Bab 43

796 111 43
                                    

Salam, Zie. Saya nak jumpa awak? -Uzai-

Aku mencabut telekung yang sedang dipakai. Mesej yang baru diterima sesudah aku menunaikan solat Asar tadi aku baca berkali-kali.

Ah sudah.. Apa pula yang Uzai mahu? Malu akibat luahan perasaan tempohari masih ada lagi berbaki, inikan pula mahu berjumpa lagi?

Kenapa awak nak jumpa saya? -Suzie-

Ada hal sikit saya nak cakap. -Uzai-

Aku memikir-mikir. Hal apa pula yang mahu dibicarakan Uzai itu?

Okay. Nak jumpa kat mana? -Suzie-

Saya dah ada kat bawah. Awak siap-siaplah. Kita pergi La Perouse. -Uzai-

Lantas aku terus menguntum senyum lebar.

Okay! -Suzie-

*****

Aku menjeling Uzai yang sedang merenung burung-burung camar berterbangan berdekatan dengan batu-batu di tepi pantai La Perouse. Tiada langsung tanda-tanda dia ingin membuka mulut untuk memulakan bicara.

Aku lantas menunduk. Serba-salah aku jadinya. Adakah aku telah membuat kesilapan besar tempohari? Adakah aku sudah membuatkan dia berasa tidak selesa? Adakah aku telah menyebabkan keadaan di antara kami menjadi janggal?

Persoalan demi persoalan muncul di benak fikiranku. Kebisuan Uzai menjadi tanda tanya, apakah sebab dia mengajak aku ke mari? Katanya ingin membicarakan tentang sesuatu, tetapi kini diam pula tidak bersuara.

"Zie.."

Aku mengangkat muka memandangnya. "Ya?"

"Kenapa awak bagitahu saya haritu?"

Huh?

"Err.. Entahlah. Saya pun tak tahu." Aku kembali menunduk. "Salah ke?"

"Saya tak cakap salah pun, Zie.. Saya tanya aje."

Uzai menundukkan wajah. "Saya langsung tak sama macam apa yang awak sangka, Zie."

Aku memandang Uzai. "Apa maksud awak?"

"Kalau awak sangka saya ni alim, baik, kuat agama, awak dah salah."

Aku mengerutkan dahi. "Kenapa pulak?"

"Banyak salah yang saya dah buat. Aib saya menggunung. Kalau awak tahu, mesti awak akan menjauhkan diri daripada saya."

"Salah macam mana Uzai?"

"Saya dah menyebabkan banyak fitnah terpalit pada agama ni. Saya sepatutnya bagi contoh terbaik, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya."

Dahi aku semakin berkerut. "Uzai, saya tak faham.."

"Ikhtilat, Zie. Saya paling lemah menjaga ikhtilat.

Muslim yang sebetulnya perlu menjaga batas-batas hubungan antara dia dan yang berlainan jantina. Keterbukaan antara mereka perlu berpandukan garis-garis panduan yang betul, agar pelbagai perkara yang tidak diingini dapat dielakkan dan fitnah dapat dijauhkan.

Sewaktu saya memegang jawatan Naib Presiden Islamic Society dulu, saya tahu ramai orang yang meletakkan sepenuh harapan dan kepercayaan kepada saya. Mereka harap saya dapat menjaga nama baik agama dan jugak membawa contoh teladan yang baik kepada umat.

Tapi, ternyata saya dah mengecewakan mereka. Saya tak sempurna. Saya juga manusia biasa, saya juga boleh jatuh cinta.

Kehadiran Syida memang betul-betul mengubah hidup saya, dari segi positif, tak kurang jugak yang negatif. Hubungan yang terjalin antara saya dengan dia membuatkan ramai orang bersalah sangka dan mempunyai tanggapan yang buruk terhadap Islam.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now