Dua Puluh : Benci

6.2K 287 11
                                    

"Ashley!"

Aku disambut mesra apabila aku tiba di 'port' biasa mereka, di meja luar Burger King.

Aku hanya melemparkan senyuman kepada mereka. Ajim menggamit aku supaya duduk di kerusi kosong sebelahnya. Aku akur.

Wajah kosong Shariz dihadapanku pula aku pandang sebaik saja melabuhkan punggung. Mula dah perangai dia.

"Apa yang korang bising-bising sampai satu parking lot boleh dengar?", Aku mencuba memulakan perbualan.

"Er-", Ajai mahu membuka mulut tetapi kata-katanya terbantut apabila aku perasan ada tiga pasang mata lain merenungnya serentak.

"Dah pahal? Kutuk-kutuk aku lah tu?", Aku membuat spekulasi sendiri. Alah, perempuan kan. Lagipun, diaorang ni mencurigakan.

Mereka saling berpandangan.

"Okey okey", Aku mengangkat tangan tanda mengalah. Betul lah tu tengah kutuk aku tadi. Ingat aku tak dengar Ajai sebut nama aku tadi.

Aku diam, bermain dengan telefonku. Dari ekor mata, aku tahu mereka sedang berbincang sesuatu dengan hanya berbalas pandang.

"Seriously?", Aku membuat muka jengkel.

"Fine. Kitaorang sebenarnya tengah cakap pasal...", Ajai menyiku lengan Ajim. Ajim pula berpura-pura membetulkan rambutnya.

"Ni ha- pasal skate comp", Najmi yang menghabiskan kata-kata Ajai.

"Pastu apa yang cuak sangat nak bagitau aku?", Jelingku, geram.

"Kitaorang nak minta tolong...", Lagi sekali Ajai membuat aku rasa mahu membaling meja. Aku tak suka lah rasa tertanya-tanya sendiri ni.

"Kau. Kau masuk sekali dalam comp tu", Akhirnya Shariz bersuara. Aku ingat nak palau sampai aku balik.

Eh apa tadi? Comp?

Mataku membulat, "Gila ke? Aku mana reti trick-trick tu".

"Seriously, I need you- I mean, we need you", Nada suara Ajim seakan mendesak.

Aku menggelengkan kepalaku, "Taknaklah. Carilah orang lain".

Najmi sudah membuat muka kecewa. Bukan, acah-acah kecewa, "Pleasee... kalau perempuan tak ada kitaorang tak boleh masuk game Crown Checkmate tu".

Crown Checkmate?

"Kena ada Queen. Perempuan. Kitaorang cuma ada kau je", Sambung Ajai pula, cuba memujuk ku.

"Lama kot kitaorang tunggu game ni. Ini event paling besar setiap tahun yang orang selalu tunggu", Ajim juga mengambil tempat untuk memujukku.

Aku melarikan jari pada anak rambutku, "Macam mana aku nak tolong kauorang? Ride tu retilah. Baru nak catch up basic kot?", Alasanku. Bukan tak nak, tapi... aih.

"That's okay. Banyak masa lagi, we'll teach you", Putus Shariz. Dari anak mata dia, aku tahu aku tak boleh menolak.

"Tapi kalau aku-", Jelingan Shariz membuat aku terdiam. Oh, dah muktamad lah ni? Okey.

"Fine. Aku masuk".

Pada mulanya aku rasa mahu mencebik apabila terdengar sorakan 'yes' daripada Ajai, Najmi dan Ajim. Tetapi cebikkanku berubah menjadi senyuman apabila aku terpandangkan senyuman kecil Shariz.

Semua sebab Shariz je k.

------

"So... frontside, backside 180 tak susah sangat kan?", Ajim menyerahkan deck kepadaku. Aku duduk kepenatan diatas rel. Mahu merehatkan diri sebentar.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now