Bab 33

1K 82 20
                                    

Suasana di Globe Lawn tampak hening dan sunyi pada petang ini. Tidak ramai pelajar yang berkunjung dan mengisi kerusi dan meja yang disediakan di sini. Mungkin kerana cuti pertengahan semester masih belum tamat.

Pensel di tangan aku putar berulang kali. Assignment di hadapan mata langsung tidak berusik dek kerana fokus yang sekali lagi terganggu oleh kejadian tempohari.

So, make sure you check on yourself first before making any judgement or assumption towards other people next time.

Terngiang-ngiang ayat tersebut di telinga aku. Pertama kali Uzai menyindir aku sepanjang kami berkenalan. Dan sindiran tersebut berjaya membuatkan hati aku rasa tidak tenteram sepanjang minggu.

Even though she appeared as someone evil in your eyes, but at least she contributes something for people's good. I was trying to get you involved with the similar matter as this, but you seemed to have another plan during that time.

Sakit hati aku setiap kali kata-kata itu menjelma di fikiran. Perlukah Uzai berpihak kepada Aina sebegitu?

Aku sedar aku tidak menyumbang apa-apa untuk kemaslahatan umat, tetapi perlukah aku dibandingkan dengan Aina seperti itu? Adilkah?

Atau adakah aku yang tidak langsung rasional dalam membuat sebarang penilaian terhadap seseorang individu? Aku gusar juga jika aku ini terlalu mengikutkan nafsu amarah dan kata hati, sehingga kebaikan seseorang itu terus menjadi kabur di pandangan mata.

Menyesal pula aku menolak pelawaan Uzai tempohari. Mungkin pada waktu itu dia ingin mempelawa aku menyertai team Save Palestine tersebut. Sudahlah begitu, kantoi pula keluar dengan Ali si playboy itu.

Entahlah, saat ini aku betul-betul sedang berperang dengan perasaan sendiri. Terlalu banyak arguments yang wujud dalam diri, semuanya saling memangkah antara satu dengan yang lain. Kalau keadaan ini berpanjangan, boleh gila aku jadinya.

Kerana itu hari ini aku membuat keputusan untuk mengambil angin dan membuat kerja di luar. Duduk di rumah hanya membuatkan hati aku sesak saja. Ironi, kerana rumah tersebut terlalu kosong dan sunyi.

"Are you joking? You cheated on me, you slept with that slut, then you langsung tak datang mintak maaf. You tinggalkan I terkontang-kanting heartbroken sorang-sorang selama berbulan-bulan, then baru sekarang you datang balik nak mintak maaf? You fikir semudah tu I nak maafkan you?"

Aku terdengar sayup-sayup suara perempuan memaki hamun tidak jauh dari tempat aku duduk. Segera aku menanggalkan headphones dari kepala dan mula menoleh kelilingku, mencari arah datangnya suara itu.

Di tengah-tengah lawn, terdapat seorang lelaki sedang mengekori langkah seorang perempuan yang sedang melangkah tergesa-gesa menuju ke pintu pagar lawn. Keadaan mereka nampak begitu tegang.

Ali? And Nadia? His ex-girlfriend? Apa mereka buat di sini?

"I know, Nadia, I know! I was a total jerk at that time. I baru sedar semua tu sebab tu I datang jumpa you hari ni. I betul-betul nak mintak maaf atas apa yang I dah buat pada you."

Aku terpegun. Dia betul-betul buat apa yang aku suruh?

"Are you being serious, Ali? You jangan ingat I senang-senang nak balik pada you lepas you buat pengakuan macam ni."

"I'm not coming here to win you back. I just want you to know that I am very sorry for what happened between us. And I sincerely want to apologize to you. Just tell me what I need to do so that you can forgive me."

"Wait. You're not gonna win me back?"

"No."

"Why not?"

Mencari Jalan PulangWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu