Bab 11

1.6K 95 8
                                    

Photo: Reclaim Your Heart

Bunyi klik yang muncul dari tetikus memenuhi ruang bilik. Lagu yang bermain di gegendang telinga hasil dari earphones yang disumbat tidak mengganggu perhatianku dari kaca skrin laptop.

Rokok di tangan sebelah hanya terbiar berasap. Sesekali abu yang hampir gugur aku ketuk ke dalam ashtray, sebelum kembali dibiar di celah jari.

Round kali ini aku tidak boleh kalah. Sudah banyak chips aku habis dalam percaturan pusingan-pusingan sebelum ini. Nafsu sudah semakin menggila.

Three aces and two kings. Full house.

Tapi chips bernilai $500000 di tengah meja tidak pergi kepadaku. Kesemuanya diterima oleh pemain nombor 4.

Royal flush.

Shit!

Terus rokok di jari aku tonyoh ke dalam ashtray. Aplikasi poker aku pangkah dan lid laptop aku tutup kasar, sebelum badan aku rebahkan ke atas katil.

Bosan.

Cuti musim sejuk sudah pun bermula, dan aku baru sahaja menjawab kertas terakhir final exam semalam. Waktu-waktu selepas itu aku isi dengan bermain game kegemaran aku di internet, iaitu poker.

Dahulu, aku sering bermain game ini dengan Izzat berdua, kalau tidak di internet, kami akan bermain secara berhadapan di rumahnya. Kadangkala, Izzat akan membawa aku bertemu rakan-rakannya, dan kami akan bermain satu table dengan mereka sehingga habis wang pertaruhan.

Aku bukanlah kaki judi, dan aku juga jarang mengeluarkan wang sebenar untuk permainan ini. Hanya bermain sekadar suka-suka. Tidak terlalu terjebak sehingga ketagih.

Izzat. Apalah yang sedang dilakukannya sekarang. Sudah berkahwinkah dia dengan perempuan itu? Atau mungkin dia sedang sibuk berulang-alik ke klinik, menemani Julianna membuat pemeriksaan kandungannya. Mungkin.

Sebelum hati diasak dengan emosi-emosi yang tidak diingini, cepat-cepat aku bangkit dari pembaringan. Rasa serabut dengan keadaan katil yang tidak terurus.

Bantal yang berterabur aku susun satu persatu. Comforter yang bergulung aku tarik dari atas katil untuk dilipat kemas. Dan tiba-tiba, sesuatu jatuh dari celah-celah comforter tersebut ke atas lantai.

Buku kuning. Lantas aku teringat kembali akan pemberian Uzai dua minggu lalu.

Entah macam mana buku itu boleh ada di dalam comforter aku. Nampak sangat dah lama tak kemas katil.

Aku renung kulit buku tersebut sambil perlahan-lahan aku duduk semula di atas katil. Kulit buku aku selak, lantas muka surat pertama terpapar di hadapan mata. Satu-persatu bait ayat aku baca.

This book is dedicated, in its entirety, to the One who raised me even before I was in my mother's womb.

Huh?

Aku selak lagi muka surat seterusnya.

This world cannot break you-unless you give it permission. And it cannot own you unless you hand it the keys-unless you give it your heart.

Terdiam sejenak. Memikirkan maksud ayat itu.

Hati.. sebagai kunci?

And so, if you have handed those keys to dunya for a while-take them back. This isn't the End. You don't have to die here. Reclaim your heart and place it with its rightful owner: God.

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now