Dua Puluh Lima : Mulut Busuk

6K 325 34
                                    

Kereta milik Shariz terparkir cantik ditempat parkir kawasan Burger King. Cepat-cepat Shariz keluar daripada kereta. Tak betah rasanya mahu melayan Iqin.

Dian ketawa apabila Shariz sengaja mengusiknya. Cap di kepalanya disarungkan secara terbalik dikepala Dian.

"Riz, aku tak bawa decklah", Dian mengeluh. Malam tadi dia begitu terdesak sehingga terlupa mahu membawa 'penyambung nyawa'nya bersama.

Riz tersenyum, "Jangan risau. Ajim tu banyak deck. Dia tu suka buat collection".

"Abang, janganlah tinggalkan Iqin!", Suara gedik Iqin bergema ditempat parkir. Dia mengejar dan menyaingi langkah Shariz sekaligus menolak tubuhku ke tepi. Dia mahu berjalan disisi Shariz.

Dian hanya menahan bengang. Di dalam hati sudah berbagai sumpah seranah dia hadiahkan buat Iqin. Shariz hanya memandang, menyampaikan maafnya. Iyalah, mesti dia rasa bersalah sebab adik kesayangan dia tu buat perangai tak semenggah.

Ajim baru saja selesai menunaikan 'panggilan alam' daripada tandas di Burger King. Dia kembali ke port mereka. Tiba-tiba saja Ajim mengusutkan rambutnya kasar.

Ajai dan Najmi saling berpandangan. Pelik dengan Ajim.

Ajim terus menggerutu seraya mengusutkan rambutnya. Matanya memandang ke tempat parkir, "Aduuuuh. Aduuuhh. Menyampahnyaa!"

Ajai dan Najmi memandang ke tempat parkir kereta sebelum mereka bersama-sama merungut dan menggerutu, "Apahal lah dia bawak perempuan tu? Aduh!"

Ajai pula sudah menghentakkan kepalanya di meja.

Geli hati dan bengangnya bercampur baur. Geli hati dengan perangai sendiri dan dua orang rakannya yang sudah seperti digigit kutu. Bengang dengan kehadiran Iqin yang mengekori Shariz dari tadi.

Masing-masing sudah seperti kerasukan.

"Timun, pegang aku pegang aku!", Pinta Ajim dengan muka serius.

Najmi hanya menurut. Dia tahu Ajim sengaja mahu bermain-main. Lengan Ajim dipegang kejap.

"Aku nak balik. Aku nak balik. Aku tak bolehlah dengan perempuan tu", Lengannya ditarik-tarik daripada pegangan Najmi. Kononnya mahu Najmi menahannya daripada pulang ke rumah.

Serentak mereka bertiga ketawa sendiri. Masing-masing macam kena sawan!

----

"Kauorang apahal?", Aku menegur mereka. Yang Ajim sibuk nak balik, Najmi beria tahan Ajim kemudian Ajai menghentakkan kepalanya dimeja berkali-kali.

Aku memandang Shariz pula. Dia tak pelik ke tengok kawan dia ni macam ni?

Aku mengambil tempat dihadapan Shariz yang sudahpun duduk terlebih dahulu.

Dan dengan yakinnya aku hempaskan punggung dikerusi tanpa berfikir dua kali.

"Auh!", Aku mengaduh kesakitan.

Aku rasa aku nak duduk dekat kerusi tadi. Kenapa tiba-tiba duduk atas lantai pula ni?

Tak menunggu lama aku mendongakkan kepala. Aku baru je betulkan posisi nak duduk tadi. Siapa yang ambil kerusi aku ni?

"Eh- kak- sorry Iqin ambil kerusi", Iqin tersengih, sedikitpun tiada riak bersalah ataupun cuak diwajahnya.

"Kau apa sial? Pergi balik do. Menyemak je kat sini", Ajai dari awal-awal sudah menunjukkan rasa tidak senangnya kepada Iqin.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now