Bab 35

1.1K 104 19
                                    

Photo: It's jacaranda tree 😭

Aku melangkah pantas meninggalkan Newton Building tersebut. Ah, celaka betul nasibku hari ini.

Tak pasal-pasal Uzai turut terlibat sama. Semuanya kerana tangan yang gatal tidak reti diam ini.

"Suzie." Dari arah bertentangan, aku lihat Aria sedang menuju ke arahku.

"Aria? Kau buat apa kat sini?"

"Nak pergi program Save Palestine. Kau laju-laju ni nak ke mana?"

Aku menelan liur. Diri sendiri tidak tahu hendak ke mana.

"Kau okay tak?"

Aku pandang Aria dengan pandangan kelam. "Aku tak okay, Aria.."

Ternyata aku masih keliru dengan apa yang berlaku tadi. Segala-galanya terjadi begitu pantas.

"Jom, ikut aku." Aria menarik tangan aku pantas meninggalkan kawasan tersebut. Aku hanya ikut melangkah longlai tanpa mengambil peduli akan destinasi yang dituju.

Kami terus berjalan dan berjalan, sehingga akhirnya kami tiba di sebuah pohon jacaranda yang sedang lebat berbunga di tepi padang rumput hijau yang luas. Aria mengajak aku duduk di sebuah bangku yang terletak di bawah pohon tersebut.

Kami masing-masing mendiamkan diri sambil menikmati pemandangan cantik di padang rumput itu, dengan bebunga jacaranda yang begitu banyak berguguran ke tanah, tanpa sedikitpun mengurangkan jumlah bunganya yang tergantung di atas pokok.

"What's going on, Zie?" Suara Aria memecah kesunyian.

Aku melepaskan nafas berat. "Entah.."

Terasa bahu aku disentuh lembut. "Tell me."

Aku menoleh ke kiri memandang wajah Aria di sebelah, mencari sedikit kepercayaan yang dapat diberikan. Akhirnya aku tewas. Aku tak mahu lagi membendung perasaan seorang diri. Aku perlu dibantu.

"Aku dah buat salah pada someone." Luahku perlahan sambil menunduk.

"Salah apa?"

"That someone kena kecam dengan orang ramai sebab aku."

Aria diam berfikir. Mungkin masih tidak dapat menangkap cerita aku yang terluah sedikit demi sedikit.

"Kau kenal Uzai?"

"Uzair Abdullah?"

"Ya. Kenal ke?"

"Kenal sangat."

Aku sedikit hairan dengan nada suara Aria, sepertinya mengandungi pelbagai maksud tersirat.

"Macam mana boleh kenal?"

"Tunang dia dulu kawan baik aku, masa aku tinggal kat Malaysia Hall."

"Syahida Nafisa?"

"Ha'ah. Kau pun kenal Syida?"

"Tahu sikit-sikit je."

"Dulu masa diorang dah bertunang, selalu jugak aku nampak Uzai tu datang Malaysia Hall, lebih-lebih lagi bila wedding diorang dah nak dekat."

Padanlah.. Dari situlah mereka mengenali satu sama lain rupanya.

"Kenapa dengan Uzai, Zie?"

Aku menelan liur. Berkira-kira akan sesuatu. Melafazkannya di hadapan sahabat bekas tunangan Uzai sendiri, ada sedikit segan yang bertandang. Bimbang juga jika dibandingkan antara aku dan Syahida Nafisa.

"Kau suka dia?"

Tersentak aku dengan soalan Aria. Pantas membulat mata aku membalas pandangannya sebelum kembali menundukkan pandangan ke hadapan.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now