Tiga Belas : Learning

6.6K 305 16
                                    

Dian mengelap wajahnya. Cermin kompak dikeluarkan untuk melihat matanya yang sembab.

"Aduh, nak keluar dengan rupa macamni?", Dian berkira-kira seketika sebelum mengambil keputusan untuk keluar daripada kereta.

Perut yang dari tadi berbunyi memaksa dia untuk keluar daripada memasak di rumah.

Dian terasa diperhatikan sebaik saja menolak pintu masuk Burger King, automatik dia menoleh ke kiri. Pandangannya terus ke bahagian luar restoran, Shariz ada disitu.

Dian mengukir senyuman apabila Najmi menggamitnya supaya duduk bersama mereka.

"Kau nak skate ke? Jom dengan kitaorang", Pelawa Ajai seraya mengunyah kentang gorengnya.

Dian seolah berfikir seketika. Sebenarnya dia tengah menunggu respon dari Shariz. Lelaki itu langsung tidak memandang wajahnya kecuali menjeling dengan hujung matanya, "Tak power trick ah."

Najmi mengalihkan beg yang terletak disebelah kerusinya, memberikan Dian ruang untuk duduk bersama mereka, "Kau rilek je, kitaorang boleh ajar."

Ajai menyokong, "Tapi slek Ajim tak ada. Mesti dia seronok."

"Ha aku ada tengok video dekat instagram dia. Boleh tahan ah", Komen Dian. Dian teringat video yang Ajim di Instagram, Nollie Lazer Flip. Cukup powerlah tu. Dompet daripada beg tangannya dikeluarkan.

"Boleh tahan kau kata? Dia memang power. En Riz?", Ajai meminta sokongan Shariz.

Shariz pula hanya menggumam perlahan.

Dian tersenyum. Menahan geram dihati, "Aku beli makanan kejap eh".

Disebabkan tidak ramai yang berada di Burger King hari itu, sekejap sahaja Dian sudah mendapatkan menunya. Selesai saja mereka makan semua kembali ke skatepark. Dian separuh rela mengikuti mereka. Itupun setelah dipujuk rayu oleh Ajai dan Najmi.

"Kejap, kasut mana?", Hampir sejam mendiamkan diri barulah Shariz membuka mulut untuk bercakap dengan Dian.

Dian memandang kakinya. Sandal. Dia menepuk dahinya. Apa bendalah pergi skatepark pakai sandal?

"Aku tukar kasut dengan deck jap", Nasib baiklah dia ada menyimpan kasut sukan di tempat duduk belakang.

Dian hanya membiarkan apabila Shariz mengekorinya, "Seluar lebih ada bawa tak?"

Dian terpinga-pinga apabila mendengar soalan Shariz. Tujuan Shariz mengekori Dian adalah untuk melindungi Dian daripada pandangan mata lelaki lain.

Dian kembali melihat dirinya, "Pakai jeans tak boleh skate ke?", Soal Dian polos.

"Boleh je tapi look at you. Kau nak skate dengan baju senipis tu?", Shariz menjungkit kening. Dia lelaki. Jadi dia tahu apa yang lelaki lain fikir bila melihat Dian. Dian tak berpeluh pun dah boleh nampak singlet didalamnya, inikan pula bila berpeluh nanti? Sudahlah bajunya berwarna putih.

Dian membuka pintu kereta. Sandal terus bertukar kepada kasut Vans Old Skool berwarna biru-hitam yang dia beli dua bulan lepas. Shariz pula dianggap seperti angin. Rambut blondenya diikat messy bun.

"Okey apa?", Dian mengambil decknya dibelakang kereta. Tidak mengendahkan Shariz, Dian meneruskan langkahnya terus ke tempat dimana Ajai dan Najmi menunggu mereka.

"Okey, jom mula dari basic", Ajai sudah bangun daripada bangku.

"Aku bosanlah asyik hadap ollie je", Dian mengeluh.

"Buatlah dulu".

Dian meletakkan decknya dibawah. Kaki kanan berada dihujung deck, manakala kaki kiri berada ditengah deck.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now