Empat Puluh Lima : Earpod

4.6K 297 44
                                    

"Bu- bukan Najmi ya- yang sepatutnya ambil aku ke?"

Shariz ketawa kecil melihat riak terkejut Dian. Nampak sangat Dian memang tidak menyangka hal ini akan berlaku. Ini memang rancangan mereka untuk memberi ruang kepada Shariz dan Dian.

Rasa marahnya sebelum ini sudah digantikan dengan rasa pelik yang menjalar dihatinya. Dian tak tahu kenapa dia harus berasa gembira dengan kedatangan Shariz.

Shariz memulakan perjalanan untuk hari itu. Keadaan jalan yang lengang pada waktu subuh melancarkan perjalanan mereka. Tetapi Shariz tahu dia harus cepat sebelum bermulanya waktu sesak untuk manusia lain yang berpusu-pusu mahu ke tempat kerja.

Dalam Shariz khayal dengan perancangannya untuk hari itu, Dian sedang menekan-nekan skrin telefon dengan rasa geram.

Dian Lidya, 5.35 a.m.
NAJMI!!
WHAT THE HELL ARE YOU THINKING?
Kenapa Riz yang teman niiiii
😩😩😩
$#&(/$@!#/)&/$";? $#

Najmi🐒 is typing

Dua saat menunggu Najmi menaip pun Dian terasa sakit hati.

Najmi🐒, 5.35 a.m
Memanglah Riz yang teman.
Kenapa?

Dian mendengus geram. Bodoh!

Dian Lidya, 5.35 a.m
Semalam kau yang janji!!

Najmi🐒, 5.36 a.m
Ehhh
Aku kata pergi dengan kereta aku!
Aku tak cakap pun nak aku yang nak teman kau kan?
HAHAHAHA

Terus Dian campak telefonnya ke tepi. Sakit hati! Pandangan dibuang ke luar tingkap.

Shariz yang dari tadi mencuri-curi lihat perbualan mereka tersenyum sumbing. Dia akan pastikan hari ini juga Dian akan mengetahui segala-galanya.

Tangan Dian digapai dan dibawa ke bibirnya. Keras tangan Dian, dia tahu gadis itu terkejut.

"Don't touch me", Hanya arahan menyuruh Shariz melepaskan tangannya tetapi tidak pula Dian menarik kembali tangannya.

Jari jemari gadis itu disatukan bersama jari jemari besarnya kemudian digenggam erat. Melihat Dian yang mengunci mulut, Shariz tahu Dian memberinya peluang untuk kali ini.

Telefon Dian bergetar menandakan ada mesej baru yang masuk.

Najmi🐒, 5.46 a.m
Take care dan pesanan daripada Ajai-

Tangan tu takmo nakal-nakal dengan Riz eh. HAHAHA
Have a nice dayyy mwahhh💞

Tak dapat menahan bengangnya, Dian menekan butang voice, "Kau tak payah fikir bukan-bukan eh mangkuk! Bodoh".

Dian sudah mencarut berkali-kali di dalam hati. Mahu kena usik kalau Shariz baca. Dian menoleh ke sisinya. Sah, Shariz baca! Dia dapat menangkap jelingan sekilas Shariz sebelum lelaki itu melarikan arah pandangannya semula ke lebuh raya yang mulai sibuk.

"Kenapa tu?"

"Najmi tu lah."

Soalan pendek dibalas jawapan ringkas.

Ringkasan yang bertahan selama tiga saat kerana selepas itu Dian terus membuka mulut untuk bercerita. Shariz pula hanya setia mendengar Dian membebel itu dan ini.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now