di dalam setiap rukuk dan sujud yang aku lakukan tadi.

Lama juga kami menghabiskan masa di situ. Bermula dari Zuhur, sehingga menjengah ke Isyak. Mujur Uzai ada berpesan sebelum kami melangkah masuk ke dalam masjid agar aku mengambil masa untuk menenangkan diri dan menunggu sehingga emosi aku stabil sebelum pulang ke rumah.

Keadaan di dalam kereta sunyi sepi. Masing-masing hanya membisu melayan perasaan sambil mendengar radio berkumandang. Aku membuang pandang ke luar tingkap, memerhatikan padang rumput yang hijau luas menghiasi pemandangan sepanjang perjalanan.

Suasana sepi itu mengundang kejadian siang tadi bertandang ke dalam fikiran. Terbit rasa ralat yang sebelum ini entah ke mana terbang menghilang.

"Ali.." Gumam aku perlahan tanpa disedari.

"Zie, are you okay?" Tiba-tiba Uzai menegur lembut.

Aku tersentak dari lamunan dan menoleh ke arah Uzai. Dia memandangku sekilas sebelum kembali fokus pada jalanraya di hadapan.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now