Bab 37

1.2K 96 21
                                    

"Beratnya kotak ni! Ada batu ke?" Aku berkata sambil mengeluarkan sebuah kotak dari dalam van.

"Kotak tu ada semua buku-buku aku. Yang kau nak angkat kotak tu sorang-sorang kenapa? Angkatlah beg ni dulu." Aria membebel melihatkan aku yang bersusah payah mengangkat kotak tersebut.

"Aku kuat, mesti boleh punya. Superwoman." Ujarku berseloroh.

"Suka hati kaulah." Aria malas mahu melayan dan kembali memunggah barang di van.

Perlahan-lahan aku melangkah setapak demi setapak menuju ke pintu sekuriti apartment tanpa arah. Kotak tersebut terlalu besar sehingga menghalang pandangan aku dari melihat ke hadapan.

"Zie."

Telinga aku menangkap satu suara memanggil namaku. Suara itu bukan suara Aria, tetapi suara lelaki.

"Siapa tu? Aku tak nampak."

"Zie, saya ni." Suara itu kini muncul dari sebelahku.

"Eh, Uzai.." Ujarku sedikit terkejut. Dengan tidak semena-mena kudrat tanganku hilang dan kotak tersebut jatuh ke bawah, menghempap kuat kedua belah kakiku yang hanya bersarungkan selipar jepun.

"Ouch!!" Aku menjerit sekuat hati, sesuai dengan kesakitan yang dirasai saat ini.

"Allahu.. Zie! Macam mana awak ni.." Uzai yang terkejut dengan apa yang terjadi terus membebel sambil mendekatiku yang sudah mencangkung menahan sakit. Kotak tersebut diangkat daripada kakiku dan diletakkan ke tepi.

"Nasib baik tak ada apa-apa.." Dia melihat kaki aku dengan teliti, cuba memeriksa keadaannya yang sudah kemerahan. "Janganlah angkat kotak berat ni sorang-sorang. Tengok apa dah jadi."

"Awaklah ni muncul tiba-tiba! Terkejut saya tau." Aku mengomel geram mendengar bebelan Uzai, walaupun sebenarnya dalam hati punya debaran hanya Tuhan saja yang tahu.

"Dah tak apa. Biar saya angkat kotak ni, awak tolong bukak pintu." Uzai mengarahkan lalu mengangkat kotak tadi dari atas tanah.

Aku terus terjingkit-jingkit meluru ke pintu sekuriti seraya membuka pintu yang berkunci, dan memegang pintu untuk memberi laluan kepada Uzai.

Aku toleh sekilas ke arah Aria yang sedang berada di dalam van. Ternyata dia sedang tersenyum nakal sambil memandangku penuh makna.

Aku mengiringinya menaiki tangga sehingga tiba di hadapan rumahku, lalu sekali lagi tombol pintu yang berkunci aku buka. Uzai masuk ke dalam dan terus menuju ke bilik lama Mia, seperti sudah mengetahui selok-belok rumah tersebut.

Oh ya.. Bukankah dia pernah menghantar aku pulang ketika aku mabuk teruk dahulu? Patutlah..

Uzai keluar dari bilik Mia dan mendekati aku yang sedang menunggunya di hadapan pintu. "Nasib baik awak dah jumpa pengganti Mia, so nanti tak adalah awak sunyi sangat duduk dalam rumah ni."

Aku mengukir senyum nipis. "Nasib baik jugak Aria setuju nak pindah masuk rumah ni. Thanks to her."

"She's a good friend. You can definitely count on her on everything." Kata Uzai sambil menyarung kasut.

Sudah tentulah dia mengenali Aria, memandangkan Aria dahulu merupakan teman baik bekas tunangannya.

"Awak tunggu je kat sini, biar pintu terbukak. Nanti pintu sekuriti kat bawah pun saya akan biar terbukak jugak."

"Untuk apa?" Aku sedikit hairan dengan arahan Uzai.

"Senang sikit saya dengan Aria nak bawak masuk barang."

Aku memandang Uzai dengan mata bersinar. "Awak nak tolong kitorang angkat barang?"

"Ya, kenapa?"

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now