Bab 31

1.3K 138 24
                                    

"Hello, Zie."

"Kau nak apa lagi, Ali.." Aku mengeluh perlahan sambil menyarung sweater.

"Kenapa kau tak angkat call aku semalam?"

"Aku penat. Lagipun, tak ada sebab aku nak cakap dengan kau."

"Zie.. Aku mintak maaf kalau apa yang aku cakap semalam buatkan kau terguris. Yang penting, aku tak buat pun semua tu kat kau, kan?"

"Kau fikir ini semua pasal aku ke, Ali? This is bigger than that. Kalau sekarang pun dah lima orang perempuan yang kau kecewakan, next time pulak macam mana? Berapa ramai lagi orang nak suffer sebab perangai kau?"

"Habis tu, kau nak aku buat apa? Benda dah jadi dah pun, Suzie. Dah terlambat untuk aku ubah. Perempuan-perempuan tu pun dah moved on."

"Aku nak kau mintak maaf dengan diorang. Sincere apology, to each one of them."

"Hah? Kau biar betul?"

"Yeap. Or else, this would be the last time we talk to each other. So, good luck!"

Lantas aku mematikan panggilan. Biar, lelaki seperti Ali memang perlu diajar.

Aku melihat jam di tangan. Sudah jam 9.45am. Aku perlu bergerak sekarang ke rumah Mariam. Kalau tidak, lambat pula nanti usrah bermula.

Keluar sahaja dari apartment, aku mula mengatur langkah menuju ke jalan besar. Rumah Mariam lebih kurang 500 meter dari rumah aku, jadi perjalanan berjalan kaki akan mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Aku melihat pokok-pokok di tepi jalan semakin lebat berbunga. Cantiknya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Sememangnya aku suka dengan musim bunga, kerana suasananya tenang dan cuacanya sentiasa baik. Suhunya pula tidak terlalu sejuk, dan tidak terlalu panas. Angin juga bertiup lembut dan nyaman. Kerana itulah aku hanya mengenakan sweater yang nipis sahaja pada ketika ini.

Sedang aku menunggu lampu isyarat untuk melintasi jalan besar di Barker Street, sebuah kereta yang sangat aku kenali, berlalu di hadapanku.

Itu kereta Uzai. Disebelahnya ada seorang perempuan yang sangat aku kenal, Aina.

Situasi yang sama di food court sebelum ini, kembali berulang di hadapan mata. Rasa tidak puas hati mula untuk membiak di dalam hati, namun cepat-cepat aku tepis.

Aku tak mahu bersangka buruk terhadap Uzai, namun, rasa cemburu itu sudah tentu tidak dapat aku elakkan. Sudahlah semalam tidak dapat menemaninya di Darling Harbour, hari ini dia ditemani perempuan itu pula.

Runsing betul hati aku apabila memikirkan perihal Uzai. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk membuang fikiran tentang Uzai buat sementara waktu, demi menjaga mood yang baik sejak dari pagi tadi.

Oleh kerana rumah Mariam terletak di jalan mati bersebelahan dengan taman permainan, aku mengambil jalan pintas melalui celah-celah lorong yang kecil, sebelum tiba di hadapan bangunan apartment Mariam.

Sampai sahaja di hadapan pintu bangunan, aku mula menekan butang di intercom. Sebaik aku mendengar telefon diangkat, aku terus bersuara.

"Mariam. It's me, Suzie."

Senyap sebentar.

"Zie?" Suara lelaki menjawab di hujung intercom.

Huh? Silap rumah ke?

"Is this 3/16, Kennedy?"

"No, this is 2/16."

Sah. Salah tekan butanglah tadi.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now