Sebelas : Terbayang

8.2K 299 17
                                    


"I'm soooo tired", Dian mengurut betis sehingga buku lalinya. Dari tengah hari tadi sampai hampir ke tengah malam dia berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur mencari kerja.

Okey tipu. Separuh dari masanya hari itu digunakan untuk membeli baju dan barangan lain. Agaknya Dian patah semangat bila tak ada orang yang nak ambil dia bekerja. Katanya semua tempat sudah penuh. Maklumlah ramai lepasan SPM yang mahu mencari duit poket sementara menunggu keputusan SPM dan tawaran sambung belajar.

Beg-beg kertas yang kebanyakan diisi dengan baju, beg tangan dan kasut baharu diletakkan dibawah.

Shariz hanya memerhati Dian. Dia hanya menemani Dian daripada belakang. Rasa seperti stalker pula.

Entah kenapa baru sekarang dia mahu 'membelek' cara pemakaian Dian. Jauh berbeza daripada Ashley yang dia kenal dulu.

Dian hanya mengenakan blouse labuh berwarna putih yang panjangnya antara paha dengan lutut. Dan mungkin seluar pendek didalam. Apabila Dian duduk, bajunya sedikit terangkat dan mendedahkan pahanya. Selambanya. Dress up dah macam orang cina. Dikakinya yang panjang pula hanya tersarung highheel berwarna sama dengan baju yang dipakainya.

"The hell doh pandang macam tu. Creepy sial. Pervert!", Dian menghayunkan begnya ke kaki Shariz.

Shariz sedikit jengkel. Inilah orang perempuan.
"Bodoh siapa suruh kau pakai macam tu?", Shariz membuka kemejanya dan dilemparkan kepada Dian.

Melihat pandangan 'apa-benda-campak-baju-macam-ni-nak-mati-ke' Dian, Shariz terus menutup kedua belah paha Dian yang terdedah dengan kemejanya.

"Dah malam ni. Bangla yang baru balik kerja tadi usha-usha kau. Tak takut ke, Ash?", Shariz merenung Dian. Dian pula hanya mendiamkan diri. Pandangannya dilarikan pula ke landasan keretapi. Menunggu. Sedikit seram. Kemeja yang diletakkan diatas pahanya digenggam sedikit.

"Mak kau tahu tak kau balik lewat ni?"

Dian balas dengan gelengan.

Shariz pula menunjukkan muka tak percaya, "How could your mom let her daughter-"

Dian mencelah, "Dia outstation okey. Lagi enam hari baru balik".

Hanya 'oh' yang terkeluar daripada bibir Shariz.

"Jom", Ajak Dian apabila terdengar bunyi yang menandakan keretapi semakin hampir.

Gerabak paling hujung menjadi pilihan mereka.

"Penatnya", Shariz mengetuk bahunya sendiri yang terasa lenguh.

"Salah kau lah ni. Dahlah tidur kat bahu aku. Lepastu aku kena bawa semua barang kau", Shariz mengeluh.

"Jadi?".

"Jadi...", Tiba-tiba idea nakal Shariz datang. Dian yang masih lagi berdiri dihadapannya terus ditarik sehingga gadis itu duduk diribanya.

Keretapi mula bergerak.

"Jadi... kau kena urutlah", Kaki Dian yang terjulur dibawa naik ke atas tempat duduk.

"Urut eh?", Dian yang tak mahu kalah, terus mengikuti permainan Shariz.

Dian menundukkan sedikit kepalanya. Bibirnya didekatkan ke telinga Shariz, "Nak urut kat mana eh?", Telinga Shariz ditiup perlahan.

Meremang bulu roma Shariz. Badannya terasa berbahang. Terus tangannya mengusap kaki Dian yang sememangnya terdedah. Kemejanya sudah jatuh sedari tadi, "Saja en?"

Dian sedikit terkesan dengan usapan Shariz dikakinya, "Riz".

Dian merapatkan mukanya kewajah Shariz. Ciuman singkat dan ringkas daripada Dian membuatkan tubuh Shariz seolah membeku. Mungkin terkejut. Dian tersenyum kemenangan.

Shariz terdiam. Tak sangka Ashleynya yang sekarang sudah lari jauh daripada definisi naif dan lurus. Ashley yang sekarang sangat menggoda.

Dian tergelak kecil, "Lek ah. Kau yang mula dulu".

"But you kissed me first, Ash", Tangan Shariz yang dari tadi membuat bulatan dilutut Dian merayap naik ke atas. Tangannya melekap ke pinggang Dian.

Saat ini dia berharap agar kamera yang terpasang disitu rosak. Tak mahu segala perlakuan mereka terakam oleh teknologi yang sepatutnya digunakan untuk keselamatan menjadi bahan untuk video haram.

"Then, kiss me back", Dian tersengih. Nakal.

Shariz merapatkan bibirnya ke bibir Dian. Hanya beberapa sentimeter jarak yang dia sengaja dia tinggalkan. Dalam masa yang sama menahan dirinya daripada meneruskan perbuatan mereka. Dian bertindak mengucup sekilas bibir Shariz dan menjarakkan sedikit bibir mereka, sama seperti tadi.

Jantung Shariz sudah berdetak hebat. Dia bimbang dia akan hilang kawalan nanti. Perjalanan mereka untuk ke Shah Alam masih jauh memandangkan mereka perlu melalui beberapa stesen lagi.

Dian sedikit terkesan dengan Shariz. Tadi beria-ia mulakan sekarang taknak pula?

"Argh!", Dian menekup mulutnya terkejut. Dia menangkap kelibat sesuatu di luar gerabak yang sedang laju berjalan.

Shariz terkejut. Wajahnya diangkat terus memandang wajah Dian yang berpeluh-peluh, "What's wrong? Kau marah aku?"

Dian masih lagi terdiam. Apabila dia memandang ke cermin tingkap yang besar itu, kanak-kanak tadi sudahpun hilang.

"Ashley", Shariz menyelitkan rambut Dian kebelakang telinga. Semakin risau melihat keadaan Dian seperti itu, "What's wrong?"

"Its-", Dian teragak-agak mahu membuka cerita. Matanya masih memandang ke luar, "Its- nothing. I just- maybe- saw something. Outside".

Dian jadi takut-takut. Shariz turut menoleh. Apa yang Dian nampak?

Kepala Dian ditarik ke bahunya, "Kau penat kot? Atau banyak tengok cerita hantu ni. Jadi, terbayang bukan-bukan".

Dian jadi tenang sendiri. Dia tak mahu terlalu memikirkan itu dan cuba untuk menenangkan diri sendiri. Hanya bersetuju saja dengan Shariz, "Mungkin?". Lagipun memang dia ada melayan cerita seram luar negara tentang train semalam.

"Syyh. It's fine. Aku ada".

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now