Bab 34

1.3K 102 28
                                    

Dan hari ini, aku termenung lagi memandang air laut di hadapan mata. Menunggu matahari terbenam di La Perouse untuk entah kali yang ke berapa.

Sungguh hati aku rasa sunyi. Aku langsung tiada teman yang boleh aku bersandar ketika ini. Kepulangan Mia terlalu memberi kesan yang mendalam kepada aku.

Bukannya aku tidak boleh pergi ke rumah Mariam dan berpindah ke sana, namun aku sudah penat ingin menjemput orang masuk ke dalam diari hidup aku. Manusia ini sifatnya tidak kekal. Mudah sahaja datang dan pergi.

Kerana itu lebih baik aku bersendirian untuk sementara waktu. Lebih baik aku manfaatkan waktu yang ada ini untuk mendekatkan diri pada Tuhanku.

Angin yang bertiup lembut ke wajah betul-betul menenangkan jiwa yang kosong dan bercelaru selama ini akibat dari pelbagai karenah dunia. Pemandangan langit jingga di hadapan terlalu mengasyikkan dan membuai perasaan.

Maha Suci Allah yang telah menciptakan dan memperhiaskan segala ciptaan-Nya dengan hiasan yang cantik dan sempurna.

"Boleh aku tumpang duduk kat sini?"

Aku menoleh ke kanan. Seorang perempuan tinggi lampai berkemeja merah kotak-kotak, berseluar jeans, berkasut Converse, dan berselendang hitam sedang memandang aku menunggu keizinan.

"Bangku lain dah penuh.." Dia menyambung teragak-agak.

Aku lantas mengangguk kecil dan kembali membuang pandang ke hadapan. Kelihatan dia melabuhkan punggung di hujung bangku sebelah kanan. Kakinya dilunjur dan disilangkan sambil dia bersandar malas di tempat sandar bangku itu.

"Dah lama ke tinggal kat Sydney?"

Aku mendengus perlahan dan membuat rolling eyes tanpa dia sedari. Kacau mood betullah perempuan ini. Baru sahaja aku ingin melayani perasaan sendiri.

"Almost a year."

"Amik course apa?"

"Engineering."

"Umur?"

"21."

Dia diam. Dan aku melepas nafas lega.

"Nampak suram je muka. Kau okay ke?"

Aku menoleh ke arahnya sambil mengerutkan kening, tidak percaya dengan soalan yang dilontarkan. Dia ini betul ke tidak? Kenal pun tidak, bersua muka baru lima minit, terus ada hati ingin bertanya hal peribadi?

"Bukan masalah kau."

Dia tertawa kecil. Sinis bunyinya.

"Betul rupanya orang cakap. Bila datang luar negara, orang sesama Islam sendiri lagi sombong dari orang agama lain."

Aku terdiam. Terkedu dan tersentap.

Suasana sunyi dan hening di antara kami. Dan kali ini, hening itu tiba-tiba membuatkan hati aku rasa bersalah yang menggunung.

"Sorry.." Akhirnya aku meluahkan perkataan tersebut, perlahan sahaja bunyinya.

Tiada respon.

"Sorry." Aku menguatkan sedikit suara agar dia dapat mendengar.

"Aku dengar."

Dan suasana hening kembali.

"Jangan risau. Aku tahu kau tengah tak ada mood. Dan aku jugak salah sebab tiba-tiba nak ajak berborak pada masa yang salah."

Aku menunduk dan melepaskan nafas berat. "Aku rasa bercelaru sangat sekarang ni. Aku sendiri tak tahu kenapa."

Mencari Jalan PulangWhere stories live. Discover now