Lima : Hubungan Lain

8.4K 413 8
                                    

Shariz menyentuh bibirnya. Dah macam perempuan. Ketawa kecil terlepas mengenangkan perangai nakal remajanya dahulu. Macam mana lah dia boleh terfikir mahu mengusik Ashley sampai macam tu sekali? Tapi semua diluar sedar. Dia sendiri tak tahu macam mana perkara itu boleh berlaku.

"Gelak apa sial?", Najmi membaling kusyen kecil kepada Shariz. Dari tadi sahabatnya itu termenung. Tiba-tiba tergelak. Seram.

"Awek lah tu", Ajai menyampuk. Mana pernah Shariz berperangai begitu.

"Ada awek macam ni ah", Ajim pula buat-buat suara berjauh hati.

"Hm tak dapat aku nak try kau", Najmi terbahak sendiri dengan gurauannya.

Shariz ketawa, "Jijik sial. Gayboy detected. HAHAHA".

"Aku terfikirlah pasal Ashley tu", Kata Ajim sambil mengeluh kecil.

"Dian", Ajai membetulkan kesilapan kecil Ajim.

"Biarlah. Ashley ke Dian tetap orang sama kan?", Najmi cuba mewujudkan win-win situation. Ajim ni bukan boleh dibawa main kalau bercakap tentang Ashley. Dari dulu.

"Kauorang sure ke dia orang yang sama?", Ajai memandang setiap raut wajah temannya. Dalam fikirannya, mungkin hanya kebetulan. Tak mungkin Dian adalah Ashley. Kalaupun Dian adalah Ashley, kenapa dia nampak rimas bila Ajim mengejarnya tempoh hari? Gadis naif seperti Ashley takkan menipu atau berlakon dihadapan mereka.

Ajim seperti terdiam. Tak sangka pula pencarian 'Queen' mereka bertukar kepada penemuan Ashley yang menghilangkan diri secara tiba-tiba beberapa tahun lalu. Hampir enam tahun. Semudah itukah Ashley melenyapkan mereka dalam ingatannya?

Shariz seperti terfikirkan sesuatu, "Jim, kau rapat kan dengan budak tu?", Jelaslah 'budak' yang dimaksudkan oleh Shariz adalah Ashley.

Ajim hanya membalas dengan menggumam, "Hm", Sebelah keningnya dijungkitkan sedikit. Muka orang dalam tanda tanya.

"Nama penuh dia Dian Ashley ke apa?", Shariz mula menunjukkan wajah serius.

Ajim pula tersengih tiba-tiba, "Macam mana nak cakap eh."

Topik terhenti seketika. Menunggu bicara Ajim.

"Cakap je lah anat", Najmi yang sememangnya benci cerita separuh jalan mula bengang.

Ajim menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tindakan spontan apabila sedang berada dalam keliru, "Sebenarnya, Ashley tu nama aku bagi dekat dia."

"What the...", Shariz mengerutkan wajahnya. Aneh.

Kalau dilihat muka Ajai pula. Memang nak tergelaklah. Dia bukan faham apa pun. Wajah Ajai ada iras-iras Jae Suk bila blur, "Abenda do?"

"Aku jumpa dia dekat bus stop", Ajim memulakan cerita tetapi terhenti apabila mendengar suara Shariz mengekeh ketawa.

"Patutlah budak tu macam muka pelarian je", Sinis dia mengejek Ashley. Alah, bukan Ashley dengar pun.

"Fine. Fine. Sambung", Shariz mengibarkan bendera putih apabila 'lawak'nya disambut jelingan tiga pasang mata.

"Waktu tu aku nampak dia comel sangat".

"Aku syak mak dia ambil dia lambat. Sebab dia duduk sorang-sorang dekat bustop, muka macam nak nangis. Aku tegurlah. Tapi dia sikit pun taknak bercakap dengan aku".

"Aku tanya nama. Dia diam. So aku panggil je la Ashley. Dah lama sikit tu, baru dia okey".

"Tapi asal Ashley?", Ajai tiba-tiba rasa ingin tahu dengan nama itu. Setahu dia bekas-bekas-bekas-bekas-bekas(x2) kekasih Ajim tiada pun yang bernama Ashley.

"Kau ni Jai. Jim kan minat kat pro skater Allysha Le tu", Najmi sudah dengan muka riak + ujubnya kerana dia tahu jawapan dia tak pernah salah. Sebab tu dia dapat hampir 4flat untuk setiap semester dahulu. Cuma bila tang cari kerja, semua tak terima dia. Mungkin sebab dia kuat berlagak. Hm.

"Ya betul! Gabungan nama sikit je", Ajim tersengih. Sambil bercerita, Ajim seolah termenung. Mungkin teringat pertemuan kali pertama bersama Ashley.

