Bab 12

1.7K 116 14
                                    

Photo: Hana Suziela

All around me are familiar faces
Worn out places, worn out faces
Bright and early for their daily races
Going nowhere, going nowhere

Suaraku perlahan mengiringi melodi yang terhasil dari petikan jari pada tali gitar akustik.

Their tears are filling up their glasses
No expression, no expression
Hide my head, I wanna drown my sorrow
No tomorrow, no tomorrow

Renyai hujan yang turun menambahkan lagi rasa melankolik dalam hati. Langit semakin lama semakin gelap birunya, menandakan hari mula berganjak senja.

And I find it kinda funny
I find it kinda sad
The dreams in which I'm dying
Are the best I've ever had
I find it hard to tell you
I find it hard to take
When people run in circles
It's a very, very mad world, mad world

"Mad world..." Ucap aku sepatah lalu melepaskan keluhan. Aku menompang dagu di atas gitar di riba, merenung gradient warna jingga dan biru bersatu di langit. Gabungan warna yang paling cantik di mata aku.

Mad world. Dunia yang gila.

Aku perhatikan tingkah laku manusia di sini setiap hari. Pagi-pagi sudah keluar untuk menyelesaikan urusan masing-masing. Kerja sehingga lewat petang. Selesai kerja, masing-masing mula menghabiskan masa di bar. Ada yang hanya meluangkan masa di rumah bersama keluarga.

Esoknya, repeat. Bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, leisure time.

Hari seterusnya, repeat.

Sehingga tiba hujung minggu, masing-masing keluar berparti. Minum sehingga mabuk. Hangover pada pagi Ahad. Semuanya untuk melepaskan stress akibat kerja pada hari biasa.

Tiba hari Isnin, repeat.

Begitukah hidup?

Bagaimana pula dengan pelajar seperti aku?

Dari kecil sudah ditanam oleh guru dan ibu bapa untuk belajar pandai-pandai, kata mereka supaya dapat hidup senang di kemudian hari.

Bila dapat masuk universiti, buat pinjaman untuk yuran pengajian. Kemudian, belajar lagi sampai separuh mati.

Habis belajar, hutang menggunung. Mohon kerja bagus supaya dapat membayar hutang.

Bagaimana yang dikatakan belajar pandai-pandai supaya dapat hidup senang, sedangkan akibat dari belajar sungguh-sungguh itu menghumbankan pelajar ke dalam derita bebanan hutang yang tidak berkesudahan? Ironi.

Dan selepas itu hidup akan jadi seperti manusia-manusia tadi. Repeat perkara sama sampai ke sudah.

Adakah itu tujuan manusia dihidupkan di bumi? Hanya untuk lahir, belajar, dan kerja sampai mati?

Mad world. Dunia yang gila.

Ingat, Mia. Kita ni sebagai manusia, diciptakan bukan tanpa sebab. Berdasarkan dua ayat tadi, tujuan Allah ciptakan kita ada dua. Pertama, untuk menjadi khalifah. Kedua, untuk beribadah kepada Dia.

Bila kita ingat dan faham akan tujuan kewujudan kita di dunia ini, maka barulah kita ada semangat untuk terus hidup. Sebab kita tahu, hari-hari yang kita lalui ni bukan sia-sia, tapi dipenuhi dengan tugas yang diberikan Tuhan.

Teringat kembali kata-kata Mariam tempohari. Aku tidak faham sebenarnya apa yang dimaksudkan Mariam dengan ayat-ayat tersebut.

Khalifah? Apa itu?

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now