Empat Puluh Enam : Keputusan

5K 296 19
                                    

Hampir sepuluh minit mereka bergaduh mengenai hal 'patah balik'. Tetapi perjalan tetap diteruskan ke Kuala Pilah atas kekerasan Shariz yang menggunakan kuasa vetonya sebagai pemandu. Shariz cuak juga melihat wajah Dian yang sudah merah menandakan amarahnya sedang memuncak.

Selepas itu, baik Dian mahupun Shariz masing-masing hanya mengunci mulut.

"Kau ingat kau siapa dengan aku!? Aku kata patah balik, patah baliklah!"

Dian menggigit bibir apabila tersedar ayatnya terlalu keterlaluan.

Sepatutnya dia harus berterima kasih kerana Shariz menunjukkan perkara sebenar. Sepatutnya dia harus meminta maaf kerana menuduh Shariz melulu. Sepatutnya dia harus mempercayai Shariz.

Dian merangkul terus lengan Shariz, "I'm sorry."

Terus hilang segala rasa sentap Shariz dengan dua perkataan yang Dian sebutkan. Tetapi merajuk tetap merajuk! Gedik.

Dian menyandarkan kepalanya pada bahu Shariz, "I miss you, Shariz."

Shariz membatukan diri.

"Aku minta maaf. Aku tak patut cakap macam tu tadi. Aku bengang sangat tadi. Kau pula tak nak patah balik."

"Dah habis belum?"

Entah kenapa Dian terasa tersindir dengan soalan Shariz. Macam marah je?

Dian menggelengkan kepalanya. Banyak kesalahan yang dia lakukan kepada Shariz, "Dan... pasal Iqin. Aku sepatutnya percayakan kau."

"Okey", Hanya sepatah Shariz membalas.

Dian pula jadi resah, buntu untuk memujuk Shariz.

'Oh Riz baru merajuk sikit kau dah buntu. Kalau kau yang merajuk? Macam-macam Riz buat untuk kau', Hati Dian bermonolog sendiri.

Dian mengambil beg makanan yang berada di tempat duduk penumpang belakang. Sandwich tuna dikeluarkan daripada bekas makanan.

Roti berbentuk tiga segi itu dihulurkan kepada Shariz yang fokus memandu, "Riz, nak?"

"Bawa air tak?"

Dian terus mengeluarkan air tin nescafe yang dia bawa daripada rumah tadi. Patutlah nalurinya tergerak mahu membawa air tin nescafe tadi. Tak sia-sia dia bawanya. Shariz, si penggemar Nescafe.

Pin tin air dibuka dan dihulur kepada Shariz.

"Suapkan" Arah Shariz dingin.

"Nanti tumpah macam mana?"

"Suap pakai mulut tumpah tak?", Shariz tersengih nakal.

Dia menahan senyum, "Gedik. Nak merajuk konon."

Shariz mengambil tin air dan meneguknya beberapa kali sehingga habis. Dian menyuakan pula sandwich ke mulut Shariz. Dian mengusik dengan menyumbatkan sebiji sandwich sekaligus ke dalam mulut Shariz.

"Ah, Riz!", Dian menarik jarinya apabila Shariz menggigit kuat jarinya. Sakit.

"What the heck?", Dengan mulut yang penuh dengan makanan Shariz bersuara. Terkejut dengan jeritan Dian.

"Iya pun tak payah gigit", Ibu jarinya diusap untuk meredakan rasa sakitnya.

Senyap.

"Riz, I'm sorry I didn't trust you. I'm supposed-"

"It's okay", Tangan Dian disentuh lembut.

"No. Aku rasa serbasalah. Aku tak sangka Iq-"

"I love you."

Dian menoleh ke sisinya, senyuman yang selalu membuatnya jatuh cinta terukir di wajah Shariz.

---

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now