Bab 20

1.4K 106 5
                                    

Keadaan di dalam kereta sunyi sepi. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulut aku dan yang lain.

Kelihatan Uzai di hadapan sedang tenang memandu. Sesekali aku menjeling wajahnya melalui rear-view mirror di hadapan. Setiap kali itu jugalah jelingan aku bertembung dengan pandangannya yang redup terarah kepadaku.

Dengan pipi yang terasa panas, cepat-cepat aku menundukkan pandangan ke bawah. Kantoi.

Aku pandang Mia di sebelah. Dia sedang khusyuk melayan video di facebook tanpa langsung mengendahkan suasana canggung di dalam kereta yang kurasakan saat ini.

Uzai memberhentikan kereta setibanya di hadapan apartment kami. Mia cepat-cepat menyimpan telefon bimbit ke dalam handbag dan keluar dari kereta.

Mia mengeluarkan barang-barangku dari dalam boot. Aku turut keluar dan merapati Mia di belakang kereta, membantu dia mengangkat barang. Kemudian, kami menuju ke arah Uzai yang sudah berdiri bersandar di pintu kereta.

"Uzai, terima kasih ya. Mintak maaf susahkan awak dan kacau program awak semalam." Ujar Mia.

"Takpe. Kalau ada apa-apa masalah lagi lepas ni, bagitahulah saya. InsyaAllah saya tolong." Balas Uzai sambil tersenyum.

Mia mula beredar ke pintu masuk apartment.

Aku pandang Uzai sekilas. "Err.. Terima kasih, Uzai." Ucapku pendek lalu pantas menoleh, ingin berlalu membontoti langkah Mia.

"Zie, sekejap." Uzai menahan.

Mia yang sedang menunggu di pintu ibarat memahami, lalu dia tersenyum kepadaku, mengangguk kecil, dan terus memboloskan diri ke dalam apartment, meninggalkan aku dan Uzai berdua.

Kami mengambil tempat di bangku bawah pokok berdekatan dengan bangunan apartment tersebut. Aku duduk, dan Uzai berdiri dengan tangan menyeluk ke poket jaket. Selepas itu, suasana senyap sunyi.

Aku ini di dalam hati hanya Tuhan sajalah yang tahu. Hampir meletup dada akibat debaran yang kuat terhasil. Kepala aku tertunduk jatuh ke bawah, cuba menyembunyikan perasaan yang tersimpan.

"Zie, awak okay?" Uzai memecahkan kesunyian.

"Okay."

"Tangan sakit lagi?"

"Sakit sikit."

"Demam dah baik?"

"Dah."

Diam. Uzai mati kutu. Sepatah ditanya, sepatah dijawab.

"Awak marah dengan saya?" Uzai bertanya lagi.

"Kenapa pulak saya nak marah awak?"

"Kalau macam tu, kenapa awak tak nak pandang saya?"

Aku terdiam. Sumpah aku tak tahu nak cakap apa. Aku mati idea. Dah kenapa dengan aku ni? Entahlah. Takkanlah aku nak cakap yang aku dah mula sukakan dia?

"Err.. Aaa.. Bukan macam tu. Macam mana nak cakap ek?" Aku termengkelan. Cuba menyusun ayat kembali.

"Saya segan dengan awak sebenarnya. Saya rasa saya dah banyak sangat menyusahkan awak." Perlahan-lahan aku meluahkan rasa.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now