Tetapi berbeza pula pertemuan Shariz dan Ashley.

"Tepiii", Satu suara bergema kuat ditaman reakresi taman perumahan itu.

Tak sempat gadis berkasut roda itu menoleh satu bunyi seperti bunyi benda 'terjatuh' kedengaran.

Shariz sudah tergolek dihadapan satu bakul sampah taman bersama motornya, "Apa benda sial main roller blade dekat sini?"

"Maaf abang. Saya tak perasan pun abang nak lalu sini", Ashley hanya menunduk saat mata Shariz menikam tajam anak matanya. Marah.

Tak sampai seminit selepas itu, Ajim dengan nafas termengah sampai di situ, "Macam mana kau boleh jatuh ni?"

Laju jari ditunding kepada Ashley, "Budak ni lah. Jadah apa main roller atas track jogging".

"Habis kau? Jadah apa bawa motor atas track jogging?", Balas Ajim. Sedikit tak puas hati. Terasa kasihan pula melihat Ashley dimarahi sebegitu.

"Chill sudah. Kaki tak patah en? Motor pun tak rosak", Najmi menahan gelak. Rasa kelakar pula Shariz yang biasanya pendiam menjadi seorang yang tak mahu beralah dengan budak kecil.

Shariz mendengus. Ajai pula menjadi orang tengah. Tak bersuara walau satu patah pun selain membantu Shariz untuk bangun daripada terus duduk disitu.

"Ashley balik dulu lah", Parmit Ashley. Senyuman nipis diberikan kepada Ajim, Najmi dan Ajai. Sampai saja wajah Shariz, senyuman Ashley bertukar kepada senyum takut-takut, "Maafkan Ashley pasal tadi", Dengan langkah perlahan dia terus meninggalkan sekumpulan remaja lelaki tersebut.

"Budak mana kau jumpa tu?", Shariz masih memandang kerek kelibat Ashley.

"Budak tu baru pindah sini rasanya. Aku baru kenal dengan dia tadi. Dia bukan ada kawan pun", Balas Ajim.

Shariz ketawa sambil menuntun motornya, "Seriuslah nak berkawan dengan budak?"

"Perempuan kan?", Ajai membalas.

"Iya kalau gadis tak apa. Ni stok-stok lepas UPSR dol", Ujar Shariz dalam sisa tawanya.

"Empat lima tahun je beza dengan kita. Jangan nanti dah besar dia jadi gadis, kau berebut dengan aku sudahlah", Sempat Ajim memerli. Bukan apa, kita ni jadi orang jangan suka cakap besar sangat. Selain Najmi, Shariz juga tercalon dalam orang berlagak. Tapi kurang sikitlah.

Mendengar saja ayat Ajim, Shariz tahu Ajim menyukai 'budak' yang dia temui tadi.

Betul lah kata orang, first expactation ni akan jadi lain kalau perjumpaan pertama ni teruk.

Buktinya, Ashley begitu rapat dengan Ajim kerana keramahan Ajim sedangkan dengan Shariz sangat dingin kerana 'kemalangan' kecil yang berlaku dipadang.

Shariz masih dalam dunianya. Walaupun pada pandangan semua orang hubungan mereka begitu. Tetapi ada hubungan lain antara Shariz dan Ashley yang tiada siapa ketahui. Cukup, hanya mereka berdua yang tahu.

Sebenarnya ada satu peristiwa yang berlaku antara Ajim, Shariz dan Ashley. Pergaduhan itu yang menyebabkan Ashley hilang tanpa khabar berita. Kerana itu jugalah, hubungan antara Ajim dan Shariz agak tegang tetapi mereka masih berkawan baik.

"Kau ada call si Dian tu tak? Ajak lepak ke? Mana tahu kita boleh dapat cerita sebenar", Cadang Ajai.

Ajim menggeleng, "Macam malu pula. Kalau dia bukan Ashley macam mana?"

"Dah tahu bukan tu, tak payahlah nak terkejar lagi", Sejurus mengucapkan itu Shariz mendaki anak tangga meninggalkan tiga yang lain terpinga-pinga dibawah.

"Pelik Shariz ni. Pasal kes motor dulu pun nak benci Ash ke? Ish ish childish", Najmi membuat muka.

"Aku dengarlah Timun!", Laung Shariz.

"Apa kata kau bagi je Shariz slowtalk dengan Ashley tu. Riz en muka tembok sikit", Sengaja Ajai menguatkan suaranya.

"Aku dengar si.bi", Jerit Shariz lagi.

Masing-masing ketawa. Seronok juga bergurau petang dengan kawan-kawan sendiri. Hilang serabut.

Ajim pula mengunci mulut. Cukuplah hanya dirinya seorang yang mendengar makian hatinya sendiri.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now